CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8938|Reply: 75

BIUS CINTA

[Copy link]
Post time 4-2-2009 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tokmanting at 9-8-2009 03:09

Memangcinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagimelumpuhkan mereka yang terkena panahannya.
Akudibius cinta!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2009 04:53 PM | Show all posts
SOALANPEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
  • Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung.     Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang.     Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama,     mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk     kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau     dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
  • Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku     asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana.     Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering     berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci     tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan     kelemahanku ini?
  • Semasa mengandung, upayaku untuk melayan     keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada     penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya     berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
  • Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita     indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama.     Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin     berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.     Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih     mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus     tersenyum menawarkan bahagia?
  • Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum     merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan     menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa     zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat     di lubuk cintamu?
  • Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku     diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu     merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
  • Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah     payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi     meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang     kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah     kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 04:54 PM | Show all posts
SOALANLELAKI KEPADA PASANGANNYA:
  • Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan     kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan     senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini     suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap     benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan     perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  • Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku     sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin     kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu.     Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan     pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku.     Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita     menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  • Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut     seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna     keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’     aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya     seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  • Aku menjadi seorang lelaki yang     menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu     menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta     kita di hatimu terus membenih bahagia?
  • Jika kerjayaku berkembang di luar     jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku     terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana     itu, dan aku masih cinta hatimu?
  • Jika aku disahkan doktor tidak mampu     memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah     engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  • Sekiranya rumahtangga kita teruji     apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan     fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat     ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia     menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya     suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak     tanggungjawabku sebagai suami?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 04:54 PM | Show all posts
“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]

Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.

Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.

Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.

Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.

Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:03 PM | Show all posts
erm..................erm....................xtahu apa saya mampu kata. lidah terkelu sekejap membaca.

sebahgian dari pertanyaan-pertanyaan saya pernah tengok orang laluinya bersama.....harap saya pown boleh juga

kenapa baca ni tiba2 hati jadi sayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 07:05 PM | Show all posts

Reply #5 otakotak's post

wa takut part nie

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku     asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana.     Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering     berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci     tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan     kelemahanku ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2009 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 4-2-2009 07:05 PM
wa takut part nie

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku     asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana.     Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering ...




kenapa wa takut semua ketujuh-tujuh soalan wanita untuk pasangan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 07:15 PM | Show all posts
cuaaaaakkkkknye bace yg ni...rase tensen lak..






Originally posted by sosimple at 4-2-2009 04:54 PM
SOALANLELAKI KEPADA PASANGANNYA:
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan     kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan     senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang p ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:18 PM | Show all posts
yg ni pn leh wat tensen jugak...xsmpai lg otak wa nk fikir ke tahap nih..


Originally posted by sosimple at 4-2-2009 04:53 PM
SOALANPEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung.     Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang.     Mendekatimu sahaja sudah cukup men ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by gunduk at 4-2-2009 07:18 PM
yg ni pn leh wat tensen jugak...xsmpai lg otak wa nk fikir ke tahap nih..




you rasa mcm mn?

i xmampu jawab soalan2 ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:25 PM | Show all posts

Reply #11 otakotak's post

kalau dh syg wa sggup bg ape je....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:35 PM | Show all posts
sekarang ni mampu jawap apa saja..tp masa yg akan menentukan segalanya
andai besi mampu berkarat mengikut masa....
andai arang yg hitam menjadi belian bersinar mengikut masa...
ini kan manusia yg lemah....dalam melayari asyiknya cinta dalam perkahwinan
hanya yg maha kuasa menentu segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by gunduk at 4-2-2009 07:25 PM
kalau dh syg wa sggup bg ape je....





wa xblh terima kata2 mcm ni ada wayar putus dlm otak wa agknya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by pujanclay at 4-2-2009 07:35 PM
sekarang ni mampu jawap apa saja..tp masa yg akan menentukan segalanya
andai besi mampu berkarat mengikut masa....
andai arang yg hitam menjadi belian bersinar mengikut masa...
ini kan manusia ...



ini yang sy nka dgr...................



skrg kita mampulah sebab sekadar tulis.....cuba kita betul2 ada dlm keadaan tu.....mampu x kita?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by otakotak at 4-2-2009 07:50 PM





wa xblh terima kata2 mcm ni ada wayar putus dlm otak wa agknya....


actually wa mmg xmampu nk fikir lg smpai ke thp tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 07:55 PM | Show all posts

Reply #15 otakotak's post

biarlah masa yg menentukannye

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by gunduk at 4-2-2009 07:54 PM


actually wa mmg xmampu nk fikir lg smpai ke thp tu...




wa xleh berfkr skjp baca mende nih....


wa rse slagi wa xlalui wa xleh jwb........
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by lily_kama at 4-2-2009 07:55 PM
biarlah masa yg menentukannye





betul........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:34 PM | Show all posts
sebenarnya wa pun x bc lg apa wa tepek nie

kecuali soklan pompuan pd pasangannyer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.068796 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list