Edited by OttoVonBismark at 9-1-2022 01:16 AM
Abu Al-As Bin Rabi’
Assalamualaikum kepada semua warga bod M&M. Kali ini, Pakcik nak bertukau arus penulisan pakcik dari menulis cerita tokoh tokoh bukan islam kepada tokoh tokoh yang ada dalam lembaran sejarah islam pulak. Kepada sesiapa yang dah sedia maklum dengan cerita cerita pakcik dalam arwah bod sejarah dulu, boleh nampak, semua biografi yg pakcik tulih adalah dari tokoh tokoh bukan islam dan pakcik letakkan pengajaran yg kita boleh belajau dari cherita tokoh tersebot. Jadi kali ini pakcik nak ubah angin pulak. Ada terrrrlalu banyak nama nama hebat yang laher disepanjang sejarah kebangkitan islam sepanjang sejarah. Suka duka mereka dalam nak mengenal islam, memartabatkan islam, dan menaikkan islam di kedudukan yang paling tinggi pada zaman tu. Bermula dengan itu, pakcik hari ni nak bercerita tentang salah seorang nama yang jarang jarang kita dengau dan kita baca. Abu Al-As Bin Rabi’. Kesah perjalanan beliau dalam nak memeluk agama islam.
Seperti biasa, pakcik cheritakan dulu kepada anak anak sekalian siapa dia AbuAl-As Bin Rabi’ ni.
Abu Al-As Bin Rabi’ adalah anak sedara kepada isteri nabi Muhammad S.AW, Khadijah binti Khuwailid. Ibunya bernama Hala binti Khuwailid. Kakak kepada khadijah. Seperti mana yang kita semua sedia maklom, Khadijah adalah isteri pertama Nabi. Beliau adalah anak kepada Khuwailid Bin Asad. Salah sorang pembesau bangsawan di kalangan kaum Quraisy. Orang kaya dia ni. Kekayaan Khuwailid bin Asad diwarisi kepada anak pompuan dia Khadijah dan pada masa ni Khadijah merupakan antara bisnes women yang sangat berjaya.
Semasa Abu Al-As kecik, Khadijah dah ambik dia duduk dengan Khadijah dan diajar cara cara meniaga dari makcik dia ni. Apabila Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad, Khadijah bawak sekali Abu Al-As duduk bersama sama dengan Nabi. Jadinya, Abu Al-As dengan Nabi ni bukan la orang luar dan bukan stranger. Memang Nabi sendiri dah kenal dan asuh dia dari kecik lagi.
Hasil perkahwinan Nabi kita Rasulullah S.A.W dengan Khadijah, maka lahirlah 6 orang anak Nabi yang kita sedia maklom harini. 2 Lelaki dan 4 pompuan. Yang lelaki namaya Qasim dan Abdullah, manakala yang pompuan bernama Zainab, Ruyaqqah, Ummu Khaltsum dan Fatimah yang sangat popular dalam sejarah.
Apabila meningkat dewasa, Abu-Al As menjadi seorang yang sangat berjaya dalam bisnes dia. Riwayat mengatakan, Abu Al-As ni perfect man. Hensem, kaya dan berjaya. Ada riwayat yg mencheritakan kehenseman Abu-Al As ni, kalau sapa sapa yg pandang dia komfom sangkut. Tak lena tido dibuatnya. Dan kalau kita amati sejarah dalam dalam, memang kita akan dapati anak beranak keturunan sepupu sepapat Nabi memang segak dan lawa lawa. Belah Khadijah pun sama. Khadijah ni seorang yang sngt cantik dan diwarisi dari keturunan dia yang cantik cantik. Belah lelaki pon smart dan hensem.
Apa yang membuatkan Abu Al-As kaya raya adalah kerana bisnes trading yang dia buat. Dia bukan trade / meniaga barang barang dia saja. Tapi dia tolong jualkan sekali barang barang orang lain. Semua dia sapu. Dan…dia berniaga non stop. Kebiasaannya, masyarakat Arab zaman tu cuma pergi meniaga ke negeri Syam pada musim panas. Bila musim sejuk datang, mereka akan duduk rumah rilek rilek atau buat benda lain. Nanti dah masuk musim panas semula baru start meniaga balik. Tapi Abu Al-As tak macam tu. Dia tak kira musim panas ke musim sejuk ke, non stop dia pergi ulang alik berniaga ke Syam. Waktu musim sejuk, kalau orang orang Quraisy mekah tak nak meniaga, maka Abu Al-As boleh tolong jualkan untuk mereka. Makan komisyen. Ini lah diantara sebab kenapa Abu Al-As kaya raya. Dan diceritakan dalam banyak riwayat riwayat para Sahabat, rombongan dagangan meniaga Abu Al-As ni cecah sampai 100 ekor unta dan diiringi 200 orang pekerja yg nak jaga barang barang yg onta onta ni bawak ke Syam. Punya lah banyak.
Sejarah kata, Bila dah meningkat dewasa,, Nabi jodohkan / kawenkan anak dia Zainab binti Muhammad dengan Abu Al-As bin Rabi’. Maka hidop lah mereka dengan bahagia rukun dan damai.
Apabila Wahyu pertama turun, Nabi Muhammad S.A.W mengajak manusia menyembah Allah yang Maha Besar, yg mana kita sedia tau kesah mahsyur ni melalui pencheritaan hadis hadis dari riwayat Aisyah Binti Abu Bakar isteri Nabi, maka diantara orang yang awal awal memeluk islam dah tentulah dari kalangan ahli keluarga nabi sendiri. Khadijah serta anak anak beliau termasuk lah Zainab.
Malangnya, Abu Al-As tidak mahu memeluk agama Islam. Dia lebih senang dengan agama lama dia menyembah berhala. Ye lah, dah kaya raya hidop mewah kenapa nak bersusah susah lagi. Dengan dia sendiri tengok depan mata orang orang yang masuk islam ni kene dera kena seksa kena bunoh. Dia malas nak pening kepala, stay saja dalam agama nenek moyang dia. Masa ni belum turun lagi perintah dan ayat Quran mengatakan pasangan berlainan agama tak boleh bersama. Jadi sepanjang peristiwa ni, AbuAl-As tetap bersama dengan isteri dia Zainab.
Tapi nabi sendiri keciwa dengan sikap yang ditunjukkan Abu Al-As. Dia bukan stranger didalam keluarga Nabi, dia adalah anak sedara Khadijah, di besau kan oleh Khadijah dan Nabi sendiri. Menantu Nabi pulak tu. Bila dia tak nak beriman dengan agama yg Nabi bawa, membuatkan nabi berasa sangat sangat sedih dengan situasi ni.
Selama10 tahun nabi di Kota mekah, ditindas oleh kaum bangsa sendiri, dengan peristiwa boikot nya, peristiwa pengasingan orang orang islam dari puak puak quraisy nya, peristiwa pembunuhan ramai sahabat sahabat Nabi maka Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah.
Semua kaum muslimin behijrah ke Madinah. Kecuali Zainab, anak Nabi. Zainab tak ikut behijrah. Dia stay dengan suami dia yg masih sembah berhala di Mekah. Perkara ni membuatkan Nabi bertambah sedih. Anak sendiri masih tinggal dengan pihak musuh yg selama ni menyiksa orang orang islam. Sebagai seorang bapak, mesti lah risau dengan keselamatan anak sendiri.
Tapi Abu Al-As sangat sangat sayangkan Zainab. Banyak kali Abu Al-As diprovoke dengan kaum quraisy supaya ceraikan bini dia, dan boleh pilih mana mana perempuan Quraisy lain yg dia suka sebagai ganti. Tak kira berapa orang sekalipun. Tapi Abu Al-As buat tak tau je dengan semuatu. Dia tetap takkan ceraikan Zainab.
Pada tahun kedua hijrah, berlakunya perang badar, perang yang pertama diantara kaum Muslimin Madinah dengan Quraisy Mekah, Abu Al-As dipaksa untuk joint perang. Walhal pada diri dia tak ada apa apa kerugian pon kalau dia tak ikut sama berperang. Baik handle urusan meniaga. Tapi ramai ketua ketua puak yg memaksa Abu Al-As untuk masuk berperang melawan tentera Madinah. Lebih kepada nak tambah man power supaya lagi kuat. Dan yang kita sedia maklum, kemenangan berpihak pada tentera Muslimin, ramai dari pihak Quraisy yang tertangkap dan dijadikan sebagai tawanan perang. Dalam ramai ramai yang kena tangkap ni, termasuklah jugak Abu Al-As.
Selain dari berita kemenangan di pihak Muslim, pada hari yang sama kemenangan perang Badar, kaum Muslimin dikejutkan dengan berita kematian salah seorang anak perempuan Nabi, Ruqayyah. Dan berita sedih ini menjadi satu ujian hebat kepada Nabi kita pada waktu ini. Kemenangan didalam tangisan.
Rasulullah memerintahkan para Sahabat menghantar utusan kepada penduduk Mekah,sesiapa yang mahu menuntut tawanan perang hendaklah membayar wang tebusan. Harga tebusan ditetapkan diantara 50 ke 200 dirham mengikut level kebangsawanan masing masing. Berita ni sampai ke pengetahuan Zainab binti Rasulullah. Bilamana dia dapat tau suami dia yang masih musyrik dijadikan tawanan perang oleh ayahnya sendiri, maka Zainab dengan segera mengumpul seberapa banyak reta benda yang ada pada dia untuk menebus semula suaminya Abu Al-As Bin Rabi’, dan diserahkan kepada utusan yang nak hantar semua duit tebus tawanan ni ke Madinah.
Sampai saja utusan ke Madinah, diserahkan semua bungkusan tebusan tawanan perang kepada nabi. Masing masing dah tulis nama masing masing nak menebus siapa. Nabi bukak satu persatu. Sampai pada satu bungkusan ni, Nabi buka dan Nabi termenung. Ni bungkusan harta dari anak kesayangan dia Zainab yg nak tuntut balik suami dia Abu Al-As. Dalam bungkusan tu ada dimasukkan sekali rantai leher pemberian dari Arwah Khadijah kepada Zainab, sebagai hadiah perkahwinan Zainab dengan Abu Al-As dahulu.
Mengenangkan rantai tu, Nabi jadi sedih dan menangis masa tu jugak. Sama ada Nabi teringat kat Isteri dia Khadijah Binti Khuwailid yang dah lama meninggal, dan Nabi mengenangkan hal keadaan yang tengah jadi sekarang ni. Anak sendiri korban kan reta benda kesayangan kepada ayah demi nak tuntut suami yang dia masih sayang, walaupun suami Zainab ni kafir musyrik.
Nabi pun tak boleh tahan kesedihan ni, dan nabi pergi berjumpa dengan Sahabat yang Nabi tugaskan untuk menjaga tawanan perang. Anak anak sekalian…. Masa ni, Nabi adalah pemimpin paling tinggi didalam umat Islam, pun begitu, Nabi tetap tidak menggunakan kuasa mutlak yang dia ada suka hati dia. Tetap mintak izin dari Sahabat Sahabat yang ada, karena ini diluar bidang kuasa Beliau. Nabi dah tetapkan dah kerja dan tugas masing masing. Jadi nabi tak boleh ikut suka walaupon dia adalah ketua tertinggi. Nabi Bersabda :
“ Harta yang didalam bungkusan ini adalah kiriman dari anakku Zainab bagi menebus suaminya Abu Al-As Bin Rabi’. Jika kamu setuju, Saya berharap kamu lepaskan tawanan itu tanpa tebusan, dan harta kiriman Zainab dikembalikan kepadanya semula.”
Tak sampai hati para Sahabat melihat keadaan yang Nabi tengah hadap sekarang ni. Nabi baru sahaja dapat tau kematian anak perempuan diamasa hari menang perang Badar, ni jadi macam ni pulak. Menantu kenetawan, anak Nabi hantau rantai arwah mak buat bayar nak tebus suami dia. Dengan segera para Sahabat menjawab :
“Baiklahya Rasulullah, kami semua setuju ya Rasulullah”
Dah dapat persetujuan dari para Sahabat, Nabi pun melepaskan Abu Al-As DENGAN BERSYARAT. Nabi meminta supaya Abu Al-As berjanji setibanya dia di Mekah nanti, Abu Al-As kena lepaskan / ceraikan isterinya Zainab dan suruh Zainab datang ke Madinah dengan segera. Nabi dah tak nak lagi keluarga dia berpecah jauh jauh dan jadi macam peristiwa yg tengah jadi ni lagi. Abu Al-As setuju dengan syarat yg dikenakan oleh bapak mertua dia ni. Dan dia janji dengan Nabi akan hantar Zainab Binti Muhammad pergi ke Madinah dengan secepat mungkin.
Perjalanan balik ke Mekah, Abu Al-As di temani oleh Sahabat Sahabat nabi, yg mana masa nak bawak balik Zainab nanti, Sahabat menjadi escort dan body guard kepada Zainab. Dalam kalangan sahabat ni, ada sorang sahabat yg bernama Amar Bin Rabi’. Adik kepada Abu Al-As bin Rabi’.Amar bin Rabi’ dah masuk islam awal awal lagi. Dia turut serta jadi shooter (pemanah) untuk escort ni.
Sampai saja di kota Mekah, boleh tengok ramai puak puak Quraisy tengah kemurungan sebab kalah perang. Abu Al-As terus tuju kerumah dia, dia suruh Zainab bersiap siap sebab nak hadap perjalanan yang jauh untuk pegi ke Madinah. Diceritakan kepada Zainab dari A sampai Z apa yg jadi dan janjinya terhadap Rasulullah untuk kembalikan Zainab kepada bapanya Rasulullah S.A.W.
Dah siap siap semua, waktu tengah hari cerah tu Zainab nak ikut rombongan body guard dia yg terdiri dari Shabat Nabi tadi ni pegi ke Madinah. Puak puak Quraisy yang nampak situasi ni dah mula buat kecoh. Provoke. Sebab baru kalah perang. Seolah olah mencabar maruah mereka sekali lagi. Memang nak jadi bergaduh dah waktu ni. Shabat nabi ygjadi body guard dah standby kalau apa apa jadi, keadaan makin tegang, dah standbya nak hunus pedang. Si Amar Bin Rabi’ dah standby nak panah batang tengkuk puak puak Quraisy yg buat kecoh ni. Dalam keadaan tegang tu, datang la Abu Sufyan bin Harb. Masa ni Abu Sufyan belom masok islam lagi. Dia masuk Islam masa peristiwa penawanan semula kota Mekah ( Fathul Makkah ). Abu Sufyan adalah salah seorang pembesar Quraisy.
Abu Sufyan datang kepada geng Muslimin dan bagi tau elok elok, dan berkata :
“Wahai anak sedara ku, letakkan lah busur panahmu itu, Aku nak berbincang dengan mu.”
AmarBin Rabi’ pun turunkan busur panah dia kebawah. Ikut cakap Abu Sufyan. Abu Sufyan berkata lagi :
“ Tindakan kamu ini adalah tidak betul dan kurang tepat, bila mana engkau membawa keluar Zainab Binti Muhammad secara terang terangan dihadapan pembesar Quraisy. Semua bangsa arab tahu kekalahan Quraisy di Badar dan musibah yang ditimpakan ayah kepada Zainab kepada kaum Quraisy. Bila kamu membawa keluar Zainab secara terang-terangan begini bermakna kamu menghina seluruh kabilah ini sebagai penakut, lemah dan tidak berdaya. Betapa hinanya perkara tersebut”
Berkata Abu Sufyan lagi :
“ Kamu pusinglah semula masuk ke Mekah, tunjuk seolah olah kamu akur dengan tekanan dari mereka. Dan setelah reda kemarahan Quraisy beberapa hari kemudian, kamu bawalah keluar Zainab Binti Muhammad ini pada waktu tengah malam supaya tiada seorang pun menyedari pemergian kamu.”
Amar Bin Rabi’ akur dengan usul yg disampaikan oleh Abu Sufyan. Beberapa hari lepastu, Zainab dan para Sahabat pun keluar dari kota Mekah pada waktu tengah malam dan pergi ke Madinah untuk kembali ke pangkuan bapanya Rasulullah S.A.W.
Lepas berpisah dengan Zainab isterinya, Abu Al-As tetap stay di Mekah untuk beberapa tahun dan jalankan aktiviti bisnes trading dia macam biasa antara Mekah ke Syam.
Satu hari, masa rombongan Abu Al-As balik dari Syam dengan beratus ekor onta penoh dengan barang dangang, rombongan Abu Al-As terserempak dengan Sariyyah para Sahabat. Untok pengetahuan anak anak, sariyyah ni adalah peperangan atau utusan perang kecil yg nabi hantar kebeberapa kawasan untuk sekat pedagang dan askar dari pihak musuh. Tujuannya, untuk sekat perjalanan ekonomi sesuatu tempat yang nak diserang nanti. Jadi disini rombongan beratus ekor onta Abu Al-As dah dikepung dan dirampas oleh pihak tentera Muslimin. Tapi Abu Al-As sempat menyelinap dan lari dari kena tangkap. Abu Al-As lari masuk ke Madinah. Di Madinah, dia pegi mintak perlindungan di rumah bekas isterinya Zainab ditengah malam buta. Bila Nabi dapat tau hal ni, nabi segera pergi kerumah Zainab dan dan jumpa dengan Abu Al-As. Nabi kata, “Hormatilah Abu Al-As, tetapi kamu berdua bukan lagi suami isteri. Tidak boleh ada apa apa yg berlaku diaantara kamu berdua”.
Nabi memanggil sahabat yang menawan harta dagang hak milik Abu Al-As ni tadi, Nabi bersabda :
“Sebagaimana yang kamu ketahui, Abu Al-As ini adalah dari kalangan keluargaku. Kamu telah merampas reta miliknya. Jika kamu ingin berbuat baik, kembalikanlah hartanya. Itulah yg aku sukai, tetapi jika kamu enggan mengembalikannya, itu adalah hak kamu. Kerana harta itu adalah rampasan perang yg Allah berikan kepada kamu. Kamu berhak keatasnya”
Nampak, dah dua kali Nabi lepaskan Abu Al-As ni.
Sahabat faham dengan Rasulullah dan sahabat nak bagi semula semua reta yg mereka rampas tadi. Bila Abu Al-As datang nak ambik reta dia semula, para Sahabat offer Abu Al-As untuk masuk Islam, joint derang duduk kat Madinah. Sebab Islam dah makin kuat. Harta rampasan tadi pun tetap Abu Al-As boleh dapat balik. Tapi Abu Al-As tetap tolak offer dari sahabat ni dengan keras dan nada tinggi.
Dah packing apa yang patut, terus Abu Al-As balik ke madinah dengan baran barang dagang dia serta pekerja2 dia yang ramai. Sampai sahaja dimekah, dia bagi semula barang barang yang orang kirim suruh diajualkan, dia bayar semua duit untung hasil jualan yg orang suruh tolong jualkan, dia bayar semua pekerja pekerja dia upah. Dia tolak siap siap komisyen yg dia dapat, dia bayar semua hutang2 yang dia ada. Dah selesai semua pembayaran dan dah komfom dah takde hutang dengan sesiapa lagi, Abu Al-As pergi ketengah tengah kota Mekah dan buat satu announcement :
“Sekarangaku dah memulangkan reta reta milik kamu semua, dah bayar hutang hutang yg patut aku bayar, dah bayar upah upah yg patut aku bayar,maka sekarang dengarkan lah, bahawa Aku mengaku tiada tuhan yg sebenar benar layak disembah melainkan Allah, dan aku mengaku,Muhammad itu adalah Rasulullah.”
“Demi Allah, tak ada apa pun yg menghalang aku untuk masuk islam masa aku kat Madinah haritu, lepas kena tangkap kali kedua. Tapi aku tak nak nanti orang orang Mekah tuduh aku nak makan harta dan duit mereka secara haram, dan sekarang aku pulangkan kepada kamu semua”
Akhirnya, Abu Al-As memeluk islam. Dia bersiap siap kemas apa yg patut, packing apa yang patut, lalu berangkat menuju ke Madinah. Sesampai je AbuAl-As ke madinah, Nabi Muhammad S.A.W dah sedia menunggu dia kat depan pintu Madinah. Nabi dah tau awal awal lagi isi hati Abu Al-As ni rupanya. Sengaja dibiarkan Abu Al-As balik ke Mekah setelkan hal meniaga dia dengan orang Mekah. Lalu Rasulullah menyerahkan semula Zainab Binti Rasulullah kepada Abu Al-As Bin Rabi’ Maka hiduplah mereka berdua sebagai suami dan isteri semula.
Zainab wafat pada tahun ke tujuh hijrah, ada riwayat mengatakan kerana keguguran anak yg dikandung olehnya. Selepas kewafatan Zainab Binti Rasulullah, Abu Al-As berpindah semula ke Mekah dan lama selepas itu beliau juga menghembuskan nafasnya yg terakhir di kota Mekah. Disini kita dapat melihat suka duka kesah cinta diantara bapa kepada anak,diantara anak kepada suami, dan sebaliknya. Begitu juga bagaimana rasa kasih dan sayang dari seorang bapa kepada menantunya sendiri walaupun menantu beliau dari pihak musuh.
Seperti biasa, Artikel ini ditulis oleh aku sendiri, tadak rembat dari mana mana artikel online. Mod sila rate sejuta kredit.
|