CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1687|Reply: 8

Ahmad Dhani Sekeluarga Dikecam Tak Kuarantin 10 Hari

[Copy link]
Post time 14-12-2021 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, 49, bersama isteri, Mulan Jameela, 42, dan anak-anak iaitu Al Ghazali, 24, El Rumi, 22, dan Dul Jaelani, 21, kini menjadi perhatian netizen Indonesia kerana didakwa tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Turki dan Dubai, baru-baru ini.


Terdahulu, dakwaan itu dikongsikan individu juga pemilik akaun Instagram dikenali, Adam Deni yang memuat naik beberapa bukti daripada netizen sebagai perkongsian maklumat terhadap perlanggaran undang-undang oleh keluarga itu.




  



Antara bukti dipaparkan adalah mesej daripada seorang netizen yang mendakwa bertemu keluarga Ahmad Dhani di Cappadocia, Turki pada 2 Disember lalu.


Tujuh hari kemudian iaitu pada 9 Disember pula, ada netizen mendakwa bertemu Ahmad Dhani dan Mulan di pusat membeli-belah di Pondok Indah manakala anak mereka, Al Ghazali pula keluar menonton wayang dengan kekasihnya, Alyssa Daguise.













Kenyataan itu turut disertakan dengan bukti bergambar daripada netizen.


Tidak hanya itu, netizen juga mendakwa Al, El dan Dul melakukan aktiviti bersiar-bersiar menaiki helikopter yang dianjurkan oleh satu jenama fesyen pada 11 Disember pula.


Gambar ketika aktiviti itu dijalankan dimuat naik di akaun penganjur program, yang kemudiannya dipadamkan selepas isu tidak menjalani kuarantin oleh keluarga itu menjadi bualan hangat di media sosial.


Mengikut perkiraan netizen, sekiranya mereka sekeluarga pulang ke Indonesia pada 3 Disember lalu, maka proses kuarantin perlu di jalani adalah 10 hari dan berakhir pada 13 Disember.


Sementara itu, peguam Ahmad Dhani iaitu Ali Lubis menyangkal dakwaan dibuat netizen dan menegaskan bahawa anak guamnya menjalani kuarantin kendiri bersama keluarga di vila peribadi mereka.




Kredit foto: IG Ahmad Dhani




"Selepas pulang (dari Turki), mereka terus menjalani kuarantin dan tidak pergi ke mana-mana, termasuklah ke pusat membeli belah dan lain-lain," katanya kepada media Indonesia.


Terdahulu, kerajaan Indonesia menetapkan peraturan kepada rakyatnya dan warga negara asing yang tiba ke Indonesia dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahmad dhani ni artis kayangan indon hahaha
Kite tgok je la kene tindakan ke x. Lau artis kayangan msia lepas bebas je
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:16 PM | Show all posts
Ahmad Dhani muka cam bau badan sentiasa je ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:24 PM | Show all posts
siapin teh anget yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:28 PM | Show all posts
apa ada hal.. dia pn kayangan.. ngak bisa disentuh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kes anak drive langgar orang lain sampai mati pun lepas je...inikan pulak kuarantin kendiri.

Anyway, Maia senyum sinis agaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh dah bertudung bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 14-12-2021 04:30 PM
Alahai kes anak drive langgar orang lain sampai mati pun lepas je...inikan pulak kuarantin kendiri.
...

Kannnn…kes anak langgar mati tu, pastu dia claim masih dok tanggung family2 terlibat..pastu org dok puji2 heols..yihhhh sangattt..ntah2 dia dok tanggung sebab dah deal family2 simati supaya x dakwa anak dia..i agak la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sampai skrg takleh lupa mulan tu caras laki maia. Dahle deyols members ratu dulu tu…

Sesambil tu meh nyanyi dlm hati, MAKHLOK TOHAN PALING SEKSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Belum Masuk Hari Raya:Apartmen Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Hari Raya:Apartmen Dijadikan
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41431 Replies : 518
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 17802 Replies : 11
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 25956 Replies : 6
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50684 Replies : 18
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 25990 Replies : 4
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278479 Replies : 1526
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 25631 Replies : 5
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23569 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364033 Replies : 3551

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 1.278058 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list