CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16159|Reply: 175

rugi lengah2kan kawen..!!

[Copy link]
Post time 14-3-2008 05:46 AM | Show all posts |Read mode
Rugi lengah berkahwin
Faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melambatkan perkahwinan pasangan muda hari ini.


CINTA yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya
boleh menimbulkan perasaan kasih dan sayang tanpa
ikatan perkahwinan. - Gambar hiasan


MEMETIK kata dari buku bertajuk Membina Rasa Cinta, nukilan pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, cinta lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar difahami. Anda tidak boleh lari daripada cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri.

Kata orang dahulu pula, tidak elok bercinta lama-lama, takut nanti dikebas orang. Pepatah ini membuktikan bahawa jalinan cinta yang sudah lama dibina sepatutnya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Justeru itu, jangan berlengah untuk menggapai waktu kemuncak ke alam pernikahan. Ini kerana cinta tidak akan berakhir dalam sebuah kehidupan yang hakiki.

Setiap insan inginkan kebahagiaan, disayangi, dibelai, dihargai dan dihormati oleh apa yang dinamakan cinta. Menurut Tuah, waktu bercinta, cintalah pasangan seadanya dan apabila berkahwin, cintalah pasangan sebenar-benarnya.

Dalam meniti usia yang semakin lewat senja, rugi sekiranya ada dalam kalangan kita melewatkan perkahwinan, biarpun tiada lagi yang ingin dipertaruhkan kala percintaan sedang membara.

Kata Tuah, tempoh menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama boleh mendatangkan impak pada sesebuah kebahagiaan yang dinikmati dalam alam percintaan. Ini sekali gus akan meletakkan pasangan berhadapan dengan pelbagai risiko tanpa dipinta.


DR. HM TUAH ISKANDAR

"Saat dilamun cinta, janganlah sesekali membiarkan masa berlalu dengan begitu lama, takut ia mengundang perkara yang tidak diingini. Antara risiko yang mungkin melanda pasangan ialah rasa bosan yang tidak diduga dan boleh muncul pada bila-bila masa.

"Cinta yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya boleh menimbulkan rasa kasih dan sayang yang berterusan. Pasangan mungkin beralih pandangan pada suatu sudut yang berbeza. Ia boleh membentuk rasa bosan, hilang perasaan, keraguan dan kurang keyakinan terhadap pasangan.

"erlu diingatkan, cinta tidak semestinya indah. Ia selalunya dipenuhi 1001 rasa termasuklah marah, merajuk, sedih, ungkit-mengungkit, sakit hati, gaduh, tidak mengerti dan dendam yang tiada kesudahannya," ujarnya.

Jelasnya, faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan pasangan hari ini untuk lambat berkahwin.

"Ketakutan membiayai kehidupan, sememangnya menjadi alasan yang kini menghantui ramai pasangan khususnya golongan lelaki untuk mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, rezeki seseorang akan bertambah sekiranya dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

RUGI bercinta terlalu lama kerana ia mempunyai kemanisan luar biasa di alam perkahwinan. - Gambar hiasan

"ernahkah kita mendengar, orang yang mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata selama ini, tidak mampu menyara hidup bersama anak-anak? Walaupun tidak semewah yang diharapkan, tetapi mereka tetap dianugerahkan keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri," tegasnya.

Jadi, katanya, berfikirlah sebelum melakukan suatu perkara yang membatasi perhubungan.

Menurut Tuah, tidak elok dipandang sekiranya bercinta terlalu lama.

"Cinta bukan sahaja mengajar seseorang erti kebahagiaan dan kematangan, tetapi ia juga boleh mendorong ke arah perilaku yang tidak baik di sisi agama," katanya.

Justeru itu, bagi pasangan yang sedang mabuk bercinta, terdapat lima elemen yang mampu membuatkan cinta itu berkekalan dan disudahi dengan ikatan perkahwinan sekiranya ia diamalkan dalam kehidupan harian. Antaranya ialah:

Cinta pada Allah

Ketika sedang hangat dilamun cinta, sedarilah kita pada hakikatnya di manakah lahirnya erti sebuah cinta. Setiap insan perlu mencintai Allah dan mensyukuri nikmati yang diberikan. Tanamkan dalam hati, 'Aku cinta Allah'. Niat yang betul pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.

Cinta pada Nabi

Pelengkap kehidupan adalah cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Ibarat cinta pada sebuah kereta, tetapi tayarnya tidak. Apakah yang akan timbul sekiranya cinta yang dilahirkan bukan secara keseluruhan dan tiada keikhlasan?

Cinta kepada ibu dan ayah

Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya. Sama ada yang masih hidup mahupun telah kembali kepada-Nya, tanamkan rasa cinta kepada ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah membawa sinar kebahagiaan sepanjang hayat. Jadi, hubungan cinta mesti mendapat keredaan daripada mereka.

Cinta kepada guru

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk kebahagiaan orang lain. Besar nyala api, besar lagi ilmu yang diberikan. Sekiranya memperoleh ilmu, maka kita tidak akan sesekali mempersiakan kehidupan yang mencabar sehingga boleh mencetuskan perbuatan yang terkutuk dan dilarang agama. Peranan seorang guru mempunyai persamaan seperti seorang ibu.


BERFIKIR sebelum melakukan perkara yang membatasi perhubungan.

Cinta pada diri sendiri

Sayangilah diri anda seperti mana anda menyintai ibu dan ayah. Jangan sesekali menganiaya diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan separuh kehidupan, akibat dinodai perasaan cinta yang mendalam dari insan bergelar kekasih.

Tanya pada diri sama ada bersedia ataupun tidak dengan cinta pasangan itu.
Menurut Tuah, lima elemen di atas memberi impak mendalam pada diri sendiri dan ia berkesan membentuk sebuah perhubungan cinta ke arah yang lebih positif dan berpendirian.


Jadi.. harap2 sesapa yg tak kawen lagi tu dan dok usung gf sana sini, kawen ler cepat cepat.. nanti rugi   tee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 05:53 AM | Show all posts



tak jumpa calon lagik    






♥ tattoo ♥ won't go home without u ♥ takdir cinta ♥ biarlah ♥ butterfly ♥ hampir ke situ ♥ selamat tinggal selamanya ♥


~♥~Your joy is your sorrow unmasked. The deeper that sorrow carves into your being, the more joy you can contain~♥~



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 07:02 AM | Show all posts
aku pun tak nak lengah2 tapi dah takder calon.... nak wat camner???
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 07:06 AM | Show all posts
tu la pasal. lain la kalo dah jumpe calon..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 07:15 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

bercinte lepas kawin lagi asyik tuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 07:39 AM | Show all posts
bkn terlalu memilih... mmg xde calon sesuai...

macam qt... pnt bercintah 1 1/2 thn... putus sbb dirampas org... sbb serik, bila qt br bcinta dlm 2 3 bulan, qt ajak kawin...tp bila dlm tempoh urus hal kahwin, br kenal siapa diri dia.... pemalas... kasar... xde keje....:@ :@

so??????????

kesimpulan.... xde jodoh lg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2008 08:01 AM | Show all posts
blm jumpa calon yg seswai ..
lgpun xdak duit..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:04 AM | Show all posts
calon takdo yg menawarkan diri   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 09:09 AM | Show all posts
nak kawen tp takde calon
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 02:28 PM | Show all posts

Reply #9 mawarputih2612's post

nak kawen jgk... tp x der yg sudi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 03:27 PM | Show all posts
pun tgh carik calon...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 03:43 PM | Show all posts
nak khwinn tp xder calon.. xder yang sudi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 03:54 PM | Show all posts

Reply #6 cubby_qt's post

sebijik macam cara yg pernah ku buat..kenal sebulan,terus ajak kawin...pastu,........hmm..paham2 jer la...stgh bulan lg nak tunang tu..barang nak buat hantaran pun ada yg dah siap dibeli dah...tensen....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 04:13 PM | Show all posts

Reply #13 firdaruddin's post

qt dah tunang... 1/2 bln lg nak kawen..... qt putuskan..... x tahan..... x sanggup....

serik.... skrg... ada org masuk.. buat solat istiharah jer... biar Tuhan bg jawapan dan petunjuk.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 04:49 PM | Show all posts
calon tak de agi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 05:04 PM | Show all posts
ramai lg yg bujang rupanyer.... yg penting ada keinginan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 05:44 PM | Show all posts

Reply #14 cubby_qt's post

uii..smpi macam tu skali...fuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

adoi..ovel pun nak kahwin gak..
calon dah de..
duit pun dah kira ok gak la..
tp...abah lak cam x bape berkenan kat calon ... adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:47 PM | Show all posts
tak de jodoh.....nak wat cm mana
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:50 PM | Show all posts
huhhhh.... wa rasa la kan... pada si polan-si polan yg berkata rugi kawen lewat ni wa rasa dorang ni ada satu perasaan egoistik yang tak terkawal oleh minda fikiran mereka laa...

mengapa wa berkata begini?

nanti wa komen... wa nak layan FINAL RAJA LAWAK kat astro dulu...

huhhhh.... ada ker rugi kawen lewat... dah tu apa untungnya org kawen awal? bagi 10 sebab boleyyyy????

nanti la lepas ni wa komen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.839644 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list