CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68030|Reply: 1485

** - MENCARI PASANGAN - **

[Copy link]
Post time 28-3-2008 02:48 AM | Show all posts |Read mode
MENCARI PASANGAN



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2008 02:49 AM | Show all posts
JOM KITA TGK APAKAH GARIS PANDUAN YG DIBERI OLEH ISLAM DLM MENCARI PSGAN NEH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 02:50 AM | Show all posts
ciri2 calon suami yang boleh dijadikan contoh...suami idaman... bukan boifren tau....

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


10 sifat calon suami yang baik:
  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dansolat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakaipakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnyaseorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mestisopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


[ Last edited by  sosimple at 19-8-2008 08:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 02:51 AM | Show all posts
nak share jgk utk lelaki2.... sbgi panduan

AKU KAU BERBEZA... AKU KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suamikena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya
. Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4  wanita :   
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,  dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,   
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


[ Last edited by  sosimple at 2-4-2008 03:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 03:29 AM | Show all posts
Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikanyang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seoranglelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yangada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

carilah wanita yang gagah dan lelaki yg cantik... bukan wanita yg cantik dan lelaki yg gagah....


[ Last edited by  sosimple at 31-3-2008 03:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 09:17 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by sosimple at 28-3-2008 02:48 AM
MENCARI PASANGAN

http://i231.photobucket.com/albums/ee135/sophillea/eceh.jpg

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2008 09:23 AM | Show all posts
jap gi aku baca erk.....cam menarik jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 09:57 AM | Show all posts
memang menarik .. tu hakikatnya yg kita kena pelajari dan hayatinya pengertiannya ,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 12:08 PM | Show all posts

Balas #1 sosimple\ catat

ingatkan kak Sos nk cari pasangan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by raudah at 28-3-2008 09:17 AM

betol wehhh....rasenya bila ko nak berdua wehh


soalan senang sgt weh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by moderators at 28-3-2008 12:08 PM
ingatkan kak Sos nk cari pasangan..


sambil menyelam minum air.... bluppp bluuppp blluupp... pastu lemas wakakaka....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 01:13 PM | Show all posts
meh lemas bersama..ada beranik?hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 28-3-2008 01:08 PM


soalan senang sgt weh...

bila ko nak jawab wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 02:35 PM | Show all posts
nanti pree me baca hahah... skang bz... bz manjang jek me neh .. haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by raudah at 28-3-2008 02:20 PM
bila ko nak jawab wehhh


.... ok wa jwb... wa muder lg la odah sayang... belaja pun x abes lg...

tp kalau ader org mau lepas tapis2 wa o.k jer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2008 03:29 PM | Show all posts

Reply #12 firdaruddin's post

abg fir x mau share apa2 dengan sos ker???.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 04:16 PM | Show all posts
bestjjeni....nantilah reen baca...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:01 AM | Show all posts
Syarat pertama, kena tahu apa yang kita mahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2008 01:04 AM | Show all posts

Reply #18 Agul's post

yeap... btul tuh...

quote nie memenuhi x..??

~ saya tahu apa yg saya tahu ~ saya tahu apa yg saya mahu ~
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 01:06 AM | Show all posts

Reply #19 sosimple's post

boleh. cuma biasanya orang anggap mereka tahu apa yang mereka nak. dan mereka tahu, cuma pengetahuan mereka itu hany pada permukaannya sahaja.

zzzzzzzzzzzzzz..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.443030 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list