CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217237|Reply: 2515

ROSES

 Close [Copy link]
Post time 15-3-2006 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Baru baru ni aku carik bunga ros..rupanya susah jugak erkkk
so aku decide nak tanam bunga la...
susah tak?
aku dok umah flet
apa erk perkara2 yg patut kulakukan..
seleps membeli tanah sikit, pasu...ermm...benih..pastu?
heheheh
baru nak bina hobi ni

[ Last edited by  noor_hannah at 7-7-2006 03:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2006 02:11 PM | Show all posts
aku suka tanam bunga ros...
dulu masa duduk kat kg... mcm2 kaler & size aku tanam
lagi syok... bila org bertandang ke rumah...
dok belek2 bunga tu... then offer nak beli...

now... dah duduk kat kayangan ni susah nak cari tanah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 02:15 PM | Show all posts
kalau pegi mana2... rumah kawan ke...
sedara mara ke... yg ada tanam pokok bunga ros...
kau buat muka x malu aje...
selamba mintak aje keratan batang pokok tu sikit...
sampai rumah... kau cucuk aje dlm tanah...
mcm tu lah cara aku tanam...
mula2 tu memain aje... tgk dia tumbuh & bebunga..
lagi bersemangat aku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 01:34 AM | Show all posts
Kasut,

Baik gi beli pokok rose kat nursery je...senang skit, tinggal nak jaga je.

Kat rumah Kero ada 1 pasu bunga ros merah, tanam dr keratan batang..ambik masa lama gak dia membesar. Sib baik dia berbunga memanjang, tu pun kena rajin trim bunga yg mati utk bg pucuk baru tumbuh. Pembajaan, Kero guna baja taik ayam je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 02:57 PM | Show all posts
cuci mata sat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2006 10:17 AM | Show all posts

Dah beli bunga

Semalam jalan2 pasar tani kat fasa 1, nampak org jual bunga...
apa lagik seronoknya..
ada kawan ckp kalu nak start dari beniih mau amik masa setahun
beli pokok tu RM6 kecik jugakla..ingat nak bahagi jadi dua pasu. Pokok tu dah ada 3 kuntum bunga.
Nanti shuz pes gambo. Belum boleh load..
tapi perasaan sekarang sungguh gembira lak...
kalaula..ditanam dari takde bunga sampai ada..mesti lagi best kan..

erm...ada tak teknik2 penjagaan yang boleh refer dari internet? sesiapa tau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2006 11:14 AM | Show all posts
bungaku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 03:36 PM | Show all posts
ni bunga ros yg paling besor aku pernah jumpa..
geram nya.... dah sama besor dgn muka aku...(sory lah muka kena edit)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2006 04:46 PM | Show all posts
dulu tanam dlm pasu dia tak galak membunga puas tunggu bunga ubah tanam atas tanah syok tengok bunga tak putus2 banyak bunga pagi syok je....la ni ulat dah makan daun dia abih rimbunan pokok ros tu tinggai toge je kena serang ulat...member baru habaq tadi spray ngan ridset H2O
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by gebang at 17-3-2006 04:46 PM
dulu tanam dlm pasu dia tak galak membunga puas tunggu bunga ubah tanam atas tanah syok tengok bunga tak putus2 banyak bunga pagi syok je....la ni ulat dah makan daun dia abih rimbunan pokok ros tu ...


sama lah dengan pengalaman mok nik, tanam bunga ros dalam pasu tak gatai nak berbunga ia
berbunga udah ler jarang jarang, kecil lak tuh
lepas tuh letak atas tanah galak berbunga
tapi sejak umah nie buat renovate ,semua bunga ros dah hilang
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by KasutBaru at 17-3-2006 11:14 AM
bungaku



Kb tanam dalam umah ek? takpe ke takde cahaya?:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by niki_iyda at 17-3-2006 03:36 PM
ni bunga ros yg paling besor aku pernah jumpa..
geram nya.... dah sama besor dgn muka aku...(sory lah muka kena edit)



eeiii... geram mcm nak makan jerr!! :mll: :mll:
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 10:11 AM | Show all posts
bunga ros ni kalau nak tgk dia idup subur kena guna pasu besor...
rajin2 lah gemburkan tanah & pakai baja taik ayam... juga rajin2 lah pangkas/ buang daun2 yg mati tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2006 02:49 PM | Show all posts
Ni ada skit info tentang bunga ros yg kero jumpa....

BUNGA mawar atau ros daripada keluarga Rosaceae bukan saja dijadikan pokok hiasan laman, malah bunga itu meraih permintaan tinggi di pasaran global kerana digemari pelbagai bangsa di dunia.

Ros daripada spesies induk diklasifikasikan sebagai baka liar yang tumbuh menerusi habitat asal membabitkan lebih kurang 150 jenis. Lazimnya, spesies ini berbunga sederhana dan tunggal (hanya sekuntum bagi setiap dahan). Ia sesuai digunakan sebagai tanaman koleksi, pagar atau dijadikan pokok hiasan latar belakang.

Ros kuno pula dikenali sebagai `garden roses' membabitkan semua jenis yang ditemui, diidentifikasi dan diperkenalkan sebelum munculnya spesies hybrid tea pada 1867.

Ros moden pula adalah spesies yang ditemui selepas 1867 yang dikategorikan sebagai hybrid tea, polyantha, floribunda, mirrianture rose dan bush rose (mawar belukar). Dipercayai terdapat 250 spesies genus Rosa sp di seluruh dunia.

Ros daripada spesies Floribunda lazimnya memiliki beberapa kuntum bunga pada satu tangkai. Warnanya kurang menarik dan tidak mampu bertahan dalam tempoh lama.

Serlahan ranggi warna oren dikenali sebagai Mercedes dan Gabriella, manakala Queen Silvia dan Selvanila dalam serlahan merah dan Laminuette dengan serlahan campuran.

Pokok Hybrid tea yang khusus untuk keratan bunga menyerlahkan susunan ranggi yang terang seperti Samantha, Visia, Christian Dior, Mister Lincon dan First Red dalam serlahan merah yang menarik.

Lady Rose, Peace, Helmet Schmidt dan Dukat berwarna oren; Alsmear Gold, Texas, Golden Times, Amber Queen, Etna dan Esmeralda dengan warna kuning; Sinia, Hara dan Noblesse dengan serlahan warna merah jambu; Tineke berwarna putih dan jingga bagi mawar yang bernama Maddelon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2006 02:54 PM | Show all posts
Cara Mencantas

Proses cantasan perlu dilakukan bagi memastikan proses pengeluaran bunga berlaku dengan baik di samping membentuk gubahan pokok dalam serlahan yang lebih menarik.

Hakikatnya, pokok mawar adalah tanaman yang tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia memerlukan tanah subur dan bersaliran baik yang mampu menahan kelembapan dengan julat pH sekitar 5.7. Ia hidup subur di kawasan suhu sederhana antara 17 hingga 25 Celsius.

Mawar atau ros yang ditanam tanpa sungkupan, kurang siraman dan tidak dibaja akan mudah terdedah kepada penyakit dan ancaman perosak.

Penyakit utama pokok hiasan ini ialah kulapuk downy, thrips, kulapuk berdebu dan bintik hitam pada daun. Racun semburan yang disyorkan ialah chlorothalonil dan Benomyl.


CARA MENANAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2006 09:08 AM | Show all posts
kadang2 keluarkan letak kat luar...tp hari tu macam panas sangat sampai lagu bunga tu
BTW, sekarang dah 3 bunga berkembang..nanti kasut pos gambornya
sekarang ni ingat nak letak dalam dua pasu..bunga ros tu tiba2 dah sengeet. BErat bunga

cuma belum ready tanah dalam pasu lagi satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2006 11:47 AM | Show all posts
update..bunga aku dah kembang 3 kuntum..
sekarang aku ingat nak jadikan 2 pasu. Aku dah dapat tanah hitam (beli kat carrefour). Kena campur tanah lain tak?
Aku ada lagi satu pokok sekarang...
Pokok tu comel. Ada sorang kawan bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 10:54 AM | Show all posts
isif kerat bantang ros yg agak tua kira2 dalam 2 inci... lepas tuh cucuk dalam pasu kecil..biar dekat tempat teduh dan siram air selalu...bila dah tumbuh tunas atau daun.. baru ubah ke dalam pasu yg besar sikit atau ke tanah!! jenis tanah..tanah biasa jer tp bukan tanah merah tau.. campur tanah tersebut dgn tanah bakar( ambik dekat tempat korang bakar sampah). hasilnya.. pokok cepat naik!! senang tanam bunga ros nih.. senang menjadi.. dah besar sikit, letak ler baja tahi kambing ker..baja tahi ayam ker...atau paling senang siram dgm air darah ikan atau air beras....insyaallah subur pokok korang..good luck!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 11:57 AM | Show all posts
semlm dpt benih bunga rose kg...warna merah hati ngan warna pink...harap2 tumbuh nanti....korang selain tanam dlm polibeg selalu tanam terus ke pasu ke atau buat tempat semaian dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 12:02 PM | Show all posts
isif suka tanam dalam pasu terus....!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.201940 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list