CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33482|Reply: 272

Lara Rindu (SE pg 9-pengubat RINDU yg LARA)

 Close [Copy link]
Post time 22-8-2010 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amandaatika at 24-9-2010 11:10

prolog Lara Rindu

Kisah Kasih Kita

Kala sinar dikata terang
Rupanya cahaya dari rembulan
Kerlipan bintang yang terbias

Kala cinta baru bermula
Lara yang menjemput ia
Tika itu keruh jadi jernih

Kala kasih hendak dipadu
Hempedu manikam yang bertandang
Permata rupanya kaca

Kala hati berbunga rindu
Hati melarat rasa sayu
Jantung mendetakkan sendu

Kala riang di tangga jiwa
Rupanya duka di pinggir hati
Suka tenggelam di laman kalbu

Kala kita semakin sayang
Kala itu rindu bertandang
Kala itu kasih berpaut
Kala itu cinta berputik

Kala itu segalanya terlerai
Kala itu percaya dikhianti
Kala itu hati disakiti
Kala itu jiwa terbelenggu rindu
Rindu yang lara...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2010 09:57 AM | Show all posts
Kas......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Teriakan itu bergema kuat. Memenuhi ruang sebuah rumah kampung yang menjadi kediaman utama. Terpantul suara itu berlantun-lantun dari dinding-dinding rumah yang asas binaannya adalah kayu. Tapi suara itu hanya bergema di sekitar rumah kayu yang berwarna coklat sahaja kerana kedudukan setiap rumah berjarak sederhana. Lagipun pokok-pokok yang tumbuh melata begitu banyak menjadi penghadang agar suara itu tidak sampai ke gelombang telinga jiran tetangga.

"Ni apa hal pula? Tia, kenapa teriak macam monyet di kebun getah ni? Kamu tu perempuan. Cuba sopan sikit," terjahan yang tiba-tiba muncul dari pintu bilik mengejutkan aku.

Ayat yang aku keluarkan tadi untuk gegarkan rumah begitu pendek. Satu perkataan dalam satu nafas. Nak keluarkan perkataan tadi pun terasa tekak dah haus. Anak tekak dah berura-ura nak keluar dari tekak. Tapi balasan yang kuterima bila menjerit kini panjang berjela. Kalau balasan dah panjang macam nak buat karangan Bahasa Melayu tu siapa lagi kalau bukan... My mother. Nama betul dia Puan Kasmia. Tapi biasanya dia lebih dikenali dengan panggilan Mak Mia.

Pagi aku pastinya ceria dan riang ria kalau sudah dapat ceramah percuma yang ringkas lagi padat. Tapi telinga sebenarnya tak sanggup nak dengar pagi-pagi macam ni. Berdegung-degung macam sang lebah mencari madu. Lagi pula, aku mana suka dengar kalau orang berleter. Boleh cair tahi telinga.

"Tak ada apa-apa mak. Kas ambil beg Tia. Dia pakai beg Tia tanpa kebenaran. Beg Lois kesayangan Tia tu," dalam sendu aku mengadu. Hwa...hwa.. memang hati nak menangis. Pedih.

Aku tak hairan kalau dia nak pinjam Beg Bonia yang aku dapat daripada Puan Hajjah Nabihah. Biarpun aku ni tak kaya mana, tapi sekurang-kurangnya aku memiliki sebuah beg yang mencecah harga ribuan ringgit. Hanya untuk sebuah beg Bonia. Itu pun hadiah orang, so kalau si Kas nak pinjam pun aku tidaklah kisah sangat. Tapi pandai-pandailah nak jaga harta cop pinjaman.

Tapi beg Lois Spain Saepmermo kesayanganku telah menjadi mangsa. Sedangkan sahabat sejatiku pun aku tidak pernah benarkan untuk meminjamnya, inikan pula Kasturi. Memang sekali-kali tidak akan aku pinjamkan melainkan peminjam yang meminjam tanpa pengetahuanku.

Tidak... Pulangkan balik beg Lois aku!!! Teriakan itu hanya bergema dalam hatiku.
Kas tahu itu beg kesayangan, sebab tu dia main rembat saja. Kenapa aku boleh jadikan beg yang hanya harga ratusan ringgit itu jadi kesayangan? Mungkin sebab jenama Lois. Selama ini mindaku masih disetkan dengan cerita zaman kanak-kanakku yang sering dimomokkan dengan dunia superhero. Ingin menjadi penyelamat wanita yang mempunyai kuasa. Macam kisah Clark and Lois. Siapa tu? Itulah cerita Superman zaman muda aku.
Masih hingusan lagi. Aku suka watak Lois yang menjadi pendamping Clark dalam menyelematkan dunia. Kononnya dengan memakai beg Lois, aku pun jadi Superwoman...

"Ish, kamu ni! Kas tu kan kakak kamu. Biarlah dia pinjam." That was the last word from my mum. Kemudian dia berlalu macam tu sahaja dari bilikku. Mak bolehlah cakap macam tu sebab itu bukan beg kesayangan dia. Nanti kau Kas, akan ada pembalasan yang menyusul.

Hehehe.. mulakan misi nasional. Versi yang ada sikit-sikit di luar alam tapi masih dalam Bima Sakti lagi. Dengan langkah yang lagak-lagak macam pencuri tapi bukan pencuri, diiringi muzik ala-ala James Bond, aku masuk ke bilik Kas or Kasturi. Itu nama kakak aku, tapi perangai tak layak dipanggil kakak. All my stuff, milik bersama. Tapi barangannya, hanya milik dia. Tensi aku. Rasanya aku yang layak dipanggil kakak walaupun aku lahir lewat 5 tahun dari dia.

Masuk sahaja dalam bilik Kas, fokus utama aku adalah meja solek dia, then minyak wangi dia yang mahal tu, Beverly Hills, jadi tatapan mataku. Dengki tahap Supergirl ni. Padan muka dia. Minyak wangi yang hanya setinggi jari kelingking itu sudah selamat berada dalam genggamanku. Perlahan aku curahkan dalam toilet bowl. Tapi taklah aku curah semua. Aniaya anak orang pula. Minyak wangi ni dia simpan duit belanja 3 bulan baru dapat beli. Tu pun bukan beli di Malaysia, dia suruh kawan dari alam maya yang ada di US untuk belikan. Segar dari ladang. Budak tu paling rajin chating, sebab tu dia tak pandai nak tidur awal. Banyak kawan dari seantero dunia.

Kejamkah aku? Taklah kejam sangat. Beg aku tu pun mahal tau. Jenama Lois. Original. Habis jugalah duit simpanan semata-mata nakkan beg Lois. Beg lain, langsung tak terliur. Bukan calang-calang beg tu. Memang kuidam-idamkan sejak dulu. Dengar saja Uncle Imad nak ke Spain, terus aku hulur duit, suruh dia belikan beg yang memang menawan hatiku.
Bukan setakat itu saja yang menjadi harta bersama kami. Seluar aku dari syarikat Levi’s & Strauss pun dia rembat. Levis 501 aku, dia yang rasmikan.

Tak sempat nak bacakan doa kesyukuran, dia dah pakai pergi dating. Lepas tu mulalah mengaku itu seluar dia. Kasihan sungguh diriku. Beginilah nasib, apatah lagi saiz kami berdua memang sama. Maka senanglah sistem perkongsian harta benda terjalin antara kami. Tapi yang lebih mendapat manfaat adalah dia. Sistem barter yang terjalin antara kami sangat tidak adil bagiku.

Habis saja misi nasional aku berjaya, terus aku berlalu ke ruang tamu. Nak tengok kartun. Hari ini hari Ahad. Oh, ada Pingu, tapi dah terlepas. Tapi masih ada Totally Spies...syoknya...

"Ha, apa lagi yang kamu buat pada kakak kamu! Nanti dia balik, emak tak nak tolong kalau dia mengamuk dengan kamu," emak ni, tinggi sangat instinct dia. Tahu-tahu saja kalau aku dah buat dajal pada anak dia yang seorang tu.

"Macam emak tak tahu perangai kamu. Dengki kuat sangat. Boleh tak kamu berdamai sekejapt? Bagi aman rumah ni. Ini tak, seorang buat jahat, yang seorang pun balas balik. Entah bilalah nak nak adakan rundingan damai," emak sudah membebel panjang.

"Alah, bukannya Tia buat teruk sangat pun. Tertumpahkan sikit saja minyak wangi Kas," aku sudah memuncung. Nampak gayanya, macam aku saja yang kena. Tertumpahkan? Aku hanya boleh gelak dalam hati.

"Ya ALLAH! Kamu ni. Tak tahu mak nak cakap macam mana lagi. Bukan kamu tak tahu, kakak kamu sayang sangat minyak wangi tu. Pakai pun setitik saja, tak nak bagi habis. Kamu pula pergi tumpahkan. Apa nak jadilah dengan kamu ni," emak sudah geram. Giginya berlaga tanda geram yang teramat.

Jadi apa-apa pun boleh mak. Tu jawab dalam hati saja. Kalau terlafaz di mulut, aku juga yang kena tadah telinga. Tak nak aku. Baik aku tadah telinga dan mata aku depan TV. Tengok Sam, Clover & Alex. Best jadi macam mereka ni. Spy. Lepas tu semua misi mereka berjaya dengan sukses sekali. Paling tak tahan tu, mereka ni tak boleh nampak lelaki macho sikit, mulalah datang gedik. Hingga menyebabkan sesetengah penyiasatan mereka tergendala. They are Totally spies.

Hari ni aku yang kuasai TV. Kalau ada si Kas, memang tak berpeluang tengok kartun. Dia tu kalau cuti hujung minggu, asyik karaoke saja. Kalau suara sedap macam penyanyi yang diiktiraf tak apa juga, ini suara dia hampir setara dengan suara katak. Tapi suara dia merdu sikit daripada katak. Tapi lebih baik dengar suara dia daripada suara percuma leteran emak.

Hahaha...

Aku jeling emak di sofa sebelah. Dia tengah jahit baju. Eh, Bukan! Tengah menyulam.

"Apa jeling-jeling?" emak sergah aku. Hampir terlompat dan duduk atas pangkuan emak.

"Mata emak ni ada berapa? Ingatkan asyiklah dengan sulaman tu. Rupanya boleh lagi nampak kalau Tia tengah tengok emak," ujarku. Hebat betullah six senth emak ni. Boleh berguru ni.

"Kamu tu kenapa asyik tengok kartun saja? Macam budak-budak," emak menoleh sekejap ke arah televisyen yang sedang memaparkan aksi penyiasat sedang melawan penjahat.

"Kartun ni seronoklah. No feeling. No cry. No emotion. No action. Only smile. Ini lebih baik dari join emak tengok Hindustan sampai nangis-nangis," aku tengok emak hanya menjeling.

Betullah apa yang kukata. Semalam emak tengok Mohabbatien sampai pukul lima petang. Sanggup duduk tiga jam derma air mata untuk babak sedih yang dipaparkan. Aku ternampak pipi dia basah. Emosi sungguh ibuku.

“Tak berkembang otak kalau asyik tengok kartun,” emak meneguhkan pendapatnya.

“Emak ni, nak kembangkan otak Tia pula. Kalau pecah otak Tia, macam mana?” aku sudah tersengih macam kerang wangi.

“Hish. Kamu ni, ada saja yang dibalasnya kalau emak cakap,” suara emak tenggelam dengan detakkan giginya. Tanda geram. Belum sempat aku toleh, emak sudah memulas telingaku. Adui...besar-besar macam ni pun masih main piat-piat telinga lagikah? Aduh! Malulah. Tapi tak sakitpun. Telinga sebelah kanan hanya menjadi merah. Tapi hanya sekejap.

"Ayah mana mak?" aku tertoleh-toleh mencari kelibat ayah. Pagi minggu begini pasti dia ada di rumah merehatkan diri. Tapi sedari tadi, batang tubuh ayah langsung tak terlihat oleh mataku.

"Subuh tadi pergi masjid. Mungkin singgah di rumah Lebai Rasyid. Hari tu mereka ada business deal." Emak masih meneruskan kerjanya seusai membalas pertanyaanku.

"Cewah! Sejak bila pula ayah pandai business deal ni?” genggaman tangan kanan aku tumbuk ke tangan kiri. Aku jadi hairan. Orang kampung pun sekarang semakin maju. Sudah pandai menggunakan istilah ‘business deal’ yang biasa digunakan oleh orang-orang perniagaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 09:58 AM | Show all posts
"Hari tu Lebai Rasyid ajak ayah kamu tanam herba. Katanya nak tanam mengkudu dengan Tongkat Ali. Nak dikomersilkan. Bagus juga tu. Daripada tanah tu terbiar kosong, baik diusahakan. Tapi belum ada hitam putih lagi. Masih dalam perancangan," panjang penerangan emak.

Setahu aku, ayah memang ada tanah. Tapi tidaklah besar sangat. Patut pun nak buat usahasama dengan Lebai Rasyid. Tanah ayah dengan tanah lebai tu berjiran. Bagus juga rancangan ayah ni. Jarang orang nak usahakan tanam benda-benda macam ni. Tak apa ayah, Tia sokong dari belakang. Jangan lupa bagi elaun lebih!

Aku semakin kagum menjadi warga Kampung Kelapa Denai ini. Kampung ini sudah melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Kejayaan mereka adalah atas sokongan usaha orang kampung sendiri yang berniat untuk memajukan tanah-tanah yang terbiar. Semua itu bermula hasil usaha seorang anak muda kampung. Imran, anak Lebai Rasyid. Teman sekolah rendahku. Ramai juga yang terkejut dengan keputusan Imran untuk menjadi petani dulu. Penat-penat belajar kejuruteraan, akhirnya memilih untuk tinggal di kampung.

Tapi bila difikirkan semula, tindakannya adalah bernas. Dia yang bertanggungjawab menjaga ibu bapanya yang sudah tua. Tambahan pula tanah berekar-ekar miliknya tidak diusahakan. Jadi, lebih baik berbudi kepada tanah. Pasti akan mendatangkan hasil. Lagipun kita ni berasal daripada tanah, dan kembali kepada tanah juga akhirnya.
Imran telah membawa masuk teknologi ke kampung itu. Ladang mangga ayahnya telah menghasilkan buah yang baik dan lumayan. Sekarang ini yang aku dengar dari ayah, dia ada satu lagi perancangan. Tanah seluar 3 ekar di hujung kampung akan ditanamnya dengan pelbagai spesis tanaman herba. Tanah itulah yang bersebelahan dengan tanah ayah. Ayah ada mengkhabarkan padaku tentang rancangan ini. Tidak salah ayah terlibat dengan pertanian ini.

Setakat ini, Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan macam-macam lagi herba memang akan disediakan oleh jabatan pertanian jika ada orang yang berminat. Mereka membantu dalam menyediakan benih. Selebihnya, orang kampung sudahpun berbincang dengan Osman, Pegawai Penyelidik di UPM, juga classmate aku semasa di sekolah rendah dulu untuk menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan dalam bidang ini.

Aku bangga punya teman seperti mereka. Menongkah arus kehidupannya sendiri. Hanya sesekali kami bersua pandang. Kalau cutiku panjang dan mempunyai kesempatan, memang kami akan keluar minum beramai-ramai. Bersama teman-teman sekolah yang lain. Kami akan penuhkan warung Pak Abu. Makan ABC istimewa Pak Abu dan bercerita hingga tidak menyedari masa bertukar senja. Masing-masing hanya akan ingat perubahan waktu bila ada saudara yang sudah datang memanggil mereka pulang. Kadang-kadang Pak Abu sendiri yang halau kami pulang jika melihat tidak ada tanda-tanda kami nak balik rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:00 AM | Show all posts
Mahmud atau Pak Mud adalah ayah kebanggaanku. Umur sudah seabad, tapi masih kuat dan nampak muda lagi. Belum ada cucu. Itu yang emak selalu membebel, nakkan cucu. Suruh kakak kahwin, tapi alasan standard kakak ‘nanti dulu.’ Sampai sekarang belum sampai seru nak kahwin. Katanya nak puas-puas hidup sebagai bujang dulu baru fikir nak kahwin.

Ayah kerja kampung saja. Usahakan tanah pusaka. Biasalah, askar pencen. Emak pula, tak kerja. Tapi kalau ada orang buat tempahan untuk sulaman, baru emak terima. Itu pun baru sekarang dia buat, masa kami kecil-kecil dulu, dia jadi full time housewife. Sekarang kami sudah besar, jadi tak perlu lagi penjagaan rapi. Bolehlah emak buat sesuatu yang menjadi hobinya.

Puan Kasmia merangkap ibu kandungku adalah seorang wanita yang sangat tabah. Sanggup berkongsi hidup dengan lelaki seperti ayah untuk melengkapkan tugasnya sebagai isteri berjalan dengan sempurna. Mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan dan sulaman. Tapi tidak pernah berkursus dalam mana-mana jabatan berdaftar. Hasil kerja tangannya sangat halus dan berseni. Sebagai anak, aku beruntung kerana tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan baju. Emak sedia membantu untuk merekaciptakan baju untuk anak kesayangannya ini.

Kasturi nama kakak aku. Kerja sebagai cikgu sekolah rendah di kampung ni. Dia sudah ada pakwe. Tapi kami semua tak kenal dia sebab Kasturi tak pernah pun bawa Encik Abang dia datang ke rumah. Malulah tu. Kalau usik sikit pasal dia dengan pacarnya, mesti blushing. Katanya First love. Love at the first sight. Aku pun tak faham apa benda tu. Dia tak pernah bercinta sebelum ini. Aku tidak pernah memanggilnya dengan panggilan ‘Kak’ kerana aku tak biasa. Antara kami lebih selesa menggunakan ‘aku’ ‘engkau’ walaupun pada pengamatan orang lain, ia kurang hormat dan kurang sopan. Namun bagi kami, panggilan itu menjadikan kami seperti sahabat walaupun jarak usia antara kami begitu berbeza dan jauh. Ia menjadikan kami lebih mesra dan mudah berbual.

Profesion Kasturi sebagai seorang guru sekolah rendah adalah sesuatu yang perlu dibanggakan. Kerana dia adalah kakakku, aku bangga dengan dirinya. Aku sedar tentang sesuatu yang berkaitan bidang tugasnya.

Walaupun menyedari tanggungjawab dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu persetujuan bagi lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran mengajar di kawasan pedalaman. Termasuk Kasturi. Selain faktor kedudukan sekolah yang jauh, kebanyakan guru sukar menerima jika dihantar bertugas di luar kawasan disebabkan stigma negatif iaitu kemudahan terhad. Lantaran itu, ada yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman.

Mereka yang menyedari tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa pula menerima tawaran terbabit walaupun terpaksa. Salah seorangnya adalah kakakku sayang. Malah ada guru-guru yang mengajar orang asli di kawasan pedalaman perlu menghadapi ranjau yang sangat mencabar. Kata Kastia, ada kawannya, Hazizul yang pada ketika itu berusia 24 tahun, pasrah dan meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik di sekolah Orang Asli sehingga kini.

Cabaran utama mereka hanyalah perjalanan dan penyesuaian diri. Dari segi mengajar, tidak banyak masalah yang dihadapi kerana kebanyakan pelajar di sekolah itu mempunyai minat untuk belajar. Tetapi, penyesuaian diri di perkampungan Orang Asli dan perjalanan ke sekolah adalah cabaran terbesar yang perlu ditempuh.

Kata Kas, Hazizul terpaksa menempuh banyak halangan dalam perjalanan berikutan sekolah itu yang terletak di kawasan paling pedalaman di Gua Musang. Untuk sampai ke sekolah ini, dia terpaksa merentasi laluan hutan yang dipenuhi dengan binatang buas. Selain itu, bertembung dengan lori balak dan debu yang tebal sehingga ke buku lali juga adalah halangan serta risiko yang perlu dihadapi. Sepanjang berkhidmat selama tujuh tahun di sekolah itu, pengalaman yang pasti tidak akan dilupainya ialah terpaksa tidur di tepi sungai apabila air sungai naik. Ini kerana dia adalah satu-satunya guru yang mengajar di sekolah itu selain guru besar. Jadi, tidak ada rumah penempatan untuk guru di situ. Namun, Alhamdulillah, sekarang keadaan sudah bertambah baik dan ia tidak lagi seperti dulu. Bilangan guru pun sudah bertambah. Malah Hazizul juga sudah dua kali menolak tawaran pertukaran sekolah.

Kastia pula kena hantar ke SK Bukit Mat Daling, Hulu Tembeling, Pahang. Katanya, mengajar di sekolah itu adalah pengalaman yang cukup bermakna buatnya. Ketika surat tawaran sampai, dia terseyum gembira sebab sekolah itu beralamat di Jerantut dan bukannya di Hulu Tembeling. Jadi dia tidak kisah sangat. Impiannya, nak jadi sensei macam dalam cerita Gokusen. Cerita tentang kehebatan guru di Jepun. Apalah dia ni, nak samakan sensei dengan cikgu pula.

Tapi dia hampir nak nangis selepas bertemu dengan guru besar. Barulah dia tahu yang sekolah itu terletak di pedalaman dan terpaksa menaiki perahu. Menurutnya, pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ditipu guru besar yang memaklumkan perjalanan untuk sampai ke sekolah dengan menaiki perahu hanya memakan masa sejam, tetapi sebenarnya perjalanan yang ditempuh selama empat hingga lima jam.

Dia kata, ketika berada dalam perahu, dia selalu bertanya kepada guru besar, bila nak sampai. Dan jawapan guru besar, dekat lagi. Jadi dia hanya tunggu sehinggalah tiga kali bangun daripada tidur, masih juga tidak sampai dan guru besar hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya.

Selain itu, disebabkan sekolah terbabit dikatakan berada di kawasan pedalaman, emak dah awal-awal bekalkan dia dengan peralatan memasak seperti periuk, kuali dan bahan mentah kerana beranggapan ia tidak dapat diperoleh di kedai. Kini, selepas tiga tahun menjadi guru di sekolah itu, Kastia menjadi lebih matang dan gembira menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Itulah yang membuatkan dia berbeza dengan aku. Lebih banyak pengalaman hidup. Setelah bertahun-tahun mencurah bakti di kawasan pedalaman, kini dia sudah ditempatkan di kampung halaman. Amat mudah kerana sekolah berada dekat dengan rumah.

Namaku Kastia. Umur beza lima tahun dengan kakak aku. Alah, baru 22 tahun. Masih menuntut di UITM, Shah Alam. Ambil kejuruteraan mekanikal. Tak terlintas pun di hati nak jadi jurutera. Tapi terdaftar sebagai pelajar fakulti kejuruteraan disebabkan oleh rakan karib. Kami dah deal nak ambil course yang sama. Dari matrikulasi sampailah ke universiti, kami sentiasa bersama. Bukannya apa, aku ni jenis lone ranger. Nasib baiklah ada dia yang sentiasa disisi menjadi peneman aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:00 AM | Show all posts
enjoy reading....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:12 AM | Show all posts
aku yg pertama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2010 10:15 AM | Show all posts
hahaha lepas parking nama..baru nak komen.

selamat pagi amanda.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:18 AM | Show all posts
morning amanda... mekasih for intro lara rindu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 10:24 AM | Show all posts
salam...
wah umah baru.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:32 AM | Show all posts
wah...amamda promo lara rindu..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:45 AM | Show all posts
morning...........ada cite baru
ni cite panjanggggggggggggg ke cite pendek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:49 AM | Show all posts
Reply 6# rezal_khan


sory ke...
hadiah  xdisediakn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:50 AM | Show all posts
Reply 7# rezal_khan


slamat pagi juga..
parking ok ke?
x senget, x ambil ruang org?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:50 AM | Show all posts
Reply 8# asnita


morning..
jmput bca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:51 AM | Show all posts
Reply 9# ADRIANAQISTINA


jemput masuk...
juada brbuka sedia sndiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:52 AM | Show all posts
Reply 10# bb_75


erk..
promo ke?
saja letak.. da letak kat blog, letak sni gak la.
bru adil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2010 10:53 AM | Show all posts
Reply 11# ariellin


  monin...
ko saja kn
don wory...
ni karangan pendek je
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:55 AM | Show all posts
Reply 15# amandaatika

insyallah tp awal ag ni lum pn msk zohor.....nanti sampai la sane....hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:58 AM | Show all posts
"Apa yang kamu menungkan tu? Itu lah, emak suruh kawin cepat kamu tak nak. Tengok sekarang, dah terdera diri. Angau. Kalau dah kawin, ada depan mata selalu. Senang," tersentak lamunanku.

Aduhai, emak ni, terlebih sporting pula. Aku mana ada ingat siapa-siapa.

Kalau telefon berbunyi pasti emak membuat andaian sedemikian. Ini semua gara-gara Kasturi. Asal sahaja telefonnya berbunyi, pasti dia berlari mencicit mendapatkan telefonnya. Walaupun saat itu dia berada di dalam tandas kerana dia sudah set level telefonnya ke peringkat maksima. Seisi rumah boleh dengar kalau telefonnya sudah berdering.

"Tu handphone kamu, dari tadi memanggil. Buat bingit telinga saja. Dahlah guna lagu macam tu. Bagitahu dia, kalau dah rindu sangat suruh saja datang meminang." Suka hati saja emak buat andaian.

"Emak suka sangat buat hipotesis yang salah. Orang mana ada mata air lagi." Aku terus mengambil telefon di atas meja. Tertera nama Chinta di atas skrin telefon. She is my best pal. Lagu Apogise dari filem Chipmunk terhenti dengan sendirinya bila aku menekan butang hijau.

"Assalamualaikum." Salam dihulur.

"Waalaikumussalam." Kedengaran dari seberang salam dibalas.

"Tia bila kau nak balik sini? Cepatlah. Aku dah sampai ni." Suara menyeru-nyeru sudah sampai ke gelombang telingaku.

"Apa mimpi kau datang awal ni? Bukan selama ni aku yang tunggu kaukah?" hairan juga. Selama ini tak pernah dia datang dulu ke rumah sewa kami. Tapi kali ini keadaan sonsang pula. Dia menggantikan aku menjadi penunggu. Biar kali ini dia pula yang menunggu.

"Alah, kau nak datang jam berapa ni? Kau datang sekarang ya? Aku bawa udang masak lemak ni. Kak Dibah masak."

Amboi Cik Chinta, main rasuah guna favourite food pula. Tak adanya aku nak tergoda. Tapi hidung aku macam dah terbau-bau masakan Kak Dibah yang lazat itu. Macam terpanggil-panggil nak balik ke rumah sewa sekarang juga. Dah terliur ni.

"Tak naklah datang sekarang. Aku tengah tengok kartun ni," godaannya tak menjadi. Masih tak terkesan di hati.

"Datanglah. Nanti aku belikan kau CD Totally Spies ya? Dengan komik Detektif Conan sekali." Aduhai, pandai saja dia goda aku dengan benda-benda yang memang aku akan kalah kalau dihulur di hadapanku.

"Kau memang pandai goda aku. Tak bolehlah aku datang sekarang. Ayah aku tak ada kat rumah. Esok baru dia hantar aku. Save lah duit kau tak payah belikan aku CD dan komik tu. Kalau tak, memang aku tagih sekarang juga.” Selamatlah duit Chinta untuk kali ini.

Untuk lain kali, never!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 10:59 AM | Show all posts
Aku memang bercadang untuk datang lewat ke UITM. Sekarang kami sudah tidak tinggal di dalam kolej lagi. Menyewa di luar kampus bersama beberapa teman. Lagipun dalam jadualku, hari Isnin tidak terisi dengan waktu kuliah. Jadi bolehlah aku tambah cuti.

Aku ni kira anak manja juga. Ke mana-mana pasti dihantar. Biasanya ayah yang rela menghantarku pulang ke kampus. Tapi kalau balik ke kampung, aku naik bas. Tidak mahu menyusahkan ayah untuk menjemputku. Kereta? Aku belum mampu untuk membelinya, walau hanya seekor Kancil keluaran Perodua.

"Tia, aku bosanlah. Ni abang aku punya pasallah. Dia pinjam kereta aku, kereta dia rosak. So, dia hantar aku dulu sebelum dia outstation ke Perak,” degusan Chinta kedengaran di telefon.

"Oh, patut pun! Kau jagalah rumah tu kejap. Kau ni, sebelum ni kalau aku datang awal, tak ada pula aku suruh kau rushing datang temankan aku," aku sudah membebel tak puas hati.

"Oklah. Kau sambunglah cuti. Si Aida dengan Fatma pun dah sampai. Kirim salam pada emak ya?" Chinta sudah bercadang untuk memutuskan perbualan.

Aida dan Fatma teman serumah merangkap teman sekuliah. Tapi kami berlainan program. Mereka bakal wartawan. Ikatan yang terjalin sebelum ini hanya bermula kerana sering berlanggar bahu di kolej. Sehinggalah mereka menjadi antara teman rapatku di kampus setelah selalu terserempak di mana-mana. Ke mana sahaja, kami berempat pasti kelihatan bersama. Malah kami digelar dua pasang belangkas kerana selalu berkepit berempat.

"Ok." Aku membalas singkat sebelum menghabiskan perbualan. Telefon aku letak kembali di atas meja.

Aku berpaling ke arah emak yang masih khusyuk menyulam.

"Mak, Chinta kirim salam," seruku perlahan.

"Waalaikumussalam. Kenapa dia tak ikut kamu balik hari tu?" emak memandang aku sekilas.

"Mummy dia suruh balik rumah." Aku sambung balik tengok televisyen yang tadinya mengalami gangguan sebentar.

Seisi keluargaku kenal dengan Chinta. Apa taknya, dia dah jadi ekor aku. Kalau aku balik kampung, mesti aku bawa dia. Dia suka kalau duduk kampung ni. Maklum anak orang kaya. Duduk pula di taman perumahan mewah. Tak adanya pokok-pokok dia nak panjat.
Selama aku cuti ini, dia juga balik ke kampungnya di bandar. Sudah menjadi agenda bulanan, setiap dua minggu atau ketika cuti universiti, pasti kami akan pulang ke kampung. Apatah lagi, Aida dan Chinta orang Kuala Lumpur. Aku pula orang Selangor. Fatma orang Melaka. Jadi tidak menjadi masalah untuk kami pulang ke rumah masing-masing. Memang jaranglah rumah sewa kami terisi bila hujung minggu tiba. Pasti ada sahaja yang akan tiada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.149415 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list