CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10564|Reply: 24

Yamaha WR250X

[Copy link]
Post time 15-3-2008 07:30 AM | Show all posts |Read mode
Dari belantara ke jalan raya

Oleh irwan asri mohd nor

Yamaha WR250X


MODEL dual purpose ini teruji prestasinya di atas jalan
raya dan off-road.

Istilah atau kategori pada motosikal kadangkala menyebabkan ramai yang tersalah gelaran pada sesebuah model.

Istilah motosikal berkuasa tinggi, atau 'motor besar' sering menjadi jalan keluar dalam menguniversalkan setiap jenis motosikal yang secara fizikalnya nampak lebih besar berbanding cub dan moped.

Hakikat ini biasanya berlaku di negara di mana pendedahan terhadap motosikal berkuasa tinggi adalah rendah. Kesedaran penggunaan jentera dua roda, harga yang tinggi dan kuasa beli yang rendah menyebabkan kemajuan pasaran motosikal jenis ini amat perlahan di negara kita berbanding negara jiran kita yang lain.

Berbeza di negara-negara maju yang meletakkan motosikal sebagai pengangkutan alternatif, kesedaran terhadap peri pentingnya faktor masa dan praktikal menjadikan pasaran motosikal tetap laris. Tidak seperti motosikal harian yang biasa kita lihat di jalan raya, motosikal berkuasa tinggi biasanya didatangkan dengan pelbagai teknologi keselamatan, sama seperti sebuah kereta moden yang memerlukan mandatori syarat kelayakan asas seperti beg udara dan ABS ke negara-negara maju.

Istilah kadangkala digunapakai secara berbeza di beberapa benua. Di Amerika Syarikat (AS), motosikal sport berkuasa 600cc dan ke bawah dianggap sebagai sport bike. Malah sesetengah 900cc juga diberi gelaran serupa.

Sebaliknya di Asia, 600cc, 900cc dan motosikal satu liter moden sering dirujuk sebagai super bike. Ini kerana super sering dibayangi kuasa; dan apabila motosikal 600cc keluaran 2006 memiliki kuasa kuda setinggi motosikal 1000cc keluaran 90-an, ia dianggap layak menyandang gelaran superbike.

Jadi apa pula gelarannya pada motosikal offroad/scrambler/motocross yang dihibridkan kepada kegunaan jalan raya? Ada yang menggelarnya supermotard, supermotor atau dual sport.


DIDATANGKAN dengan enjin bersesaran 249cc DOHC empat injap.

Mana-mana istilah yang digunakan, ia biasanya merujuk kepada motosikal bertema off-road tetapi dipasangkan dengan tayar kegunaan aspal.

Jadi apakah perbezaan kelas ini dengan dual purpose (DP)? Llazimnya, ia melibatkan penggunaan rim di mana kebanyakan supermoto menggunakan rim berjejari dengan tayar tiub, sementara Dual Purpose pula rim sport dengan tayar tanpa tiub.

Yamaha WR250X ini bukan sekadar motard yang menarik dipandang, malah model asal WR250F kegunaan lasak ini telah dijelmakan pada bentuk jalanan. Berkuasa 250cc (seperti namanya), ia mempunyai ciri premium pada sebuah motosikal kecil, yang sepatutnya bertanding dengan D-Trekker keluaran Kawasaki yang dijual secara sah di Malaysia.

Ketika Kawasaki mempelbagaikan produk dan segmen, Hong Leong Yamaha Malaysia tidak berminat untuk membawa masuk atau memasang model-model sebegini. Menjual Ego, Nouvo, 135LC dan 125Z jelas memberikan mereka untung besar dengan risiko yang minimum.

Supermoto ini dipasangkan dengan enjin sama 249cc sejukan cecair, DOHC, empat injap, empat lejang dengan injap pengambil buatan titanum. Ia juga menggunakan sistem pancitan bahan api generasi baru Yamaha. Penutup kepala silindernya diperbuat daripada magnesium ringan.

Sepasang palam pencucuh NGK CR9EK kini didatangkan sebagai peralatan OEM, dipasangkan di bahagian tengah kebuk pembakaran untuk kepantasan pembakaran dan respons pendikit yang cepat.

Malah, ruang silindernya diperbuat daripada komposit seramik untuk mengurangkan tahap geseran, penyebaran pelincir yang efisien dan seterusnya menghasilkan kuasa maksimum pada sebuah enjin kecil.

Pengaliran bahan api motosikal ini diselia oleh badan pendikit Mikuni 38mm yang terbukti jitu dalam penetapan campuran pembakaran, penjimatan bahan api, mengurangkan pencemaran dan direka tanpa perlunya fungsi choke. Unit ini dibantu penyuntik bahan api 12 liang dengan lay-out suntikan berkembar, pertama seumpamanya dalam kelas 250cc.

Yamaha masih mengharapkan pembeli WR250X ini mempunyai naluri penjelajahan belantara. Transmisinya dikekalkan dengan enam kelajuan yang direka untuk dua alam pemanduan, di atas jalan dan off-road.

WR250X bersaing dalam segmen yang turut dihuni oleh model Kawasaki D-Trekker.

Sistem pelinciran dalaman transmisi ini diperbaharui dengan teknologi semburan sekata bagi melancarkan penukaran gear. Gear-gearnya pula diorganisasikan oleh pelapik klac tugas berat yang ditala bersesuaian dengan kuasa outpun enjin.

Sistem ekzosnya dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi EXUP (Exhaust Ultimate Power Valve) yang mana sebuah injap berbentuk rama-rama bertugas menutup ruang ekzos untuk mengurangkan tekanan balikan berlebihan ketika enjin beroperasi.
Begini, ketika enjin berputar ligat dan anda menukar gear, pendikit yang diturunkan memberi jarak lega antara gas ekzos dengan proses pembakaran sekitar satu saat.

Julat masa pendek ini kerap menyebabkan gas yang terperangkap dalam peredam menyebabkan ia tersedut masuk ke bahagian kebuk. Fungsi injap EXUP ini adalah menganalisa ketika mana injap ekzos perlu ditutup untuk memberi kuasa berterusan ketika pendikit dilepas dan dipulas semula.

Reka bentuk keseluruhan motosikal ini memang jelas memperlihatkan sifat super motardnya. Rim berjejari lidi dan tayar spesifikasi aspal adalah antara faktor tambahan menjelaskan maksud motosikal ini dibina.

Selain itu, ia dapat dilihat menerusi reka bentuk pelana yang menirus dan lampu utama kecil dan ekzos yang dipasang tinggi di sisi motosikal. Ia sebuah motosikal yang bertema Yamaha, gaya, lasak dan kuasa di alam dua roda ekstrem.




aku respect ler sapa pakai wr250x ni.. apa2pun aku still suka lagenda goldwing tu tee hee.. tapi wr250x ni lawa lak motor nya.. cc kecik tapi motorcycle yg lasak.. engine pun not bad sbb 4 injap! .. mmg lasak motorcycle ni.. sapa pakai wr250x ni..kena share ler korang punya experience bawak moto ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2008 07:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2008 08:03 AM | Show all posts

Reply #2 Kilokahn's post

woooo... thanks kilo!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:07 PM | Show all posts
macam moto roy...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 07:53 PM | Show all posts
mantap
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 07:59 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Aku suka supermoto jugak. Aku suka KTM 690 SMR and KTM 690 SMC.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2008 09:50 PM | Show all posts

Reply #5 emmmm's post

mamat ni kat mana2 dok post mantap..kat ci ada kat sini pn ada....kalo takat nak post mantap je, baik tak payah...cari kredit mudah ke? mod sila bertindak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2008 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by Kilokahn at 15-3-2008 07:59 PM
Aku suka supermoto jugak. Aku suka KTM 690 SMR and KTM 690 SMC.


kilo - ko penah bawak KTM ni  ke????   



KTM 690 SMC




KTM 690 SMR




lawa la beb!!  aku pun tak sure sgt which is which ni kalu kilo tak highlight kan..   suspekkkkk woo!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #8 amazed's post

tak penah bawak lagi. aku admire KTM punya design. kalau ada duit lebih mmg aku amik KTM 690 SMR. gambar atas tu mmg dah betul lah label dia.

Harga around RM 60K.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 12:04 PM | Show all posts

Reply #9 Kilokahn's post

lawa la..  cheh  RM60K...   kira memang berpadanan dengan motor dia..  kalu aku menang toto  - memang dan dan aku bayar cash la beli  motor ni...    
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 09:54 PM | Show all posts
kalau yg ni ok tak..?? tp bukan dual purpose,brand dr KTM model RC8..



[ Last edited by  kunyit at 16-3-2008 07:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #11 kunyit's post

RM 120K kot, murah lagi dari Ducati 1098.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #11 kunyit's post

bahagian belakang dia macam SMC ...  lawa motor ni..

rm120K... :eek:   mampos aku nak bayo..   gaji janitor aku mana ler nak cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 12:15 AM | Show all posts

Reply #12 Kilokahn's post

confirm ke 120k?


yang pasti memang 11xk ke atas...

kalau compare dgn desmocidici?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 01:00 AM | Show all posts
gla ah rege


leh dapat 4 keta kancil


tp kalau org dah terbanyak duit, or dah minat sangat xleh nak kata apa la... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 01:04 AM | Show all posts

Reply #15 azz_azza's post

kete kancil mana nak sama cik azz oi...

tu belum yang rege setengah juta tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2008 01:12 AM | Show all posts

Reply #16 Agul's post

ehhe...


itu la pasal... tapi leh naik dua orang je

satu seat 60k... ayark...


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by Agul at 18-3-2008 12:15 AM
confirm ke 120k?


yang pasti memang 11xk ke atas...

kalau compare dgn desmocidici?


Ha, kau betul. Around RM11x K.

Desmosedici tu replica Ducati MotoGP kan? Ada orang beli dah aku baca somewhere. Harga dalam RM600K jugak la.

[ Last edited by  Kilokahn at 18-3-2008 08:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:50 AM | Show all posts

2008 KTM 690 LC4 Models

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.167660 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list