CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10813|Reply: 48

Basuh baju tengah malam

[Copy link]
Post time 23-4-2010 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 25-4-2010 18:25

Salam warahmatullah
Ni kejadian yang betul2 berlaku atas diri aku sendiri.

Hurm ramai orang kata asrama ni tempat keras? Ye ker? Nak tahu kebenarannya? Jum kita baca sama2...


Aku dilantik jadi ketua aspuri untuk tahun 2005. Dan aku adalah sikit "bekalan" yang abah bagi. Iaitu bangun tengah malam...solat...dan sewaktu dengannya

Suatu malam, macam biasa selepas study aku baringkan badan. Katil pembaringan aku betul2 bersebelahan dengan pintu. Memang setakat ni tak ada apa-apa yang berlaku. Dalam bilik aku memuatkan seramai 8 orang dan setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. (best kan)

"tiit..titt..tittt" jam loceng berbunyi. Aku tengok jarum jam menunjukkan angka 3 pagi. Aku toleh ke arah semua kawan2 aku. Masing2 nyenyak tidur. Suasana dalam bilik,,gelap. Cuma diterangi dengan lampu koridor. (utk pengetahuan semua, bilik aku adalah bilik paling hujung bersebelahan tangga dan tingkat paling atas)

Aku menapak menuju ke bilik air. Setelah suis di pasang, aku meneruskan langkah ke kamar mandian. Perlahan2 dan tartil aku mengambil wudhuk. Suasana 1/3 malam yang sunyi. Angin pantai terkadang menghembus menerjah lubang2 yang terdapat pada dinding luar bilik air.

Usai menunaikan solat2 sunat, jemariku pantas mencapai dua utas tasbih. Sedang aku khusyuk menyebut nama suci allah, tiba-tiba telingaku menangkap bunyi air jatuh bersimbahan di lantai bilik air. Kemudian terdengar kocakan air seperti ditakung didalam sinki. Beberapa saat, terdengar bunyi baju diberus dan  baju tersebut diperah. Sememangnya jelas bunyi perahan air baju  jatuh dilantai.

Namun dalam hati cuma mengingatkan mungkin ada rakan yang bangun utk membasuh baju. Aku cma membiarkan. Mataku kembali terpejam. Bibir masih menyebut kalimah suci.

Hampir satu jam juga aku di atas sejadah,, kemudian aku bangun. Aku buka mata perlahan2. Suasana hening. Kedengaran dengkuran halus kawan2 aku. Sebelum melangkah ke katil, aku teringat mahu ke bilik air. Masyaallah terkejutnya aku bile lantai bilik air langsung tiada tecemar dengan setitik air pun. Semuanya kering. Bahkan sinki juga kering. Tiada air, tiada baki sabun..dan langsung tiada baju yg terampai...

Aku mengucap panjang. Kemudian aku berlalu menuju ke katil aku. Sebelum menutup mata, aku melakukan amalan pendinding diri dengan membaca beberapa ayt tertentu. Ayatul qursi dan al-fatihah utk disedekahkan kpd mereka yg telah tiada...

Dan sekali lagi kejadian aneh berlaku apabila aku melihat sesusuk lembaga yang telalu besar dan tinggi berdiri di hujung katil sahabatku. Namun dia kemudiannya hilang ghaib begitu sahaja...

Keesokan harinya, aku pergi ke bilik kaunseling.(sememangnya aku rapat dengan kaunselor sekolah) aku ceritakan apa yg berlaku. Dan jawapan cikgu tersebut amat memeranjatkan... Tapak asrama  puteri didirkan atas puluhan kubur orang asli dan tidak ketinggalan kubur tok batin.

Selepas kejadian aku tu..di susuli pelbagai kejadian pelik yang lain.

Nanti ada masa..aku cerita lagi...[/free]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 02:16 PM | Show all posts
wahai TT...kenapalah guna huruf besar???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 02:19 PM | Show all posts
ERK. TAK LEH GUNA HURUF BESA KE
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 02:22 PM | Show all posts
kaler merah lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 02:23 PM | Show all posts
Reply 2# medangmru

sebab nak highlight kan cerita seram dia kot..
TT sambung lah lagi ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 02:25 PM | Show all posts
YEEE NANTI CEQ SAMBUNG. KALER MERAH SEBB CRTE NI MEMANG BTOL2 BUKAN COBAAN. HEHE
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2010 02:28 PM | Show all posts
cerita menarik...
sila sambung..
kalau boleh guna huruf kecil..dan tulisan kaler hitam..tu pun kalau boleh..
selalu jugak dengar org basuh baju tengah2 malam kat hostel dulu..tapi macam biasa malas nak layan..basuhlah hang kat situ..tapi jangan sampai haku tak boleh tidur sudah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 02:29 PM | Show all posts
Reply 7# yenil95

ya  ya ya. nanti ceq gune huruf kecik. hehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 02:50 PM | Show all posts
Menarikk cerita ni. Terima kasih kerana berkongsi cerita dan menulis guna huruf kecik. Tulisan huruf besar biasanya untuk menggambarkan seseorang yang sedang marah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 02:52 PM | Show all posts
tt best nya citer..i want more
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 02:57 PM | Show all posts
i like.. tobat ta basuh baju mlm da kat asrama nanty.. Tobat2
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 03:02 PM | Show all posts
selalu jugak dengar cter camni. sekolah aku dulu pun asrama gaks.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 03:08 PM | Show all posts
ERK. TAK LEH GUNA HURUF BESA KE
kikyou Post at 23-4-2010 02:19 PM


Bukannya x boleh....tp huruf besar ni kan melambangkan penulis mcm tgh marah....serupa jugak kalau you buat assignment dan bg kat lecturer dgn semua Huruf besar???kan nampak mcm sedang marah atau mahukan attention lebih ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 03:59 PM | Show all posts
cerita bagus cuma huruf besar buat mood aku spoil nak baca...sila guna huruf kecik,k.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 06:44 PM | Show all posts
beraninya TT ni!!! siap bangun mlm lagi amik wudhuk rilek jee... dulu disebabkan penakut yg amat tiap kali balik kelas mandi confirm ku cuci baju terus...xsuka berlonggok2 apatah lagi nak cuci mlm2... pastu tiap kali amik wudhuk n mandi pun xkira waktu sure ajak kawan baik teman...sampaikan dia dah mls nak teman aku dah ...terpaksalah buat2 berani
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 06:53 PM | Show all posts
Bukannya x boleh....tp huruf besar ni kan melambangkan penulis mcm tgh marah....serupa jugak kal ...
medangmru Post at 23-4-2010 15:08



terimejin TT tengah menjerit marah2 bercerita ...tapi ayat klasik teratur....so mengkonpiuskan ...


BTW cerita menarik TT...{:1_134:}

sambung jangan tak sambung ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 07:08 PM | Show all posts
Ahkak tak kisah...tulisan besaq pun layan ga....

Mana tt nih....janji nak sambungng
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 12:45 AM | Show all posts
abih aku bangun nak berak tengah malam 3 4 pagi rilek je.. sebab asrama aku ramai hantu tu sebab aku tak takut.. 3 4 pagi macam 3 4 petang.. haha bese la asrama ipt.. haha.. hantu tersebut adalah hantu game.. ghahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 07:07 PM | Show all posts
hm... dulu masa dok ostel, bilik air ada dlm bilik n kongsi ngan bilik sebelah... kalu study sampai tengah malam, slalu jugak la dgr org basuh baju la, pinggan mangkuk kat singki tandas tue... tp, kalo da kol 2-3 pagi n rumet + org bilik sebelah da tido, sape plak yg basuh membasuh tengah2 malam nie kan.. so, slalu wat dunno je la walaupon sebenarnyer penakut jugak.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 07:21 PM | Show all posts
Bukannya x boleh....tp huruf besar ni kan melambangkan penulis mcm tgh marah....serupa jugak kal ...
medangmru Post at 23-4-2010 15:08



    ada jugak student first semester yang buat assignment semua huruf besar, aku pangkah and ask them to re-do...tulisan besar ni menunjukkan seperti "shouting", marah dan seperti pertanyaan reti bahasa ke tak...

anyway, mana sambungan nye...best jugak cite awak ni tersusun..senang nak paham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.584313 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list