|
Thread ini khas untuk mekap tutorial only. Step by step on how to apply makeup.Boleh juga nak achieve certain look, contohnya nak tiru mekap Erra Fazira ke, Jennifer Lopez ke atau sesiapa saja. Tutorial untuk mata sahaja pon boleh, bibir atau full face. So, please contribute your tutorial. Semoga boleh jadi guide untuk kita semua. Cheers!!
sh|nobu
Ini trangtangtang muka baghu lepaih mandi! Mak oi, tu nampak gile skin tone tak sekata...
Abaikan sebiji jerawat comel je kat hidong tu. Tu paling wajib haku nak cover!
Itu bahan2 mekap untuk BAHAGIAN PERTAMA consists of :
- Loreal Perfect White Moisturizer
- MAC Studio Tech Foundation NC40
- MAC Foundation Brush
- Maybelline Cover Stick Medium Beige (Concealer)
STEP 1
Applykan moisturizer pada setiap bahagian muka, kemudian ratakan dengan jari.
STEP 2
Calitkan concealer ke bahagian yang hendak dicover, kemudian ratakan dengan brush.
STEP 3
Calitkan foundation ke setiap bahagian muka, kemudian ratakan dengan brush.
Jangan gunakan terlalu banyak nanti nampak tebal.
BAHAGIAN KEDUA
- MAC Select Sheer Pressed Powder NC35 (dah nak abis dah..)
- MAC Cream Color Base Tint Frost
- pengepit eyelash
STEP 3
Sapukan pressed powder ke seluruh muka dan ratakan (boleh guna face brush gak).
Pastikan area mata disapukan dengan rata.
STEP 4
Ketipkan eyelash untuk mendapatkan bulu mata yang lentik.
Kemudian sapukan cream color base ke bahagian kelopak mata (untuk eyeshadow tahan lebih lama dan warna lebih menyerlah).
BAHAGIAN KETIGA
- Lancome 6 Color Focus Powder Eye Shadow (shin choosed light gold & purple)
- Bodyshop Eyeshadow Brush
- Maybelline Pencil Eyeliner Brown
- In2It Eyebrow Shadow (shin guna kaler yang macam dark grey tu)
- Maybelline Unstoppable Mascara (shin suka mascara ni sbb die ade bulu2 extra kat dlm tu, so lepas apply bulu mata shin nampak lagi panjang - sesuai untuk bulu mata yang pendek)
STEP 5
Gunakan eyeshadow brush untuk apply base colorlight gold ke atas kelopak mata, tak perlu apply ke seluruh kelopak, bahagian depan sahaja dan atas.
Tinggalkan area tepi hujung mata untuk apply purple color.
STEP 6
Ratakan atau blend eyeshadow di antara kedua2 warna menggunakan jari supaya nampak lebih kemas dan tidak berbelang
STEP 7
Apply eyeliner di bahagian bawah dan di atas kelopak mata. Pastikan garisan nampak smooth dan lapkan menggunakan tisu sekiranya terlebih apply
STEP 8
Sapukan sedikit base color light gold di bahagian bawah mata untuk membuatkan mata tampak ceria (tatau nak cakap cemana )
Kemudian apply eyebrow color menggunakan brush supaya lebih rata.
STEP 9
Kemudian apply mascara pada bulu mata atas dan jangan lupa bulu bawah mata jugak!
BAHAGIAN KEEMPAT
- Bodyshop Blusher/Face Brush
- MAC Powder Blush Melba Matte
- Lip Ice (Lipbalm)
- Sasa Lipliner (taknampak dah tulisan die kaler ape )
- Maybelline Watershine Lipstick Hazelnut Sauce
- Dior Lipgloss (ni pong takde tulis kaler ape)
STEP 10
Sapukan blusher ke bahagian tulang pipi.
STEP 11
Lukiskan lipliner ikut bentuk bibir. Jangan terlalu tebal, nanti nampak terlalu beza dgn lipstick.
Apply lipbalm ke bibir kalau bibir jenis cepat kering dan merekah.
Kemudiankan apply lipstick.
Last skali sapukan lipgloss untuk membuatkan bibir anda nampak sexy and sumptous!
**Actually masa ni dah siap wat rambut dah...heheheh tu yang rambut nampak lawa jek before pakai lipstick!
Inilah hasilnya selepas mekap cara Shin!
[ Last edited by KaKLaLa_Lost_id at 12-1-2007 02:41 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|