Model ini masih boleh dikenali biarpun tanpa disebut namanya atau kesemua pelekat ditanggalkan
SEJAK diperkenalkan, Suzuki Hayabusa seakan tiada pesaingnya. Jika ada sekali pun, ia adalah dirinya sendiri. Kawasaki ZX14 masih belum berjaya memecahkan monopoli Hayabusa dengan identiti punggung tebuan, imej yang sasa, tiada yang terbanding dalam kategorinya.
Sejak awal produksinya hingga ke model 2008, ia masih lagi motosikal 1.3 liter yang paling berkuasa dalam kelasnya. Ia juga menjadi anak didik Suzuki Motor Corporation yang paling disayangi.
Sungguhpun ia sebuah model yang mempunyai karakter superbike ulung, ruang untuk meningkatkan prestasinya tidak pernah tertutup. Suzuki sentiasa mengkaji dan membangunkan model ini setiap tahun.
PAPAN instrumentasi terdiri daripada meter analog dan digital.
Model 2008 menerima pembaharuan agak drastik dari segi reka bentuk. Bukan itu sahaja, ia menggunakan unit penjana enjin baru yang menggantikan generasi 1999 hingga 2007 yang menerima pelbagai penambahbaikan itu.
Unit enjin baru ini telah meningkatkan jumlah sesaran keseluruhan. Daripada 1299cc, ia kini dipertingkatkan kepada 1340cc yang didakwa menghasilkan 11 peratus lebih kuasa daripada enjin terdahulunya.
Menawarkan pecutan pantas dengan teknologi yang tidak perlu dirahsiakan, SRAD atau Suzuki Ram Air Direct merupakan pencapaian teknologi motosikal Suzuki yang membolehkan udara yang dimampatkan disalur kepada kotak udara besar dan dipaksa masuk ke landasan enjin pada laluan lurus.
Operasi enjinnya yang seimbang disumbangkan oleh counter balancer yang dikawal menggunakan gigi gear khas. Sistem pancitan bahan apinya diperkemaskan dengan sistem SDTV baru menerusi sepasang penyuntik individu pada setiap silinder dengan kapasiti kotak udara yang lebih besar.
Sistem sejukan juga begitu cekap dengan penggunaan penyejuk udara kompak yang menggunakan omboh suntikan jet minyak. Suzuki turut menggunakan teknologi canggih mereka SCEM (Suzuki Composite Electro-chemical Material) iaitu merupakan silinder yang dilapiskan untuk mengurangkan saiz silinder dan mengeluarkan haba dengan efisien.
Kuasa enjin yang hebat itu disalurkan pada kotak gear enam kelajuan dengan klac kapasiti tinggi yang menampilkan sistem tork balikan terhad yang meminimumkan kejutan enjin ketika penukaran daripada gear tinggi ke gear rendah.
Bagi mengurangkan kejutan penukaran gear, gerigi utamanya direka daripada rekaan gegunting yang membolehkan pembonceng menukar gear pada tekanan yang sama.
Sistem ekzos bersalut krom di kedua-dua bahagian motosikal ini telah digantikan dengan peredam hitam mati. Kelihatan lebih garang dan turut menyumbang kepada berat minimum dengan penggunaan penyenyap aluminium. Pengurangan berat ini bukan sahaja pada bahagian utama malah sistem penghidup terus yang dikombinasikan bersama coil penyala pada setiap palam pencucuh.
Kerangka model 2008 ini juga telah dibina semula sepenuhnya. Pada saat peminatnya berpuas hati dengan prestasi sedia ada Hayabusa, Suzuki lebih sensitif dan berganjak ke satu tahap lagi untuk tidak membenarkan mana-mana pesaing mendekatinya.
Hayabusa dipasangkan dengan kerangka aluminium berkembar yang membahagikan berat sama rata sebelum enjin dipasangkan lagi. Fork hadapannya lebih besar daripada mana-mana motosikal sekelasnya, 43mm jenis terbalik dengan salutan titanum nitraid di bahagian dalam.
Sistem suspensi boleh dilaras sepenuhnya di samping satu unit damper untuk mengurangkan tenaga menukar arah hendal. Suspensi belakangnya pula dipasangkan dengan suspensi jenis sambungan yang telah terbukti unggul bersama Suzuki dalam beberapa model sebelum ini.
TIDAK perlu meragui kemampuan sistem brek yang ada pada model Hayabusa K8 ini.
Penyerap hentaknya juga boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang.
Papan instrumentasinya juga telah diperbaharui dengan empat buah meter bacaan analog yang terdiri daripada meter kelajuan, takometer, kapasiti bahan api dan suhu air.
Penunjuk S-DMS juga diperbaharui, termasuk posisi gear dan indikator rpm boleh laras. Ia merupakan perubahan terbesar yang dilakukan pada model ini semenjak Hayabusa diperkenalkan.
Menghasilkan kosmetik untuk sebuah motosikal yang sedia cantik sememangnya agak sukar. Begitupun, ia berjaya dilakukan dengan baik pada model ini. Daripada sudut-sudut bulat Hayabusa, ia sedikit disimetrikalkan pada bahagian yang terdedah. Pun begitu, tidak banyak mengubah reka asal model ini. Hayabusa masih boleh dikenali, biarpun tanpa disebut namanya atau kesemua pelekat ditanggalkan.
Haiya manyak busa laa ini moto... anyway, motor Hayabusa ni memang terkenal dengan reputasi dier sebagai motor production terpantas kat dunia masa mula2 diperkenalkan. Tapi sayangnya model2 sejak tahun 2001 dah ada speed limiter, so takleh gi lagi laju drp 300 km/h laa so kalau nak laju lagi memang wajib bikin ECU dier laa.
Originally posted by nik2121 at 12-4-2008 10:44 AM
Haiya.... Banyak Busuk Wo...!!!!
LMFAO... thats more information than i need, nik... ko kena sembor dgn deodorant kat bilik ko kalu banyak busuk wokey... now berbalik pada suzuki haiyaaaaaaabusa... yup manyak busaaat ooo oo