i
sinar matamu adalah baja
yang menyuburkan
debur nafasmu adalah kali
yang menyirami
bicaramu riuh
bagaikan unggas di senja merah
yang menemani sunyi siangku
yang melengkapkan sayu malamku
namun
harum rambutmu yang mengurai itu
adalah racunnya
ii
aku menghimpun dosa-dosa seorang
lelaki
di celah-celah anggunnya sanngul mu
setiap kali mata nakal mencuri pandang
tersentuh
pada sebuah rasa
yang bergalas di pundak
pada setiap lelaki
ilham dari syurga
jadi tak perlu la nak explain maksud puisi ini kat Nuha..