|
|
Selepas mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat berhubung status kesihatannya, penyanyi Hafiz Suip tampil dengan perkongsian terbaru.
Menerusi satu posting di Instagram, Hafiz menyatakan badannya kini semakin berisi dan sedang menantikan pembukaan semula gimnasium.
 Kredit foto: IG Hafiz
Tambahnya, dia juga berdoa supaya urusan pengikut di IG dipermudahkan.
Terdahulu, Hafiz menimbulkan kerisauan ramai apabila memuat naik gambar hitam putih dengan keadaan badannya yang susut.
Menerusi hantaran itu, dia tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azab Allah serta kematian.
Manakala dalam hantaran terbarunya, Hafiz memberi bayang seolah-olah menjadi mangsa body shaming.
"Bagaimanapun dia memaafkan semua pihak yang 'mengatanya' selama ini. Katanya, dia tidak kisah orang mahu berkata apa, tetapi jangan mengaitkannya dengan orang lain mahupun keluarga.
Sumber: GEMPAK
|
|