|
Mardiana wanita besi?
MARDIANA Razali menganggap tugas sebagai pembantu juruterbang pesawat C-130H merupakan pengalaman berharga bagi dirinya.
Tugas pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kebiasaannya disandang oleh kaum lelaki dalam memastikan operasi penerbangan berjalan lancar. Peranan yang dimainkan oleh penjawat itu adalah membantu juruterbang dalam menentukan arah penerbangan di samping keselamatan pesawat ketika dalam penerbangan.
Namun, tidak ramai mengetahui bahawa tugas berkenaan mampu dilakukan oleh kaum wanita yang dapat melaksanakan tugas dengan lancar seperti kaum lelaki. Rombongan media yang menyertai lawatan ke Pangkalan Udara TUDM, Labuan, Sabah, baru-baru ini tertarik dengan seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu juruterbang bagi pesawat pengangkut udara, Charlie 130 Hercules (C-130H). Malah, penerbangan pulang rombongan media dari Pangkalan Udara TUDM, Labuan, Sabah dan Pangkalan Udara TUDM Kuching, Sarawak ke Lapangan Terbang TUDM, Subang, Kuala Lumpur turut dikendalikan oleh Mardiana bersama juruterbangnya. Pesawat berkenaan mampu menjalankan pelbagai operasi dalam memastikan misi yang dijalankan mencapai matlamat. Masyarakat lebih mengetahui bahawa C-130H merupakan antara pesawat pengangkut pelbagai guna yang mampu menjalankan operasi dalam pelbagai bentuk cuaca dan muka bumi
Kapten Mardiana Razali yang telah bertugas di pangkalan tersebut sejak Oktober 2005 adalah salah seorang pembantu juruterbang pesawat berkenaan di 14 Skuadron pangkalan tersebut. Mardiana berkata, kerjaya dalam penerbangan memberikan satu keseronokan dan pengalaman baru kepada dirinya. Tambahnya, pelbagai pengalaman diperolehi sepanjang bertugas di skuadron tersebut dan ia merupakan satu pengalaman beharga walaupun masih baru dalam dunia penerbangan.
揔etika menuntut di Kolej Tentera Udara (KTU) TUDM Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, latihan yang saya ikuti tiada beza antara lelaki dan wanita serta diberi peluang sama dengan lelaki,拻 katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mardiana yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik itu melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di KTU sebaik sahaja selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berasal dari Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan, beliau mengikuti pengajian di kolej tersebut selama tiga tahun bermula tahun 1999 sehingga 2002.
Minat tinggi dalam kerjaya tentera yang mempunyai disiplin yang ketat terutama TUDM mendapat restu kedua-dua ibu bapanya untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di KTU. Selepas itu, Mardiana memasuki sekolah penerbangan di kolej yang sama sehingga Mei 2005 dan berjaya mendapat sayap penerbangan. 揝ebaik menamatkan kursus penerbangan di kolej itu saya memasuki kursus pesawat CN235 bagi unit komersil dan mengikuti kursus-kursus lain seperti multi kru di sana,拻 katanya.
Sepanjang menjalani kursus berkaitan pesawat tersebut, pelbagai ilmu yang dipelajari bagi mengetahui pengendalian pesawat pengangkut sederhana tersebut. Menurutnya, pesawat pengangkut mempunyai pelbagai fungsi tidak kira dalam operasi ketenteraan mahu pun bantuan kemanusiaan di kawasan bencana. Pengalaman yang diperolehi ketika menyertai kursus pesawat berkenaan membolehkan beliau diletakkan dibawah 14 Skuadron dan menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat C-130H.
Pertukaran dari pesawat CN235 kepada C-130H merupakan satu cabaran baru baginya dalam mengendalikan pesawat pengangkut yang lebih besar. Cuma perbezaan kedua-dua pesawat itu ialah CN235 mempunyai dua enjin manakala C-130H pula mempunyai empat enjin,拻 katanya. Mardiana berkata, ketika dimaklumkan oleh pegawai bertugas untuk menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat itu, beliau menganggap ia merupakan satu pengalaman baru.
Bagaimanapun, katanya, pengalaman asas dalam penerbangan tidak membuatkan dirinya merasa kekok untuk bertugas dengan pesawat C130H berbanding CN235 sebelum ini. Selain memikul tanggungjawab di pesawat tersebut, Mardiana juga turut memikul tugas sebagai Bendahari Badan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) 14 Skuadron di pangkalan itu.
[ Last edited by tin at 21-2-2007 01:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..
mana pic awek nie apouy....:bgrin:
nak kenal gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by insignia at 21-2-2007 12:04 PM
hehehe..
mana pic awek nie apouy....:bgrin:
nak kenal gak....
hex3 cun wo..dari utusan ari ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 apouy's post
no hal..the new cari version ni memang pelik sikit...aku pun tengah belajar macamana nak handle.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..
Tq dah dpt tengok dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Gemukkkkkkk's post
rasanya bukan la. mak buyung ipoh mali laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 tin's post
ohohoooo pandai kau ye.. tolong jawabkan pulak tu.. bodek mak buyung ke ni?
mak buyung, tu junior ye.. dah kahwin ke.. kalau belum, kenalkan la kat tin ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Gemukkkkkkk's post
nak kenal kat tin ke ko....ko tu duduk dalam tempat berhabuk, mana ada awek nak lekat..si tin tempat dia keliling pinggang ada awek ooi..tak yah susah2.. so apouy..kalao nak nengok bujang terlajak boya tasek ni kahwen..ko introler si adik manis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 mmc's post
tapi satu aja den nak tanyakan...sanggup ke masuk suku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 mmc's post
confius jap....... hehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 mmc's post
:setuju: dengan 120 persennnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Gemukkkkkkk's post
Cit, bukan tara mau buat. ini rimau juga. tunggu kasi itu rusa dekat mari, baru kasi keluar itu kuku sama taring laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Blh thn srikandi negara nih ...
Sesekali baca psal sojar pompuan kat paper, teringat kat Tun Kudu & Tun Fatimah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Gemukkkkkkk's post
awatnya..ko bukan boya tasik ke...ipoh mana ada laut atau sungai besor macam sungei perak weh untuk boya tinggai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Gemukkkkkkk's post
blom kawen lg....
maleh ar nak kenen2 kan org...
pandai2 sendirik k.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 apouy's post
kurang kasi kontek ler...tengok si pda mokk tu boley pakai lagi ke tak |
|
|
|
|
|
|
| |
|