View: 5244|Reply: 89
|
Kes bapa bunuh anak akhirnya terbongkar
[Copy link]
|
|
kredit :utusan malaysia
| RANGKA kanak-kanak yang dipercayai dibunuh dan ditanam oleh bapanya sendiri ditemui di kawasan padang di Kampung Pisang, Air Itam, semalam.
|
PULAU PINANG 29 April - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dirahsiakan selama tiga tahun oleh satu keluarga di sini akhirnya terbongkar apabila adik-beradiknya mendedahkan dia telah dibunuh oleh bapa mereka sendiri.
Segalanya bermula apabila bapa mereka ditahan polis atas kesalahan mencabul salah seorang anak kandungnya - perbuatan yang dikatakan sering dilakukan oleh bapa mereka.
Rangka kanak-kanak yang dipercayai berumur dalam lingkungan tujuh tahun semasa dibunuh itu, hari ini ditemui oleh pihak polis. Ia ditanam sedalam 0.9 meter di bawah sebatang pokok di kawasan padang di Kampung Pisang, Ayer Itam.
Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian menjadi gempar dan sayu apabila melihat pihak polis mengeluarkan rangka dan tengkorak dari tanah yang dikorek kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihak polis pada mulanya menahan suspek berumur 40 tahun yang menganggur itu atas kesalahan mencabul salah seorang anaknya.
Katanya, hasil siasatan ke atas 10 orang anaknya akhirnya mendedahkan perangai sebenar suspek yang telah mencabul tiga orang anak perempuannya sebelum ini.
''Kami difahamkan dia telah melakukan penderaan fizikal dan seksual ke atas anak-anak perempuannya itu sekian lama.
''Selepas pihak polis menyoal salah seorang anaknya itu, barulah terbongkar rahsia bahawa bapanya itu pernah mendera adiknya sehingga mati dan menanamnya di padang berkenaan.
''Apa yang lebih mengejutkan, kami turut difahamkan, suspek mempunyai tiga isteri tetapi belum dapat dipastikan lagi ibu mangsa yang mati itu,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan Seksyen 354 kanun yang sama kerana kesalahan mencabul.
Dalam pada itu, Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, punca kematian kanak-kanak terbabit belum diketahui.
''Kami akan melakukan siasatan ke atas rangka tersebut esok bagi mengetahui punca kematiannya.
''Sewaktu rangka dikeluarkan tadi, didapati tiada tisu yang tertinggal pada rangka memandangkan ia ditanam kira-kira tiga tahun lalu,'' katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu berusia lingkungan tujuh tahun ketika ditanam. |
|
|
|
|
|
|
|
kejam punya bapak.... pandai buat anak... pastu bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya bapak la mcm ni.... bunuh anak sendiri...
mana pi nyer mak2 budak2 tu semua... |
|
|
|
|
|
|
|
nie orang keturunan apa????? :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Joseph Fritzel versi Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa apa bapak baruah nih.......:@ |
|
|
|
|
|
|
|
bini tiga, anak sepuluh masih nak cabul..........bengong punya bapak...
bagi karan kat kerusi elektrik jee |
|
|
|
|
|
|
|
Buat aku hilang mood baca cite camni pagi2.
Apa punya bapa la ni.... Ni bukan bapa lagi ni, b##i lahanat nak mampos. Ada bini 3 pun x cukup lagi ke, anak2 pulak jadi mangsa :@
Elok org mcm ni hukumannya ikat dia kat tempat org awam. Pastu biar org ramai nak buat apa kat dia nak sepak terajang ke nak rejam dia ngan batu sampai mampos ke biar di terseksa mcm mana anak dia terseksa!!! |
|
|
|
|
|
|
|
malangnya budak2 tu dapat bapak perangai mcm nih.. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh tol..aku punya usaha nk dapat anak..tp xdak rezeki lg..dia senang2 ja pi bunuh anak:@ |
|
|
|
|
|
|
|
ape nak jd bapak mcm ni...dah la tak keje...rogol anak plak tu :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
mesti bapa jenis panas baran neh..marah sampai bunuh!! dah le cabul anak2 yang lain..entah hape2 ah..patut dari awal lagi dah report.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia semua pompuan ka?
takkan sorang pun tak berani bersuara... |
|
|
|
|
|
|
|
tahu buat anak je...dah le tak bekerja nak kasik anak bini makan...ramai pulak anaknya sampai 10 orang...bini 3...cabul lagik anak...nafsu serakah syaitan betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 bulat\ catat
Fritzl masukkan anak bwh tanah... tapi die tak tanam anak die... ni lagi ce.laka dari Fritzl.. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
bini 3, anak 10, tak de kerja??? speechless |
|
|
|
|
|
|
|
3 tahun siot anak dia ditanam takde org perasan....
pandai lak cover.. mcm takde pepe berlaku
kat MALAYSIA plak tu.... ngeri tolllllllllllllll |
|
|
|
|
|
|
| |
|