|
eeeeuww...lawa sungguh munge2x tulip ni...:love:
last time pegi Holland ..tak sempat nak g Keukenhof ...klo tak..mao rambang bijik mata tgk gardens full of tulips..
[ Last edited by amamiya5674 at 5-10-2006 08:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
org kata tulip lambang cinta suci...
br smlm beli tulip kuning ni kat ssf...
[ Last edited by noor_hannah at 15-10-2006 01:07 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Tulip
Hasil Kajian UPM
KECANTIKAN dan keindahan yang mampu ditonjolkan oleh jambangan bunga tulip memang tidak boleh dinafikan.
Jika ia berbunga, sudah pasti ia memukaukan mata memandang. Apatah lagi jika ia merangkumi sebuah ladang yang saujana mata memandang. Penuh warna-warni.
Kerana itu tidak hairanlah bunga tulip boleh dikatakan sebaris dengan bunga pilihan seperti ros, popi, kekwa dan carnation.
Kekuatannya cukup terserlah apabila ia dijadikan alat perhiasan di sudut rumah ataupun sebagai hadiah untuk peristiwa yang paling istimewa.
Malah, bunga tulip ini juga dijadikan antara eksport utama beberapa buah negara Eropah dan juga Amerika Syarikat. Hasilnya cukup membanggakan.
Baru-baru ini sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan beberapa kajian saintifik ke atas bunga tulip ini.
Ia bermula dua tahun lepas dan awal bulan Februari tahun ini, ia berjaya memberi hasil yang diharapkan selama ini.
Bukan itu sahaja, sekumpulan penyelidik itu juga berjaya mencari penawar yang membolehkan tulip ditanam di negara ini secara komersial.
"Bagaimanapun, penawar itu masih dalam kajian lagi dan ia memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya.
"Sekarang ini, kajian ke atas bunga tulip ini masuk kali kedua dan mungkin tahun depan, kami mendapat suatu penemuan yang baru," kata ketua penyelidiknya Dr. Thohirah Abdullah.
Katanya, kajian kumpulan beliau sebenarnya adalah berdasarkan untuk mencari penyelesaian yang membolehkan tulip ditanam secara komersial di negara ini.
Beliau sendiri percaya bahawa setiap flora walaupun ia tumbuh di negara empat musim tetapi itu tidak semestinya tidak boleh ditanam di sini.
"Cuma apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan atau penawar supaya dapat menyesuaikan diri dalam iklim negara ini.
"Untuk itu kami melakukan kajian ke atas kitaran bunga itu untuk mengenal pastikannya, iaitu dari mula ia bercambah sehinggalah berbunga dan sejauh manakah ia mampu bertahan dalam cuaca kita," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Sebagai permulaan, sebanyak 600 bebawang (benih bunga tulip) telah ditanam dalam bilik kawalan suhu supaya ia boleh bercambah dan mengeluarkan bunga.
"Kami menyimpannya dalam bilik sejuk seluas 10 kaki persegi x 10 kaki persegi," jelas beliau lagi.
Kemudian apabila ia mula bercambah, bunga-bunga tulip itu dipindahkan ke sebuah peti yang dipanggil sebagai kebuk pertumbuhan.
Peti ini merupakan sebuah mesin yang boleh mengawal suhu dan jangka masa waktu iaitu siang dan malam, di samping melihat pembesarannya.
Dalam masa yang sama pula, selain kawalan suhu, kajian juga turut dilakukan dari segi pembajaan dan penyiraman.
Menurut beliau, pihaknya mengkaji apakah jenis baja dan bentuk penyiraman yang diperlukan oleh bunga itu berdasarkan suasana persekitaran negara ini.
"Kami cuba mencari teknik pembajaan dan penyiraman yang murah serta senang diperolehi di negara ini," katanya lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BUNGA membuat Belanda terkenal dan ini bukan hanya kerana tulip, bunga kebangsaan negara terletak di Eropah Barat ini.
Malah bunga juga adalah antara punca kekayaan Belanda, bukan juga kerana tulip semata-mata.
Bunga adalah antara eksport utama Belanda dan yang anehnya, ia bukan sahaja eksport bunga negara sejuk (atau tulip) tetapi juga bunga negara tropika.
Dalam satu lawatan singkat ke negara itu baru-baru ini, syarikat penerbangan Belanda yang menaja lawatan itu, KLM, membawa serombongan wartawan Malaysia untuk melihat bagaimana bunga menjadi salah satu hasil penting negara yang terletak di bawah paras laut ini.
Tempat yang menjadi tujuan adalah pasar besar untuk bunga sahaja, atau lebih khususnya pusat melelong bunga.
Pusat Melelong Bunga Aalsmeer (Aalsmeer Flowe Auction):
Terdapat tujuh syarikat lelong bunga di Belanda dengan yang terbesarnya ialah Bloemenveiling Aalmeers yang memiliki 43 peratus daripada jumlah bunga dipasarkan.
The Verenigde Bloemenveilingen Aalsmeer atau VBA adalah pergabungan dua pelelong bunga dan pokok yang sudah bergiat sejak 1912. Kedua-dua syarikat itu, Bloemenlust dan Central Aalsmeer Auction, bergabung pada 1968 untuk menubuh syarikat baru dinamakan VBA.
Mereka kemudian membina sebuah kompleks melelong yang besar dan moden bagi membolehkan penjualan bunga dan pokok secara besar-besaran.
Apabila kompleks itu siap pada 1972, ia memiliki keluasan sebanyak 88.000 meter persegi. Oleh kerana pembekalan bunga, pokok dan lain-lain produk nurseri meningkat, kompleks berkenaan terpaksa dibesarkan beberapa kali lagi sejak itu. Ia kini memiliki keluasan lebih daripada 715.000 meter persegi, atau sama dengan 120 padang bola sepak.
Oleh itu, kompleks lelong Aalsmeer ini bukan sahaja pusat melelong bunga terbesar malah juga salah sebuah bangunan komersil terbesar di dunia.
Pembekalan Dan Permintaan:
Bloemenveiling Aalsmeer ialah sebuah koperasi penanam bunga. Sebanyak 5,000 penanam bunga, pokok dan produk nurseri adalah ahli koperasi ini dan oleh itu menjadi pemilik bersama kompleks lelong terbabit.
Sebagai ahli koperasi berkenaan penanam itu dikehendaki menjual semua hasil mereka melalui koperasi tersebut.
Penanam membayar khidmat kompleks terbabit sebahagian daripada keuntungan diperolehi melalui penjualan produknya. Jumlah bayaran ditetapkan setiap tahun melalui mesyuarat agung tahunan dan biasanya ia adalah di antara lima peratus hingga enam peratus. Komisen ini digunakan untuk membayar penyenggaraan bangunan dan kos pekerja.
Pembeli bunga (atau pelanggan) adalah sama penting seperti penanam bunga (pembekal) bagi kompleks lelong Aalsmeer. Bagaimanapun, pembeli ini bukan ahli kompleks berkenaan tetapi disenaraikan sebagai pembeli dalam sistem komputer pentadbiran kompleks itu.
Mereka hanya membayar satu jumlah kecil melalui pembelian mereka untuk kos perkhidmatan disediakan. Pusat lelongan itu bertindakan sebagai tempat pertemuan pembekal dan permintaan. Proses ini menentukan harga bunga dijual.
Kedudukan Kompleks:
Secara kasarnya, bangunan melelong bunga ini boleh dibahagi kepada dua: Bahagian melelong dan bahagian pembeli. Bahagian lelong adalah tempat produk dibeli. Produk ini disimpan dalam bilik stor sejuk atau dewan penerimaan sebelum dilelongkan. Kemudian terdapat bilik melelong dan akhirnya dewan penghantaran.
Pelawat boleh menyaksi proses melelong bagi bunga dipotong hanya melalui galeri yang dibina untuk tujuan ini. Tempat bunga-bunga itu dilelong ditutup kepada orang awam.
Di bahagian pembelian, sejumlah 350 pembeli, pengeksport dan pemborong menyewa kawasan pembungkusan bagi menyiapkan barangan dibeli untuk dijual.
Penghantaran Bunga:
Bunga-bunga dibeli pada senja atau malam sebelum lelongan. Bunga berkenaan dihantar sendiri ke kompleks oleh penanam atau mereka menggunakan khidmat syarikat pengangkutan.
Bunga itu diletak atas troli dan disimpan dalam bilik sejuk besar sehingga waktu hendak dilelong. Pokok dan pepohon pula dihantar sehari sebelum dilelong.
Semua produk ini diperiksa di dewan penerimaan atau di bilik sejuk oleh pemeriksaan dilantik oleh syarikat melelong berkenaan.
Proses Lelong:
Proses melelong dijalankan dalam lima bilik lelong; empat untuk bunga dipotong masing-masing dengan dua atau tiga perakam masa (clock) dan satu bilik untuk melelong pokok dengan empat perakam masa.
Bilik untuk produk yang mahu dilelong ditentukan dan tidak diubah-ubah. Ini bagi memudahkan pembeli untuk mendapatkan produk tertentu.
Kegiatan melelong dijalankan lima hari seminggu. Ia bermula pada jam 6.30 pagi dan berjalan sehingga semua produk dijual.
Bilik dengan dua perakam waktu boleh memuatkan 300 pembeli, bilik tiga perakam waktu 500 dan bilik empat perakam waktu 600.
Pembeli tidak semestinya pengeksport atau pemborong, mereka mungkin juga penjual bunga secara besar-besaran atau yang di kaki lima.
Pembeli ini diberi satu atau lebih kad yang mempunyai nombor kod. Apabila kad ini diselit dalam meja, ia akan membuka kotak mengandungi punat yang digunakan ketika membuat belian.
Dari meja ini, pembeli boleh meletakkan pembeliannya pada mana-mana perakam waktu. Dengan menggunakan punat di meja berkenaan, pembeli juga boleh pindah ke mana-mana perakam waktu yang mereka mahu.
Setiap perakam waktu ini dikawal oleh seorang juru lelong. Seorang pembantu yang duduk di sebelahnya pula akan menerima borang penghantaran bagi lot yang dijual dan memasukkan data itu ke dalam komputer.
Maklumat ini termasuk nama penanam dan jumlah lot yang kemudian dipamerkan pada muka perakam waktu.
Juru lelong akan mengumumkan produk yang mahu dilelong, nama nurseri dan jumlah minimum yang mesti dibeli oleh pembeli. Juru lelong juga akan mengumumkan sebarang komen mengenai mutu yang dibuat oleh pengawal kualiti sebelum itu.
Pembeli mendengar maklumat ini melalui speaker/mikrofon yang dipasang di meja masing-masing.
Juru lelong kemudian memulakan perakam waktu. Ia bergerak mengikut harga paling tinggi dan paling rendah yang ditanda oleh angka tertera di sekeliling perakam tersebut.
"Pembeli menghentikan lampu yang mengeliling perakam terbabit pada harga yang dia mahu bayar. Angka berkenaan menunjukkan harga setiap bunga atau pokok.
Pembeli yang menghentikan perakam itu dahulu adalah pembeli yang berjaya dan nombornya akan tertera pada muka perakam berkenaan.
Melalui mikrofon disediakan pembeli itu memberitahu juru lelong jumlah lot yang dia mahu beli. Jika dia hanya mahu beli sebahagian daripada lot itu, selebihnya akan dilelongkan sekali lagi.
Data jual beli ini terus dimasukkan ke dalam komputer dan diproses melalui invois untuk pembeli dan penanam dan dicatatkan dalam buku. Setiap perakam boleh membabitkan 1,500 pembelian sejam.
Selepas dijual, troli yang mengandungi lot bunga berkenaan dibawa keluar dari bilik lelong. Di luar bilik, sebuah mesin pencetak yang bersambung kepada komputer akan mencetakkan baucar penghantaran bagi setiap ransaksi yang digunakan oleh pekerja untuk membahagi-bahagikan produk berkenaan.
Di bilik penghantaran, setiap pembeli memiliki trolinya sendiri yang boleh dikenal pasti melalui nombornya dan produk dibelinya akan diletakkan di dalam troli ini.
Apabila troli itu penuh, ia kemudian dibawa ke kawasan membungkus untuk membolehkan pembeli memproses beliannya.
Jika pembeli itu tidak mempunyai kawasan membungkusnya sendiri, dia boleh membawa lori/van atau pengangkutannya sendiri dan mengambil beliannya sendiri.
Apabila pembeli itu selesai melakukan pembeliannya, komputer kemudian mencetakkan bilnya. Dia kemudian membayar pembelian ini secara tunai di kompleks berkenaan atau membayar menggunakan surat kredit melalui bank.
Bagi mengelakkan pembeli membawa terlalu banyak wang tunai, kompleks berkenaan menyedia pejabat untuk cawangan-cawangan bank.
Pembeli boleh mengeluarkan wang untuk membuat pembayaran melalui cawangan bank berkenaan. Ini bermakna setiap bunga atau pokok dijual pada satu-satu hari di bayar serta-merta.
Pengangkutan Dan Eksport:
Oleh sebab bunga dan pokok dari Belanda diminati seluruh dunia, lebih dari 80 peratus bunga dijual di kompleks lelong Aalsmeer adalah untuk eksport.
Dan oleh kerana produk ini cepat musnah, adalah penting ia dibungkus dan dihantar keluar secepat mungkin. Pembeli membugnkus bunga ini mengikut kehendak pelanggan, sama ada di dalam atau luar negara.
Pembeli membungkus bunga ini mengikut jambangan bercampur-campur atau mengikut jenis dalam jumlah tujuh atau 10 bunga.
Produk ini kemudian dikumpul dalam kotak dan dikirim ke pusat penghantaran yang memindahkannya ke dalam lori dilengkapi kemudahan bilik sejuk untuk dihantar ke negara Eropah lain.
Syarikat pengangkutan dan penghantaran profesional juga membuka pejabat mereka di pusat penghantaran ini. Begitu juga pihak kastam.
Bunga yang mahu dihantar ke benua lain seperti ke Amerika Syarikat atau Asia pula menggunakan pengangkutan udara. Di pusat penghantaran ini, kontena mengandungi bunga ini dihantar ke lapangan terbang untuk diangkut oleh pesawat yang sedia menunggu.
Ini bermakna, bunga dilelong pada paginya boleh dijual pada petang hari sama atau pagi keesokannya di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada atau mana-mana tempat lain di dunia.
Beberapa Data Pusat Lelong Bunga Aalsmeer:
Hampir 1.4 juta bunga dan 1.5 juta pokok bunga dijual setiap hari. Ini bermakna hampir 3.5 juta bilion bunga dan 370 juta pokok bunga setahun.
Bloemenveiling Aalsmeer memiliki lebih 1,800 pekerja. Keseluruhan bangunan, iaitu termasuk pengeksport dan lain-lain syarikat, mengandungi 10,000 pekerja.
Bumbung bangunan mempunyai dua tempat meletak kereta yang boleh memuatkan 3,500 kenderaan.
Dengan kemudahan komputer, 50,000 jual beli boleh dikendalikan setiap hari.
Bangunan itu memiliki kawasan sejuk seluas 30,000 meter persegi.
Purata 2,000 lori meninggalkan bangunan itu setiap hari, sama ada ke destinasi dalam atau luar negara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah TULIP:
Bunga tulip mempunyai sejarah yang unik apabila ia dikatakan menjadi satu daripada petanda awal kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki dan pernah mencetuskan `Tulip Mania' di Belanda pada kurun ke-17 hingga menjadikan bunga itu barang dagangan menguntungkan.
Mengikut sejarah, ketika zaman kemerosotan Daulah Uthmaniah, bunga tulip menjadi lambang kemegahan dan amat digilai pembesar kerajaan berkenaan termasuk pemerintahnya, Sultan Ahmed III (1703-1730) yang banyak menghabiskan masanya di kebun bunga tulip daripada di meja pentadbiran.
Zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai `Era Tulip' berakhir selepas ditumbangkan dalam satu revolusi.
Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada mereka yang mengunjungi Bukit Larut yang bersejarah terutama ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah tulip ni boleh tanam kat garden ni kan...alangkah bahagianya.....:love: |
|
|
|
|
|
|
3sya This user has been deleted
|
cantiknya bunga2 tulip ni....berwarna-warni. |
|
|
|
|
|
|
|
nice...very colourful !!
suka tulip putih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik nyer........................ |
|
|
|
|
|
|
|
cam nk makan jek bunga tulip ni..gerammm... |
|
|
|
|
|
|
AMaY This user has been deleted
|
rugi kan bunga ni tak boleh tanam kat Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
TULIP
just to share photos snapped during springtime in germany,...gilaaaaaaaaaaa nengok tulip nih...lawa gilerrrrrrrr..
mod, :tq::tq:
[ Last edited by noor_hannah at 20-1-2007 09:45 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Wahhh.. cantiknyer.. aku pun minat gak bunga tu:love:lip ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya........rasa nak je golek2 kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya...byk2 bunga,...mae suka bunga tulip |
|
|
|
|
|
|
|
huh...?? raso nak pengsaaaaaaaaaaaaaaan......lawooooooooooooooooooo............:love:
untung fossil dpt tgk real....... |
|
|
|
|
|
|
|
wah cantiknya......rasa fresh mata jap even dpt tgk gambar je.. |
|
|
|
|
|
|
|
gila ako tenguk bunga tulip tu ..cantiknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|