View: 138796|Reply: 62
|
PANDUAN MELETAK HARGA UNTUK Kek/Biskut/Lauk Pauk yang ingin dijual
[Copy link]
|
|
Tadi Diana ada kat Diari FnR, ada yang ingin tahu harga untuk kek coklat yang ingin dijual. Diana rasa seronok jika ada kawan2 yang inginn berniaga, hasil resipi yang telah dicuba disini. Ini Diana berikan formula yang mungkin boleh membantu semua. Diana pernah kongsi formula ini di Resipi.Net dulu sewaktu mereka banyak bertanyakan mengenai harga kuih muih yang ingin dijual untuk musim Hari Raya yang lepas. Harap info yang tak seberapa ini dapat membantu. Jika ada apa2 pertanyaan, tanyalah mungkin Kak Noor, Kak Liza, Diana dan kawan2 yang lain dapat menolong.
SEBELUM MELETAK HARGA
1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).
2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.
3. Tanyalah kawan-kawan disini bila anda rasa curiga berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.
*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan "Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?" Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya.
FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT
1. Untuk sesuatu resipi yang digunakan, listkan semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat resipi tersebut. Sebagai contoh Diana lampirkan list yang Hasnee telah lakukan untuk resipi Carrot Cake Kak Suria. 2 adunan resipi ini menghasilkan 8 loyang bulat.
Harga barang yang diperlukan
Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM35.00
2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 - 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini Diana menggunakan 1.3.
Formula
RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)
RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50
Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (+-)
So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10
Ratio yang Diana berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 - 2.2. Jangan terlalu letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt akan dapat pada semua.
MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN
1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara Hasnee berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.
2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321
Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.
3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada prospective pelanggan.
4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa.
5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi presentation dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.
Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Berikanlah resipi tersebut lagipun resipi itu dikongsi di Cari.com & Resipi.Net ini dengan ikhlas dari semua.
Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda lagi bertambah. Kita tidak tahu tapi Allah tahu. Dan jangan ler lupa promote sikit Cari.com FnR agar kawan2 kita bertambah heheheheh...
[ Last edited by Kacip_Fatimah at 3-8-2006 05:29 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Nisa_online This user has been deleted
|
emmm...bagus info ni terutamanya utk mereka yg minat nak berniaga. Nisa baca & perhati je sbb belum pandai nak buat kek. :malu: Thanks kak diana...for the info.
[ Last edited by Nisa_online at 23-12-2005 02:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ermm menarik..info yg bagus pada sesiapa yg nak mulakan perniagaan..thanxx diana |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nisa_online at 23-12-2005 01:14 PM
emmm...bagus info this terutamanya utk mereka yg minat nak berniaga. Nisa baca & perhati je sbb belum pandai nak buat kek. :malu: Thanks kak diana...for the info.
No problem Nisa, nanti dah pandai buat kek boleh cuba gunakan formula ini... banyak resipi2 yang sedap2 di FnR nih... |
|
|
|
|
|
|
|
huhu...tambahkan sedikit usaha utk menyedapkan masakan anda
org tak rasa larat nak bayar lebih
sama mcm ayam goreng
kalau makan kt gerai
ayam tu gaul dgn kunyit je
tapi kalau taruk mcm mcm rempah...warna pun menarik
harga pun tinggi sket
huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Hi Diana,
Neksu baru nak belajar buat kek...
Thanks for the good info. Seronok berniaga ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Neksu at 23-12-2005 01:38 PM
Hi Diana,
Neksu baru nak belajar buat kek...
Thanks for the good info. Seronok berniaga ni.
Cubalah Neksu, sebab kadang2 pening juga nak tentukan harga kek yang hendak kita jual ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 23-12-2005 12:58 PM
Tadi Diana ada kat Diari FnR, ada yang ingin tahu harga untuk kek coklat yang ingin dijual. Diana rasa seronok jika ada kawan2 yang inginn berniaga, hasil resipi yang telah dicuba disini. Ini Dia ...
Thks for the detail info Diana....
Tahun ni masa nak raya, Aries ada ambil tempahan kuih raya...i did something like you..senaraikan dulu harga |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Duta lover at 23-12-2005 01:24 PM
huhu...tambahkan sedikit usaha utk menyedapkan masakan anda
org tak rasa larat nak bayar lebih
------------------------------------------------------------------------------
lover, larat ke ralat ;-) :cak:
anyway thanks to diana coz sudi share info yg amat bguna ini buat panduan forumers yg nak bjinak dlm bisnes.. tahniah... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info diana. shida pun sekarang ni tengah plan something le. memang setiap kali buat kek or muffin shida akan buat costing. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks a million Diana....memang sgt berguna info ni....
Lagipun masa raya baru2 ni dah ada dah yg suh jual kuih raya thn depan.....bagus gak idea ni..... |
|
|
|
|
|
|
sue This user has been deleted
|
diana...
mekacih la bg tau camne nak kira harga.. akak ni dok pening paler mikir baper nak letak
harga.. dah kira2 ...pastu masih takut2 gak .. mahal sgt ker, murah sgt ker.
sib baik la deme leh terima harga akak.. hehe..
la ni dah bule kira tuk yg lain2 plak la.. :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
tu le sue, shida pun risau gak nak letak harga. bila orang tanya berapa, shida pun tak reti nak jawap. last2 shida cakap, ko buat le sendiri. aku bagi resepi. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by gadis_aries at 23-12-2005 02:17 PM
Thks for the detail info Diana....
Tahun ni masa nak raya, Aries ada ambil tempahan kuih raya...i did something like you..senaraikan dulu harga |
|
|
|
|
|
|
|
No problem Shida & Speedial... baru boleh teringat terlupa nak share disini... ampun lambat gak buka thread ini patut bulan puasa yang lepas dah patut bukak...
Sue, kalau agak pening nak letak harga boleh berikan costing disini untuk sesuatu resipi, berapa ukuran kek tersebut dan lepas tu boleh kita sama2 bincangkan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 23-12-2005 12:58 PM
Tadi Diana ada kat Diari FnR, ada yang ingin tahu harga untuk kek coklat yang ingin dijual. Diana rasa seronok jika ada kawan2 yang inginn berniaga, hasil resipi yang telah dicuba disini. Ini Dia ...
info yg sgt berguna :tq: |
|
|
|
|
|
|
orgkaya This user has been deleted
|
info nie betul really help people who wants to do business.....jadi tunggu apa lagi siapa yang nak mula berniaga tu silakan.;):ah::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
tq diana for the guidelines... |
|
|
|
|
|
|
ai_ai_ai This user has been deleted
|
info yg amat bagus.
blh jadi guidelines..
thanks diana. |
|
|
|
|
|
|
nurisza This user has been deleted
|
emm....pasal letak harga ni...memang susah...bila dah letak harga diaorang kata mahal la...padahal untung cuma RM 5 - RM 10 ajer...cam tak berbaloi...penat jer lebih..diaorang bukannya tau betapa penatnya nak buat kek dan kuih ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|