CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15727|Reply: 43

foto: HANGING PLANTS

[Copy link]
Post time 19-1-2007 04:00 PM | Show all posts |Read mode
let's share tumbuh2an or bunga2an yg kita gantung kat rumah..sambil berkongsi tips penjagaan nye....mod, kalau dah ada topic ni, tlg merge ye..tenkiu

ni kat umah fossil, ada member cakap nama pokok ni baby bath..pagi2 kembang..



[ Last edited by  noor_hannah at 25-1-2007 08:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2007 04:10 PM | Show all posts
ni tak tau nama apa..anak2 membiak dgn jayanya, kaedah beranak mcm pokok setawar..:love:



[ Last edited by  fossil at 19-1-2007 04:12 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 04:20 PM | Show all posts
panduan bagi membentuk gubahan pokok gantung yang menarik:

Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.

Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Oleh itu sentiasa membuang daun yang layu.

Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.

Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Sebaik-baiknya siram dua kali sehari.

Pembajaan yang teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.

Lakukan pemeriksaan terhadap pokok bagi memastikan bebas daripada serangan serangga kerana ia akan merosakkan daun yang lain.

Ketinggian pokok gantung perlu disesuaikan dengan ukuran pokok. Jika terlalu tinggi tidak akan menampakkan keindahan pokok itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 19-1-2007 04:20 PM
panduan bagi membentuk gubahan pokok gantung yang menarik:

Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

Pastikan titisan a ...



wahh..baguslah tips mas!! tenkiu:love:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by fossil at 19-1-2007 04:10 PM
ni tak tau nama apa..anak2 membiak dgn jayanya, kaedah beranak mcm pokok setawar..:love:



Nama dia spider plant .... Hamipun ada tanam dia......senang menjaganya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 19-1-2007 08:52 PM


Nama dia spider plant .... Hamipun ada tanam dia......senang menjaganya.


oo...nama dia spider plant yer...tp kat umah daun dia kurus2 laa.....tatau la kot2 jenis daun dia kurus...

tp menurut org cina....lg byk anak2 yg terjuntai tuh..lg byk rezeki.....org cina la percaya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 20-1-2007 08:02 AM


oo...nama dia spider plant yer...tp kat umah daun dia kurus2 laa.....tatau la kot2 jenis daun dia kurus...

tp menurut org cina....lg byk anak2 yg terjuntai tuh..lg byk rezeki.....org cin ...


Kat umah Hami ada 2 jenis. Yang dalam gambo tu perhatikan warna daun putih di sebelah tengah dan border hijau. Yang ni besar dan anak dia berjuntai2 macam spider......Yang satu lagi tak berapa besar dan warna daunnya hijau disebelah tengah dan border putih. (Hamipun baru perasan).Ia mengeluarkan bunga putih. Tak pernah Hami tengok anak berjuntai. Jadi Hami rasa yang itu bukan spider plant .....selalunya orang tanam buat border.

[ Last edited by  hamizao at 21-1-2007 01:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 01:52 PM | Show all posts
bonsai pokok senai untuk dijual... range price dari rm100 - rm 5000.berminat pm i.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2007 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by Bugger at 20-1-2007 01:52 PM
bonsai pokok senai untuk dijual... range price dari rm100 - rm 5000.berminat pm i.



SENAI?kat johor tue....kuang kuang kuang...bonsai pokok sinai la bugger...isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 12:03 AM | Show all posts

Reply #9 edaladiva's post

wahahahahahaha..sudah tukar kaa??? nak order pm i ekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 01:34 AM | Show all posts

Reply #9 edaladiva's post

Apa rupa pokok sinai tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 04:48 PM | Show all posts
Tips penanaman bunga gantung

1. Tanaman pokok dalam pasu gantung menggunakan campuran medium tanah yang agak ringan iaitu campuran untuk pokok berpasu dicampur dengan serat sabut kelapa bertujuan memastikan tanaman sentiasa lembap. Campuran medium ini ringan dan sangat sesuai untuk tanaman yang perlu digantung.

2. Tali yang digunakan untuk menggantung pasu perlu diperbuat daripada bahan tahan lama dan tidak mudah reput seperti dawai besi. Lebih baik jika membeli pasu yang siap dengan talinya. Sentiasa pastikan keadaan tali untuk mengelakkan ia putus.

3. Sentiasa ubah posisi gantungan supaya pertumbuhan pokok menjadi seimbang. Jika tidak pokok akan tumbuh sehala atau kurang seimbang iaitu membesar di satu bahagian sementara bahagian lain kurang pertumbuhan.

4. Bagi pokok yang berbunga seperti petunia, jika bunganya layu perlu dibuang kerana ia akan merosakkan bunga segar yang lain.

5. Air yang berlebihan akan menyebabkan batang mudanya reput dalam tempoh yang singkat. Dalam tempoh untuk membiakkan pokok ini, penggunaan air semburan halus terus ke daun digalakkan tetapi perlu berhati-hati kerana bunganya lembut.

6. Siraman berjadual dan proses pembajaan berkala menggunakan baja sebatian cair sama ada dari jenis semburan ke daun atau terus ke tanah.

7. Mengubah pasu boleh dilakukan pada musim bunga apabila akarnya memenuhi ruang pasu. Pasu yang disyorkan ialah jenis plastik kerana ringan.

8. Beberapa masalah seperti daunnya mudah layu dan berubah kekuningan selepas mendapat bekalan air berlebihan akan menyebabkan kematian. Cara mengatasinya dengan mencabut pokok itu daripada pasu asal dan ditanam semula.

9. Pokok hiasan jenis ini memerlukan sumber cahaya terang dan udara kering untuk membantu pertumbuhan daun tetapi dedahan terus kepada matahari boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut. Suhu yang stabil diperlukan dan penanaman pokok di tempat tertutup mesti dielakkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 21-1-2007 01:34 AM
Apa rupa pokok sinai tu?



pokok tu ala2 pokok bonsai....(cam ne ekkk..nk xplain) dihujung dahan dia baru ada serumpun daun2...
setahu saya pokok ni kalau kat Perlis mmg murah.....sebab masa berkunjung ke sana byk pokok ni... rasa nk beli tp...kena bawa lori la.... hehehehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 08:32 AM | Show all posts
minat pokok gantung ni...tp xde tempat mau gantung...hehehe...tenggek jek atas tembok!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by fossil at 19-1-2007 04:00 PM
let's share tumbuh2an or bunga2an yg kita gantung kat rumah..sambil berkongsi tips penjagaan nye....mod, kalau dah ada topic ni, tlg merge ye..tenkiu

ni kat umah fossil, ada member cakap nama  ...


Samake dgn Hami punya ni? Tinggal lagi Hami punya tak berbunga.




Spider Plant Hami....




Ini yang seakan2 Spider Plant...lihatlah perbezaan warnanya...ada bunga lagi..



Yang ini Hami tak tau nama dia tetapi amat senang tumbuh dari batang dia...



[ Last edited by  hamizao at 19-2-2007 03:31 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 12:51 PM | Show all posts
kat skolah dulu tak panggil spider plant...cikgu sebut chlorophytum... pokok ni senang idup...alihkan anak dia jek...cukup air, gemuk arr nnt...dulu byk tanam kat dalam kelas...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 07:49 AM | Show all posts


Dari berita harian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 08:49 PM | Show all posts
antara yg ditenggek atas tembok...buat penghalang bujang sblh umah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 09:59 PM | Show all posts
ini antara yg dok tergantung awang-awangan kat umah mok nik





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 10:05 PM | Show all posts
ni lagi ... selain orkid yg tergantung2 dan periuk kera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.814751 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list