CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11467|Reply: 28

Globalisasi: Implikasinya...?

[Copy link]
Post time 6-2-2006 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Globalisasi.....

Ramai menganggap ia satu proses penerusan imperialisme Barat ke atas masyarakat Timur...... Ada yang menganggap ia merupakan istilah lain bagi 'proses penjajahan moden'.... Ada juga juga yang menyamakan dengan 'Amerikanisasi' sebab peranan AS lebih ketara berbanding negara2 Barat yang lain...

Memandang dari sudut positif, kita memang tak mampu menghalang globalisasi... Soalnya apakah implikasinya kepada masyarakat kita ? Bagaimana dan sejauh mana kita bersedia untuk menerima proses globalisasi dalam masyarakat kita hari ini...?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2006 09:29 PM | Show all posts
apakah definisi sebenar globalisasi ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 11:05 PM | Show all posts

Reply #2 rasyid's post

sara kasi dr aspek ekonomi erkk... :bgrin:

Globalisasi atau pensejagatan merupakan fenomena baru dalam ekonomi dunia. Definisi istilah ini berbeza antara pakar atau pendita yang cuba mentakrifkan maksudnya.

Jadual 1: Maklumat Makro Ekonomi Negara Asia Terpilih
(yang dilanda Krisis Kewangan)

Negara Baki Akaun Semasa
% KDNK Penurunan Mata Wang
Relatif kpd US$
(1/97-2/98)
Indonesia -3.4 -4.5 -76
Malaysia -6.3 -9.9 -39
Filipina -4.5 -2.9 -36
Singapura 15.2 16.2 -16
Korea Selatan -4.9 2.7 -43
Taiwan 4.0 1.8 -17
Thailand -7.9 -4.2 -49

Sumber: J.P. Morgan, World Financial Markets, First Quarter 1998
Pada dasarnya globalisasi adalah pembebasan ekonomi dunia daripada sebarang sekatan dan herotan dalam perdagangan antara bangsa. Kadangkala globalisasi dimaksudkan juga sebagai satu sistem kapitalisme yang diterjemahkan dalam skel ekonomi dunia ataupun laissez-faire globalism. Kononnya, faedah positif daripada sistem kapitalisme dapat direplikasikan, malah dalam skel yang lebih besar jika ia mencakupi dunia (Kuttner, 1998). Model globalisasi tulin atau na飗e merangkumi rasional-rasional berikut:

Kebebasan pergerakan barang dan perkhidmatan memaksimumkan kecekapan ekonomi, lantas kebajikan manusia sejagat. Andaiannya, jika persaingan untuk sesebuah negara, maka persaingan juga baik untuk seantero dunia.
Kapitalisme yang liberal tidak memerlukan peraturan tegar tetapi teratur kendiri (self-regulating). Situasi ini dimungkinkan oleh kewujudan beberapa peraturan yang minimum iaitu terbatas kepada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by rasyid at 6-2-2006 09:29 PM
apakah definisi sebenar globalisasi ?


Mungkin secara amnya boleh kita katakana kemasukan kuasa luar (yang lebih nyata kuasa2 dari Barat) ke atas negara2 lain secara ekonomi, budaya dan juga politik.

Walau apapun, yg lebih penting globalisasi ni dah berjaya mempengaruhi persepsi dan perspektif dunia bahawa sempadan dunia telah runtuh.Sesebuah negara atau masyarakat tidak lagi boleh mengelak daripada penerimaan pengaruh luar contohnya seperti pengaruh dalam hubungan komunikasi. Semuanya terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 10:47 AM | Show all posts
apakah kita telah mulai menglobalisasikan dan diglobalisasikan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 10:48 AM | Show all posts
Globalisasi adalah nama baru 'Imperialism' matlamatnya ialah menuju kearah membentuk New World Order. Ramai dikalangan kita kurang faham apa implikasi New World Order yang diwasa ini dikepalai oleh pentadbiran NeoCon Amerika Syarikat. Keruntuhan kuasa Soviet Union telah memberi ruang untuk menghidupkan kembali pengaruh Pax Americana. Istilah saperti liberalisme, New World Order dan globalisasi memang enak didengar tetapi mempunyi tujuan yang 'sinister'.
Contohnya kita dengan senang membuka pasaran kewangan kita pada awal 90han atas dasar 'financial liberalisation'. Wang asing dengan mudah masuk dalam negara dan bank-bank tempatan dengan gairah meminjam lambakan dollar.Apabila berlaku 'capital flights' wang kita jatuh menjunam dan bank-bank tersadai dengan hutang yang berganda. Begitu mudah negara2 membangun dipermainankan. Sekarang munkin kerajaan lebih  berhati-hati dengan istilah itu dan salah satu remedy ialah dengan mengenakan polisi 'capital oontrol'.

[ Last edited by thamrong at 8-2-2006 02:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2006 11:15 AM | Show all posts
Setuju dgn pendapat Thamrong & Mysara globalisasi dr segi ekonomi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 7-2-2006 10:48 AM
Globalisasi adalah nama baru 'Imperialism' matlamatnya ialah menuju kearah membentuk New World Order. Ramai dikalangan kita kurang faham apa implikasi New World Order yang diwasa ini dikepalai oleh ...


Benar...ada diantara kita seronok dapat menggunakan perkataan "globalisasi" ini. It is the in thing...namun siapakah yang menjadi agen of change ni?

Pada saya globalisasi mempunyai implikasi yang meluas. Ramai mungkin tak tahu bahawa tujuan sebenarnya ialah untuk mewujudkan satu kerajaan sosialis sedunia. Ia adalah sebahagian dari suatu Master Plan. Ia akan  memecahkan kebebasan dan kedaulatan nasional dan meletakkan setiap negara dalam satu pasaran dunia di mana perdagangan bebas akan melajukan revolusi sosial. Henry Kissinger dilapurkan telah berkata bahawa NAFTA melambangkan langkah yang amat kriatif kearah Oder Baru Dunia (New World Order).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2006 01:26 PM | Show all posts
Ancaman Globalisasi

Falsapah globalisasi adalah rancangan satu klompok 'Internationalists', walau pun kecil tetapi berpengaruh, yang bertujuan untuk mendirikan satu masyarakat global yang menganuti satu sistem politik yang universal. Klompok ini termasuk berbagai kumpulan politik saperti Club of Rome, Council of Foreign Relations, Trilateral Commission dan Bilderbergers. Terlibat sama ialah kumpulan 'secret soceity'(Freemason, Illuminati, Skull and Bones dll.) dan 'International Bankers'( IMF, world Bank,Federal Reserve dll.). Matlamat utama ialah menyatukan umat manusia diplanet ini di bawah 'one-world goverment',satu sistem ekonomi, sosial dan kepercayaan yang dipanggil 'New World Order'. Melalui berbagi program anjuran kerajaan, konferen antarabangsa dan himpunan agama mereke bercita-cita untuk menjayakan satu rangkaian pemerintahan yang global.

[ Last edited by thamrong at 8-2-2006 02:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 01:46 PM | Show all posts


Paul Wolfowitz President Bank Dunia adalah bekas Timbalan Setiausha Pertahanan (Polisi) di bawah pentadbiran Presiden George H.W. Bush. Terkenal sabagai ahli 'The Cabalist' yang merancang susunan 'New world Order' dan ahli kanan Council of Foreign Relations. Biography penuh klik sini...
Reply

Use magic Report

goosepimple This user has been deleted
Post time 9-2-2006 11:19 AM | Show all posts
Syumul. Bukan pun istilah baru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2006 10:22 PM | Show all posts
Pada  pendapat saya  Globalisasi harus  dipandang  positif ....  jika  kita  sumer  takut  perubahan  yg  berlaku,  bagaimana  kita  nak  menjadi  bangsa  yg  kuat &  maju ..  tengok  zaman islam  di zaman  juga  menerima  globalisasi  dari  budaya  Rom, Yunani, Parsi, Mesir Kuno ...tengok ler  bagaimana org2  islam  dapat  menyesuaikan diri  mereka  dan  membina  tamadun  islam  yg  agung  dari  budaya2  &  ilmu  pengetahuan  dari  budaya  luar  ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2006 11:01 AM | Show all posts

Reply #7 blackpurple's post

black, jangan lupa juga dgn kuasa ekonomi yg dimiliki oleh Jepun, Korea dan China.
percaya atau tidak, pengglobalisasi ini sudah berlaku antara malaysia dgn negara2 yg sara sebutkan, mcm hubungan kita dgn china, byk yg berat sebelahnya... dgn mudah kita akan mendapati barangan china di malaysia, tapi barangan malaysia di china??? mungkin dgn tukaran dagangan spt minyak kelapa sawit, malaysia terpaksa membiarkan pasarannya dipenuhi dgn lambakan pasaran barangan china, yg pada sara berkualiti rendah tapi sesuai la utk dimiliki oleh golongan bourjois

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 11:50 PM | Show all posts
Globalisasi seperti yang saya sebutkan dahulu mempunyai impak keatas dunia politik, ekonomi dan budaya setiap negara. Bukannya kita menentang perubahan/change. Yang pasti perubahan akan dan ada yang sudahpun berlaku. Ada pendapat yang inginkan ia di bentuk dan diurus dengan baik juga bagi mengimbang segala keperluan manusia.

@ mysara:
Namun pengalaman 18 bulan krisis di Asia baru-baru ini sudah cukup menyangkal kesahihan model globalisasi na飗e ini kerana dalam realiti, pasaran dicirikan oleh pelbagai ketidaksempurnaan struktur dan ketidakseragaman gelagat dan persepsi institusi ekonomi.


Kalau di lihat kepada organisasi2 yang menyokong pasaran bebas seperti Bank Dunia dan IMF, mereka telah menyebabkan banyak masaalah dan menghalang demokrasi. Mereka beroperasi dalam rahsia dan polisi2 mereka kurang efektif.

IMF dan WTO pula dipandang seolah2 mempunyai "Corporate Rule" - membuat peraturan yang membabitkan semua orang dan berusaha untuk kepentingan elit kerajaan dan koperasi2 transnational. Pinjaman diberi kepada pemeritah2 yang zalim dan membuat negara2 miskin bertambah miskin.

Sememangnys, globalisasi amat menarik bunyinya tetapi juga mempunyai ranjau2 yang boleh merosakkan. Ini adalah kerana ia adalah satu projek revolusi bukan suatu evolusi.

[ Last edited by hamizao at 13-2-2006 11:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 12:30 PM | Show all posts
adakah globalisasi bertentangan dengan ini ?




"HAI MANUSIA , SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG LAKI-LAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENAL. SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DIANTARA KAMU DISISI ALLAH IALAH ORANG YANG PALING TAKWA DIANTARA KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENAL." (Al-Hujarat:13)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2006 04:49 PM | Show all posts
Kalau nak dilihat secara halus globalisasi adalah jelmaan terakhir dari sistem ekonomi kapitalis yang berlandaskan prinsip dan nilai-nilai yang sebahagian besarnya bertentangan dengan Islam.  Ciri asas sistem ekonomi ini ialah penekanan kepada budaya materialistik dan menidakkan nilai kerohanian. Sebab itu di peringkat dasar lagi, objektif globalisasi akan sentiasa bertentangan secara langsung dengan kepentingan dunia umat Islam. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan. Dunia Islam mungkin mendapat faedah daripada pendekatan pasaran bebas di peringkat antarabangsa melalui sistem ekonomi ini, tetapi faedah yang diperolehi darinya tentunya bersifat marginal dan kecil berbanding faedah yang berlipat kaliganda dikaut oleh para pencetus globalisasi (negara-negara kaya) itu sendiri.

Samada kita sedar atupun tidak hari ini, ekonomi negara-negara Islam telah terperangkap dalam  sistem ekonomi kapitalis dunia yang sedang berjalan dengan cukup dominan . Negara-negara Islam hanya menjadi lampiran  semata-mata kepada ekonomi negara-negara maju yang kaya dan berkuasa. Menambah parah lagi golongan elit minoriti yang memerintah di negara-negara Islam pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 12:14 PM | Show all posts
Beside capital domination, critics see globalization is nothing more than the imposition of American culture on the entire world. In fact, the most visible sign of globalization seems to be the spread of American burgers and cola to nearly every country on earth.

Even globalization champions like Thomas Friedman see it as:

". . . globalization is in so many ways Americanization: globalization wears Mickey Mouse ears, drinks Pepsi and Coke, eats Big Macs, does its computing on an IBM laptop with Windows 98. Many societies around the world can't get enough of it, ....":stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 10:09 AM | Show all posts

globalisasi dan kesannya terhadap institusi keluarga

Globalisasi dan Kesannya Terhadap Keluarga dan Masyarakat
K V Soon (Diterjelmah oleh Hayati Osman)

Dalam temuramah singkat ini KV berkongsi pendapat mengenai kesan-kesan globalisasi khususnya terhadap keluarga dan keibubapaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 04:09 PM | Show all posts
Apa yang nyata , globalisasi bukanlah istilah yang kabur atau mempunyai makna yang boleh ditafsir secara subjektif. Ramai pemikir dan golongan politikus sering mengutarakan pandangan dan sikap yang amat apologetik bila membahaskan isu globalisasi. Mereka terperangkap dengan hujah ilmiah dan akademik bila menghurai bahawa globalisasi ada positif dan negatifnya.... ada pros dan cons....... So mengikut pandangan mereka kita harus bersikap pragmatik kerana globalisasi dianggap suatu fenomena yang tidak boleh ditolak. Memang benar kita tak mampu menghalang proses globalisasi. Sebab itu dalam apa juga keadaan pun kekuatan dalaman, pegangan agama, prinsip hidup dan jati diri perlu ada dalam setiap individu.................Tepuk dada tanya iman....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 12:14 AM | Show all posts
Globalism

The goal of globalism is to erase national borders, eliminate national sovereignty, reduce national identities and move toward global governance through the United Nations. This is bloody obvious. Its nobel ideas were being fed  by the United State neoconservative  through the United Nation and multi-lateral agencies (IMF,World Bank etc.etc.)

The European Union is the prime example of the results of globalism, where once-proud nations have surrendered famous currencies like the deutsche mark, the franc and the lira. It is done in the name of equity, economic prosperity and ecological integrity. Globalism is sold to the unsuspecting public with words like free trade, open borders and environmental protection, but it's really about redistribution of wealth.Our wealth being put up as their stakes and gambled on an uneven playing ground.Capital as an instrument of control.

It's about erasing national borders and national sovereignty. And it's about top-down control, not necessarily by elected officials, but by special interests called Non-governmental organizations (NGO's), which are only sanctioned by the United Nations.

Globalism calls for a wrenching transformation of our society- X factor.Tradition is consigned to back burner and soon will be a distant past. We do away with representative government and independent nations to the establishment of a global village with global citizens. The entire plan is outlined in detail in the UN's Agenda 21, a treaty signed by then-President George Bush at the UN's Earth Summit in 1992.


[ Last edited by thamrong at 24-2-2006 06:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.103233 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list