View: 104951|Reply: 836
|
Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Dia ni pernah menggegarkan Malaysia tak lama dulu dengan Aurad Muhammadiyah nya tu. Pertubuhan Arqamnya tu memang popular. Asalnya memang bagus ustaz ni, tapi biasalah, selepas asyik dipuji dan dipuja sedemikian rupa, mulalah perkara2 tak baik menyelinap ke dalam hatinya. Tulah bahayanya pujian yg tak tepat. Antara perkara yg terkenal dengan Arqam ni
1-Poligami dan kawin cerai
2-mengembara ke nagara2 luar mempromosikan Arqam
3- Ashaari bercita2 jadi PM
4- Majlis Yaqazhah - berdialog dengan Nabi saaw
baru2 ni RTM ada selitkan kes Arqam ni dalam segmen TAKSUB. Dikatakan pengikut Arqam punyalah rasa best bila Ashaari diiringi polis waktu naik bas tour di Thailand. bestnya tok guru kita, sampai polis pun iringi. Yg tak bestnya bila polis2 tu rupanya nak tangkap Ashaari.
bila di depan kamera lepas ditangkap, Asha'ari menafikan kebenaran ajarnnya sendiri dengan mengatakan "Ngarrrut" (ngarut je semua tu). dari situ anda sendiri boleh menilai 'keberanian dan kehebatannya' mempertahankan apa yg dipercayainya. teringat kisah2 ulamak silam yg disebat diseksa semata2 mempertahankan kebenaran pegangan mereka, tanpa dengan mudah 'mengarrrrutkan' kepercayaan mereka. Abu hanifah disebat, Maliki disebat, Hanbali disebat, ada ulamak yg dibunuh.
Abuya mungkin masih ada, pengikutnya yg taksub masih ada, 'Jadual Allah'nya mungkin masih ada walaupun mgkn dah beralih route... tapi namanya busuk dan dia jadi terbuang semata2 kerana matlamat peribadinya telah mengatasi kebenaran!
wassalam
[ Last edited by fleurzsa at 22-2-2006 06:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Utusan pernah kluar artikel pendek; cakap asha'ari skarang tinggal kat banglo dgn sewa rm12,000 sebulan, dan rufaqa' adalah bisnes die. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dok sabah lah sekrang nih |
|
|
|
|
|
|
drhatta This user has been deleted
|
Ashaari
Ust. Ashaari sekarang menetap di Labuan. Dikatakan membawa Jaguar S type Baru (yang di Labuan memang murah) |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
AKHLAK HARGA DIRI MANUSIA
Akhlak Harga Diri Manusia
Janganlah suka cakap yang sia-sia
Seperti cakap merapu yang tidak ada manfaatnya
Cakap yang tidak disukat, tidak fikir dosa
Orang benci, Tuhan lebih-lebih lagi tidak suka
Bergembira tidaklah salah tapi jaga tatasusila
Berhibur bukanlah salah tapi di dalam batas-batas agama
Akhlak kenalah jaga, ia maruah kita
Tidak ada akhlak, manusia tidak percaya
Orang yang tidak berakhlak orang yang sudah tidak malu
Orang yang tidak malu tindakan dia tidak fikir dosa pahala
Dia tidak fikir lagi apa orang kata
Bahkan cercaan orang jiwanya tidak rasa apa-apa
Begitulah hati bila sudah mati
Perkara yang memalukan tidak terasa apa-apa lagi
Bahkan dia berbangga pula dengan perbuatannya
Hatinya berkata, apa orang hendak kata, katalah peduli apa
Harga diri manusia adalah akhlaknya
Tidak ada akhlak, harga diri pun tidak ada
Jika harga diri tidak ada
Binatang lebih bernilai dari manusia
Nukilan oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
lepas Subuh 24/12/2002 |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
hasliya This user has been deleted
|
Originally posted by Akasyah at 28-9-2004 04:45 PM:
ermmm.... nampaknya bila ada isu pasal peribadi Abuya ramai tul peminat, yg reply cuma beberapa kerat tapi yg view skit punya ramai...sentiasa jadi isu sensasi dan terkini kat mana2 forum buk ...
Teruskan Akasyah... |
|
|
|
|
|
|
|
awat? dia ker imam mahadi... pemuda bani tamim ker tu.... wah! namanya Muhammad bin Abdullah ker?..... masih muda ker.... dalam kitab tu maksud pemuda tu umurnya berapa?......
keramah-keramah yg digembar-gemburkan tu betul ker.......? kalau betul terjadi apakah itu bukti individu tersebut benar-benar menjalani ajaran islam. Apakah keramah seperti yg diceritakan itu membuktikan kehebatan dalam ilmu islam?....
Apakah keislaman dibuktikan dgn keramah!.... bagi aku benda pelik itu mainan jin. |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|

[ Last edited by Akasyah on 30-9-2004 at 03:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Akasyah at 2004-9-30 03:28 PM:

[ Last edited by Akasyah on 30-9-2004 at 03:58 PM ]
aiikk mana gi posting tadi???kenapa delete lak akasyah tapi lain macam jerk posting awak td? Macam bukan awak jer?:hmm::hmm:
[ Last edited by Mawar Merah on 30-9-2004 at 04:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Originally posted by Mawar Merah at 2004-9-30 04:06 PM:
aiikk mana gi posting tadi???kenapa delete lak akasyah tapi lain macam jerk posting awak td? Macam bukan awak jer?:hmm::hmm:
[ Last edited by Mawar Merah on 30-9-2004 at 04:08 PM ]
Memang betul pun bukan saya....last saya posting td, saya cuai sikit tak log out, padahal tadi saya guna computer public bukan computer personal mcm yg biasa saya gunakan, jadi saya dah terbiasa tak log out masa pergi lunch...sudahnya ada yg gunakan nick name saya jwb post sdr keyboard. Maklumlah forum cari ni popular kat tmpt saya bukan saya seorang saja yg selalu jenguk....
 |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Akasyah at 1-10-2004 12:14:
Pasal IM dan pemuda bani tamim ni bleh sdr jenguk kat sini....
[url=http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=118072&fpage=1&highlight=pemuda%2Bbani%2Btamim&sid=qAzYbS ...

Apa lagi nak dikata... tersungkur di pintu syurga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antaboga at 2004-10-1 12:42 PM:

Apa lagi nak dikata... tersungkur di pintu syurga..
sapa yg tersungkur tu....ko ker?:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 1-10-2004 13:01:
sapa yg tersungkur tu....ko ker?:lol
Bukan.
'Tersungkur di pintu syurga' merupakan judul buku salah seorang pengikut Ashaari dahulu - Zabidi Mohamed. Menceritakan pengalamannya tentang al-Arqam dan pemimpin pergerakkan tersebut. Dari awal hinggalah sampai ditangkap kemudian di buat satu siaran khas di tv ketika itu tentang penyelewengan yg dilakukan. (saya masih ingat lagi, salah seorang panelnya adalah Harun Din kalau tak silap saya). |
|
|
|
|
|
|
|
Petikan Utusan Malaysia - 08/10/1998
Bahaya taksub kepada pemimpin
''KERANA taksub melulu kami kepada Ustaz Asaari, kami mempercayai 'mainan kerohanian'nya (alam jin) tanpa banyak soal periksa. Kami ketepikan peranan akal kami, walaupun di peringkat awal telah timbul banyak keraguan kepada mainan kerohanian Ustaz Asaari itu. Taksub kami yang melulu dan kejahilan kami telah memerangkap diri kami sendiri.
''Taksub kami kepada Ustaz Asaari telah menjadikan kami buta. Buta mata dan buta hati. Saya dan pemimpin-pemimpin Al Arqam yang lain turut sama bersalah kepada agama Allah yang suci ini. Begitu juga kami rasa berdosa yang amat sangat kepada junjungan kita Rasulullah s.a.w kerana taksub kami kepada pemimpin kami secara tidak sengaja telah merendahkan martabat kerasulannya.''
Demikian kata-kata insaf yang dipetik dalam bab 'Jawapan dari Allah - Akibat Terlalu Taksub' melalui buku Tersungkur di Pintu Syurga tulisan bekas Penasihat Undang- undang Al Arqam, Zabidi Mohamed.
Ternyata sekali, ketaksuban pengikut-pengikut Arqam terhadap pemimpin mereka Asaari Mohamad telah menyebabkan pertubuhan yang diwujudkan selama 26 tahun lalu berkubur tanpa nisan pada tahun 1994 |
|
|
|
|
|
|
|
Petikan dari Utusan Malaysia 11/04/1999
Pengakuan wanita bernama Azura -- Menjadi perantara pertemuan Asaari dengan 'Rasulullah'
MUKADIMAH
SELEPAS Asaari Mohamad ditangkap di Thailand dan dibawa balik ke Malaysia pada 2 September 1994, bermulalah operasi yang dipanggil Ops Serban untuk menangkap pemimpin-pemimpin kanan al-Arqam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Zabidi Mohamed, penulis buku Tersungkur Di Pintu Syurga juga ditangkap. Ketika itu hari menjelang tengah malam. Dia baru lepas makan sate di Kajang dengan tiga orang pemimpin al-Arqam apabila seorang pegawai Polis Cawangan Khas mendekatinya.
Asaari, Zabidi dan para pemimpin al-Arqam lain ditahan selama dua bulan di bawah ISA. Menurut Zabidi, soal siasat sepanjang penahanan tersebut masih belum menyedarkannya tentang penyelewengan akidah Asaari. Asaari tidak berubah, Zabidi juga tidak berubah.
Semasa dalam tahanan, dari masa ke masa mereka ditemukan dengan ulama-ulama yang kebanyakannya dipilih daripada kalangan pensyarah-pensyarah universiti di sekitar Kuala Lumpur.
"Program dialog dan kuliah secara rasmi diberikan kepada kami dalam sebuah bilik mesyuarat di Sekolah Cawangan Khas Pulapol, Jalan Gurney yang dijadikan dewan kuliah kepada majlis ilmu tersebut.
"Sungguh menyeronokkan kerana di samping diberikan makanan yang sedap-sedap, kami diraikan pula dalam satu majlis pengajian yang mana kuliah-kuliah yang diberikan kepada kami adalah setaraf dengan peringkat universiti,'' kata Zabidi.
Waktu itu Zabidi masih percayakan Asaari hinggalah cerita wanita bernama Azura terbongkar.
DI BALAI Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur inilah saya buat kali pertama, selepas hampir dua bulan ditahan di bawah ISA, dapat melihat 'planet bumi' yang cantik menghijau ini. Terasa nikmat dapat menghirupkan udara kebebasan.
Kami kemudian dibawa ke sebuah motel tepi tasik di Rawang sementara menunggu masa untuk diberi arahan masuk ke Sungai Penchala bagi memulakan road show pertama kami.
Sepanjang perjalanan saya bagaikan pelancong asing yang tidak pernah melihat wajah Malaysia, asyik melihat pemandangan di kiri kanan, walaupun jerebu yang melanda negara ketika itu masih belum pulih sepenuhnya.
Inilah yang dikatakan nikmat kebebasan yang tidak semua orang dapat merasainya. Pernah seorang ahli al-Arqam bertanya kepada saya bagaimana rasanya duduk dalam sel dan saya katakan padanya: "Anta masuk dalam bilik air, tutup semua ruang cahaya dan duduk situ tak keluar-keluar selama dua bulan.''
Ustaz Asaari Mohamad juga dibebaskan.
-- bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Sehari kemudiannya pada 28 Oktober 1994 kami telah dibawa masuk ke perkampungan al-Arqam Sungai Penchala untuk bertemu dengan ahli-ahli al-Arqam.
Sepanjang perjalanan masuk ke Sungai Penchala saya dapat melihat sekatan jalan raya diadakan di luar perkampungan dan kelihatan juga berpuluh-puluh anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berjalan kaki bergerak masuk ke perkampungan al-Arqam.
Di kawasan perkampungan iaitu di tapak surau sementara di hadapan bangunan pentadbiran Majlis Syukukh, kelihatan ribuan ahli al-Arqam telah sedia menunggu kedatangan kami.
Suasana mereka agak pilu seolah-olah menanti kedatangan satu jenazah yang bakal disembahyang dan dikebumikan. Apabila Ustaz Asaari keluar dari kereta yang membawanya, saya dapat lihat ramai ahli al-Arqam yang mengalirkan air mata.
Ustaz Asaari tenang saja memberi taklimat kepada ahli-ahlinya agar membuat perubahan kepada amalan akidah Sunah Wal Jamaah dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan serta akur dengan setiap tindakan kerajaan ke atas jemaah mereka.
Saya sebak menahan kesedihan ketika itu kerana sudah dapat merasakan ahli-ahli al-Arqam ini akan mengharungi zaman penuh ujian selepas ini. Semua ahli al-Arqam mendengar penuh teliti setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Ustaz Asaari.
Namun saya yakin mereka juga percaya ada makna dalam setiap perkataan Ustaz Asaari itu. Ada seorang bekas pemimpin al-Arqam yang tidak ditahan membisikkan ke telinga saya ketika kami mula beredar untuk meninggalkan majlis tersebut. "Jangan bimbang kami semua faham!''
Memang benar selepas habis semua road show kami seluruh Malaysia selama 4 bulan kemudian, ahli-ahli al-Arqam ini tetap tidak berubah keyakinan mereka pada Ustaz Asaari malah makin kuat. Yang mereka ubah hanyalah warna jubah dan serban mereka.
"Semua yang berlaku ini semuanya adalah dalam jadual Allah, kita ditahan di bawah ISA agar minda kita boleh direct kita sampaikan kepada puak-puak SB ini, hasilnya sekarang menurut 'Rasulullah' telah 85 peratus SB menyokong kita. Inilah yang dikatakan Daulah akan berlaku secara khawariqul 'adah,'' kata Ustaz Asaari kepada pemimpin-pemimpinnya yang selalu ditemuinya selepas subuh di beberapa buah restoran sekitar Daerah Gombak, walaupun beliau dihalang bertemu dengan bekas-bekas al-Arqam.
Malah ketika kursus Pemurnian Akidah anjuran Pusat Islam di Port Dickson pada 22 Disember 1994, Ustaz Asaari telah menggunakan peluang itu untuk memberi 'arahan-arahan baru' kepada semua peserta kursus yang kebetulan adalah bekas-bekas pemimpin al-Arqam dari seluruh Malaysia.
--sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas tamat program road show kami, Ustaz Asaari telah memberi arahan kepada semua barisan pimpinannya untuk menghilangkan nama al-Arqam yang telah diharamkan oleh kerajaan. Ini semua dilakukan bertujuan bagi mengabui mata Bukit Aman.
Untuk mengabui mata Bukit Aman, Ustaz Asaari juga telah mengadakan program kuliah fardu ain selepas subuh, yang dikatakannya hanya dihadiri oleh kaum keluarganya sahaja.
Tetapi hakikatnya, ramai bekas pemimpin al-Arqam juga telah dijemput untuk hadir dalam majlis fardu ain ini. Dan pemimpin-pemimpin ini kemudiannya akan mengkuliahkan semula fardu ain ini kepada anak-anak buahnya dalam program-program motivasi dalam syarikat mereka.
Di samping fardu ain, minda Ustaz Asaari dan arahan-arahan semasa daripadanya juga disampaikan secara sembunyi-sembunyi. Malah banyak arahan yang keluar
daripada Ustaz Asaari dikatakan adalah hasil daripada yaqazah Ustaz Asaari dengan 'Rasulullah'.
Hidden agenda Ustaz Asaari untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia masih berjalan seperti biasa. Malah be-liau semakin yakin Daulah Islamiah akan berlaku.
Ustaz Asaari juga secara berani telah merestui tindakan pemimpin-pemimpin al-Arqam mengatur perkahwinan bekas-bekas ahlinya secara beramai-ramai di tempat terbuka bagi mempamerkan 'kekuatan' kepada Pusat Islam dan Bukit Aman. Seluruh ahli al-Arqam dari seluruh Malaysia akan dijemput beramai-ramai menghadiri majlis-majlis perkahwinan ini.
"Kita berkumpul ni cara legal, jadi Pusat Islam tak boleh kata apa-apa. Lagipun SB dah sokong kita, cuma mereka tak tunjuk pada kita. Daulah kita dah dekat. Kita mesti cepat pertingkatkan minda, jangan jauh ketinggalan. Sekarang perkembangan terlalu laju. Beberapa orang politik dalam UMNO sedang bekerja 24 jam untuk jatuhkan Dr. Mahathir dan naikkan Abuya. Daulah dah dekat!''
Pernah Ustaz Asaari menyebut pada saya dalam satu perjumpaan sulit saya dengannya di sebuah restoran di Kepong selepas subuh. Ustaz Asaari masih kental dengan hidden agendanya lagi.
Semua ahli al-Arqam mempercayai kata-kata Ustaz Asaari tanpa sebarang keraguan kerana Ustaz Asaari mendakwa dia masih mendapat mesej-mesej daripada 'Rasulullah'.
Ustaz Asaari kemudiannya telah mengarahkan agar semua ahli al-Arqam ini di 'ijazahkan' semula dengan wirid Aurad Muhammadiah. Beberapa orang pemimpin al-Arqam telah diwakilkan oleh Ustaz Asaari untuk melakukan majlis pengijazahan wirid itu.
Hatta ada di antara mereka yang telah pergi ke Jordan untuk mengijazahkan kembali hampir 120 orang pelajar tajaan al-Arqam yang masih menyambung pengajian mereka di sana.
--bersambung |
|
|
|
|
|
|
| |
|