Last week aku gi workshop member aku kat kuantan ni...
sampai2 aku kat situ, ada sorang owner Gen2 yang bengang giler pasal piston rod keta dia patah.
aku tanya dia apasal? setahu aku jarang sangat piston rod boleh patah(berkecai beb!)...bengkok selalu la..
kronologi dia camni..dua hari sebelum patah, crankcase(oil sump) gen2 dia pecah sebab terhantuk something..
dia pegi pusat servis Proton kat bandar kuantan. budak proton pasang crankcase(oil sump) yang baru...settle
besoknya...masa dia gi jalan2, tiba2 enjin mati & bunyi benda patah dalam enjin.
dia call balik proton servis.proton servis tow keta dia & bukak balik crankcase.
dia kata piston rod patah & kena tukar. macamana boleh patah?
aku suspek budak proton pasang crankcase tu tak betul. minyak enjin tak naik ke piston no1 yg patah tu...tapi derang taknak bertanggungjawab. tambahan lagi waranty keta tu dah tamat katanya.
jadi tak pasal2 la member ni tarik keta dia kuar dari workshop proton ke workshop member aku ni sbb nak jimat kos.
setakat ni memang payah nak carik enjin campro 2nd hand. kalau ada pun rega dia RM5-6K...(boleh beli halfcut 1JZ tu beb!)
bayangkanla sebijik piston campro saja dah RM350!!
lesson; berhati2 dengan so called authorised/panel workshop. kalau mekanik tak berpengalaman, camni la jadinya...
Originally posted by t@t at 29-1-2008 01:03 PM
amende ni vol......ayat dr planet pluto ka..?berterabur ni.....
Alaa... maksud dier, ada satu owner keter Gen-2 yang bengang pasal con rod patah pasal budak service center pasang tak betul. Lebih celaka lagi, service center tu tak nak bertanggungjawab dengan alasan dah abis warranty... kan macam celaka tu... nama jer service center tapi pomen dier buat kejer cincai...
Semoga pomen (dan gak manager) kat service center tu cepat kena pecat, baru la padan muka, huhuhu...
Originally posted by Squall-Leonhart at 29-1-2008 01:14 PM
Alaa... maksud dier, ada satu owner keter Gen-2 yang bengang pasal con rod patah pasal budak service center pasang tak betul. Lebih celaka lagi, service center tu tak nak bertanggungjawab denga ...
ok...masalh teknikal jer td....tuan tanah dah edit dah....
Originally posted by eranona at 29-1-2008 01:20 PM
Maksud tersiratnya... jgn guna kereta yg pakai enjin CAMPRO kot???
tak jugak...bukan camtu...
aku rasa kebanyakan mekanik kat pusat servis P1 tak begitu terlatih.
pilihlah mekanik2 yg boleh dipercayai...
aku skeptikal dgn material yg digunakan utk enjin campro nih..
aku pernah racing di batu 3 speedway dulu...enjin honda aku penah pecah sekali. piston siap terkeluar dari blok. tapi tak patah pun..bengkok jer..itu RPM@6800 tu...
solution dia.....pemilik2 kenderaan saving mesti ada kot..........ye lah mana tau ada kejadian mcm ni kan....& elakkan dr prgi pomen yg was2 tntg kecekapan nya...leh ke...
Originally posted by sixfullbar at 29-1-2008 01:24 PM
apasal nak tukar enjin second?kalau tukar rod dan psiton ja lagi murah
susah nak cari ker sparepart ni
spare part tak susah cari...cuma tak best kalau tukar sebijik piston jer, sedangkan yg lain piston dah lama..
kalau aku alang2 dah baraikan enjin, baik masuk seketul enjin lain...
yes..solution yg memula saving yg mencukupi kena ada. baru la boleh gi repair.
alang2 terus tukar enjin seketui.
kalau pusat servis ni tak nak bertanggungjawab agak2 boleh report ke kat tribunal tuntunan pengguna?
Originally posted by mahmoode at 29-1-2008 03:44 PM
yes..solution yg memula saving yg mencukupi kena ada. baru la boleh gi repair.
alang2 terus tukar enjin seketui.
kalau pusat servis ni tak nak bertanggungjawab agak2 boleh report ke kat tribun ...
boleh report ke tribunal pengguna...
cuma kes2 camni dah terlalu banyak. especially NAZA...
banyak report dari pemilik kenderaan NAZA..banyak komplen pasal aftersales servis yang amat2 teruk...