|
Hari ini dia berdiri lagi di hadapansekolah tersebut seperti kebiasaannya. Dengan buku “Goblet of Fire” karya J.KRowling di tangan, dia menjenguk melalui pintu pagar sekolah, mencariseseorang. Sekolah Tinggi Tasik Biru itu masih lengang lagi. Dia menjeling jamdi tangan. Pukul 1.30 tengahari. Kedengaran bunyi loceng berdenting kuat,bergema memenuhi kawasan persekolahan tersebut. Dan selang beberapa saatkemudian, beberapa orang pelajar sekolah mula kelihatan di perkarangan sekolah,saling berbual riang antara satu sama lain dan ada yang berlari anak menuju kepintu sekolah. Dia menelan air liur, memanjangkan leher mencari seseorang dicelah pelajar sekolah yang lain. Agak sukar juga, memandangkan kesemua pelajarsekolah tersebut hampir serupa antara satu sama lain. Berambut panjang, adayang bertudung biru cerah, berbaju kurung dan ada yang berskirt labut danbertali leher, bergerak keluar dari pintu. Sebahagian dari mereka memandangnyadengan pandangan aneh dan berbisik sesama sendiri, mungkin hairan melihatpelajar Sekolah Tinggi Putera Andalusia berada di sekolah mereka. Tapi diatidak mengendahkannya, sebaliknya masih sibuk mencari seseorang. Buku di tanganterasa begitu kejap sekali dipegang, dan mentari yang memancar terik langsungtidak dirasai kepanasannya di saat itu. Yang difikirkan hanyalahseseorang.
Ya...seseorang.
Sudah hampir dua minggu lamanya diamemulakan aktivitinya itu. Setiap kali selepas selepas sekolah dia akanbergegas ke sekolah perempuan yang terletak hanya 2 km dari sekolahnya. Berdiridi luar pagar sekolah tersebut dan mengintai seseorang. Menanti dan terusmenanti, dengan harapan mengunung di dada. Terasa bagaikan menanti bulan jatuhke riba, tapi dirasakan seolah bukan bulan sebaliknya bintang yang akanmenjelma ke ribaannya setiap kali penantian bermula. Segalanya bermula duaminggu yang lalu.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yea yea, ada cte baru:pompom::pompom:
smbg lg |
|
|
|
|
|
|
|
kejap...tenet bengong lak nih aih :@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kejap...tenet bengong lak nih aih :@:@
fye_d_flowright Post at 23-2-2010 12:26
xpe fye, akan ku bertabah menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat dtg cerita baru...rajin2 update yeeee... |
|
|
|
|
|
|
|
aikkk.... tu je ke... right here waiting k... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sedang mengayuh basikalnya sambil menyanyi kecil, melalui Sekolah Tinggi Tasik Biru yang menjadi laluan wajib untuk pulang ke rumah. Tiada apa yang menarik dilaluinya hari ini, seperti hari-hari yang lain sebelum ini. Pergi ke sekolah setiap pagi, menghadap cikgu dan buku, rumus matematik yang menyakitkan kepala, sejarah yang perlu diingati dan bahan-bahan kimia yang perlu dikaji di dalam makmal. Bergelak ketawa dan diketawakan, rutin yang tak pernah berubah. Segalanya menjadi lali padanya. Dan bila loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu sekolah, dia akan mencapai buku dan bersesak menuju ke bilik guru, bertanya soalan yang sukar diselesaikan dan rumusan yang sukar difahami. Dia hanya akan bergerak pulang tatkala jarum jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Pelajar yang rajin, itu pujian guru disekolah tersebut untuknya. Rajin? Itu bukan rajin tetapi itu minatnya. Dan kerana minatnya itulah, pelajar yang lain memanggilnya katak bawah tempurung. Katak yang luarannya tiada yang istimewa, tetapi mempunyai kepakaran yang membuatkan pelajar lain ternganga melihatnya. Katak yang hanya hidup dengan buku dan kerana itu tiada katak lain yang berani mendekatinya.
Kayuhannya beransur perlahan dan terhenti apabila melihat lampu isyarat merah di hadapan. Beberapa orang pelajar perempuan sekoah tinggi berkenaan tergesa-gesa melintas jalan. Dia mengelamun sejenak, melihat salah seorang pelajar sekolahnya kelihatan berpimpin tangan dengan seorang pelajar perempuan Sekolah Tinggi Tasek Biru melintasi jalan. Begitu mesra lagak mereka berdua. Dia cuma memerhati. Melihat pada tali leher pelajar lelaki tersebut, dia dapat mengagak pelajar tersetbut adalah pelajar Tingkatan Enam Tinggi. Suiper senior, itu gelaran pelajar kelasnya pada pelajar-pelajar tingkatan enam tinggi. Pelajar yang bebas untuk berbuat apa saja selagi tidak melanggar peraturan sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Saat itu dia terpandang gadis itu. Berdiri di celah pelajar yang lain di perhentian bas, menanti sesuatu. Bertudung merah jambu dan berbaju kurung merah gelap, sambil mengepit buku, gadis itu bersandar pada tiang, sambil merenung ke hadapan.
Melihat gadis itu membuatkannya dadanya berdebar tiba-tiba. Kelu lidahnya serta merta. Peluh renik di dahi dikesatnya perlahan. Siapa gadis itu? lagaknya jelas menunjukkan dia bukan pelajar sekolah tersebut.
“Cikgu Mastura!” panggil seorang pelajar bertudung biru menyentakkannya, sekaligus memberi jawapan pada persoalan yang berlegar di kepala. Gadis bertudung merah jambu itu menoleh, seraya melemparkan senyuman. Senyuman yang cukup memberi satu igauan aneh pada dirinya, membuatkan dirinya terbuai di udara sejenak. Senyuman yang mula dirakam dan dimimpikan hampir setiap malam, dan bermula saat itu, dia mula menjadi penunggu setia di Sekolah Tinggi Tasek Biru. Setiap kali waktu sekolah tamat, destinasi pertamanya adalah sekolah tersebut, dan setelah melihat gadis itu di depan mata, barulah dia pulang ke rumah dengan penuh rasa senang hati. Gadis bernama Cikgu Mastura itu nyata telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya tanpa disedarinya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
psst cikgu mastura ni cikgu tetap atau sandaran????? |
|
|
|
|
|
|
|
student ke yg minat dgn cikgu mastura ni......... |
|
|
|
|
|
|
|
student ke yg minat dgn cikgu mastura ni.........
labuni Post at 23-2-2010 13:24
student la kot labu, dia kn ckp rutin dia igt rumus math, kaji bhn kimia, igt fakta sejarah. pastu bwk buku g bilik guru.... |
|
|
|
|
|
|
|
eehhh...citer baru...nampak cam kisah student minat kat cikgu kiut jer....
jom kita tunggu sambungannya... |
|
|
|
|
|
|
|
intro dah best..
bila mau sambung lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pernah baca kat mana-mana!!!!..kebetulan kot |
|
|
|
|
|
|
|
“Cikgu...cikgu Mastura!”
Jeritan pelajar sekolah tersebut menyedarkannya dari lamunan. Dia segera memanjangkan leher, mencari kelibat cikgu tersebut di celahan pelajar. Dan usahanya hari itu seperti hari-hari yang lain, tidak sia-sia.
Cikgu Mastura kelihatan berjalan bersama pelajar sekolah yang lain, sambil membimbit buku dan beg tangan hitam tersandang di bahu. Dia nampak begitu ayu mengenakan tudung hijau lembut, dan berbaju hampir sedondon. Cukup membuatkan hatinya teruja. Senyum dan tawanya hampir menyebabkan dirinya terapung di udara. Entah mengapa, secara tiba-tiba gadis itu menoleh dan mereka berdua bertentang mata. Dan Cikgu Mastura memberikannya senyuman yang cukup membuatkannya lemah lutut, hampir terduduk.
Dan petang itu dia mengayuh basikal pulang ke rumah sambil menyanyi riang. Betapa hatinya begitu gembira mengenangkan ‘hadiah’ istimewa yang diterimanya hari ini. Cikgu Mastura! Jeritnya dalam hati. Kalau diikutkan hati mahu saja dia melaung nama gadis itu sekuatnya, biar satu kampung tahu betapa perasaannya pada seorang yang bernama Cikgu Mastura.
“Lambat balik!” sapaan ayahnya menyentak perasaannya tatkala dia menjejak kaki ke ruang tamu rumah. Dia sekadar menjeling, dan mengangguk. Malas hendak melayan ayahnya yang adakalanya suka mengongkong dirinya. Dia bergegas ke biliknya, mahu segera berbaring di atas katil sambil berangankan senyuman milik Cikgu Mastura. |
|
|
|
|
|
|
|
“Fazli,” panggilan ayahnya menghentikan langkahnya. Perlahan dia menoleh, memandang ayahnya yang duduk sambil memegang surat khabar. “Macam mana kelas hari ni?”
“Baik, ayah,” jawabnya sambil lewa.
“SPM lagi berapa hari?”
Ah....dia benci soalan sedemikian rupa. “Err...lagi tiga bulan ayah,”
“Dah buat persediaan?”
Dia sekadar mengangguk.
“Bila tarikh SPM?”
Kenapa ayahnya bertanya yang bukan-bukan? “3 Disember nanti,”
“Fazli! Dah balik ye. Lambat hari ni,” ibunya muncul di pintu dapur sambil mengesat tangan dengan tuala.
“Ada kelas tambahan tadi,” dia melempar senyuman tawar.
“Pergi salin baju. Makanan ada kat atas meja. Nanti makan,” nyata ibunya lebih memahami dari ayahnya. Ah...kasih seorang ibu. Agaknya nanti Cikgu Mastura pun akan jadi begini, desis hatinya berangan sendiri.
“Lepas SPM nanti, abang kamu nak bernikah. Ayah nak tengok bila hari yang betul-betul sesuai,” suara ayahnya memotong percakapnnya dengan ibu. Dia menoleh, tergamam seketika. Abangnya nak kahwin? Seingatnya, Fazlan, abangnya yang sulung masih menuntut di UKM.
“Esok dia balik, nak bincang hal ni dengan kita,” Ibunya kelihatan teruja. Pastinya gembira untuk menyambut menantu pertama di rumah mereka.
“Abang kan tak habis belajar lagi,” gumamnya hairan.
“Dah tahun akhir. Lagipun ibu rasa, eloklah dia kahwin. Dah lama sangat berkawan pun tak manis jugak,”
Dia sekadar mengangguk sebelum melangkah masuk ke biliknya. Abangnya akan berkahwin...ah! seakan tidak percaya pula. Setahunya abangnya telah lama berkawan dengan teman sepengajiannya, Arisha namanya. Abangnya sering bercerita tentang gadis itu kepadanya setiap kali dia pulang bercuti. Arisha baik, Arisha yang lemah-lembut, Arisha yang sopan-santun, Arisha yang itu, Arisha yang ini...hingga membuatkan dia muak mendengarnya. Pernah juga abangnya menunjukkan gambar gadis pilihan kepadanya, tetapi dia hanya memandang sambil lewa. Secantik mana pun gadis itu pada abangnya, cantik lagi Cikgu Mastura. Dia berbaring di atas katil, dan senyuman gadis itu mula terbayang di ruang mata. Cikgu Mastura...desis hatinya lagi. Siapa sebenarnya Cikgu Mastura? Orang mana? Mengajar subjek apa? Semuanya mula menghurung di mindanya.
Bagaimana harus dia mendekati cikgu muda itu? bagaimana? Bagaimana dia hendak berbual dengannya? Persoalan demi persoalan melekat di benaknya. Dia bingkas bangun, dengan perasaan melonjak dalam diri. Esok aku akan bercakap dengannya! Bisik hatinya, tekad. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang hari di sekolah esoknya seakan menjadi waktu yang panjang buat dirinya. Rimas dan perasaan tak sabar menjerut diri dan naluri. Beberapa kali namanya dipanggil oleh Cikgu Haris dengan lantang. “Fazli, rasanya rumus kebarangkalian ni tak ada kat luar tingkap, tapi ada di papan hitam ni,” suara cikgu itu memperlinya membuatkan dia malu sendiri. Pelajar kelas yang lain tersenyum-senyum memandangnya, cukup membuatkan dia mula ditimba rasa bengang.
“Aku rasa Sekolah Tasek Biru tu jauh juga dari sini, kan?” dia terdengar suara Shazlan, pelajar yang dikategorikan sebagai kaki buli sekolah mereka bersuara sebaik kelas Matematik tamat.
“Memanglah. Kenapa pulak?” sahut Amir, sekutu rapatnya yang juga dikategorikan sebagai menumpang glamor Shazlan.
“Kau dah berkenan kat budak sekolah tu ke Lan?” terdengar pula suara yang lain, entah suara siapa pula.
“Bukan aku, tapi katak dalam kelas ni yang berkenan,” Shazlan bersuara menyindir, cukup menjerut rasa hatinya.
“Katak nak cari tuan puteri kot kat sana,” serta-merta tawa pecah berderai di kalangan mereka. Dia mengetap bibir, menahan rasa amuk dalam hati. Ikutkan perasaannya tatkala itu, Shazlan dan sekutunya semuanya dijamu dengan kasutnya sebagai hidangan makanan tengahari. Sabar,getus hatinya. Orang yang penyabar akan dapat ganjaran yang sewajarnya. Dan senyuman Cikgu Mastura terbayang di mata. Dia tersenyum sendiri, dan rasa amuk di hati mula reda.
Menjelang tengahari, sebaik bunyi loceng menandakan waktu tamat sekolah bergema, dia pantas mencapai beg dan memasukkan semua buku ke dalamnya sebelum berlari keluar kelas dan hampir terlanggar Shazlan. Dia sempat mendengar suara Shazlan menjerit ke arahnya namun tidak diendahkan. Basikal dicapai dan dikayuh selaju yang mungkin ke arah Sekolah Tasek Biru. Apa yang penting kini adalah Cikgu Mastura. Terbayang jelas di mindahnya, gadis ayu bertudung dengan senyuman manis yang cukup memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tak sampai 15 minit, dia sudah terpacak di hadapan sekolah Tasek Biru. Suasana di sekolah perempuan itu masih sunyi, belum masanya untuk tamat waktu persekolahan. Dengan termengah-mengah, dia menolak basikalnya tepat ke hadapan pintu pagar sekolah, dan mengesat peluh renik yang membasahi wajahnya. Jam ditangan dijeling sejenak. Pukul 12.30. fikirannya mula berputar-putar, gigih mencari topik apa yang patut dibualkan bersama Cikgu Mastura. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow ni kes jatuh cinta pandang pertama nih... menarik cite neh... sambung lagi byk3 yer fye. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|