Edited by Cintaerina at 14-1-2022 11:19 AM
Ramai sebenarnya yang tak kisah jika rumah tidak dipenuhi dengan barangan kerana untuk mendeko tidak semestinya memerlukan perabot yang banyak dan mahal. Bahkan ‘owner rumah’ hanya perlu bijak menggunakan barangan dan perabot serta menyesuaikan dengan warna yag cantik sahaja. Tidak perlu shopping di Ikea sentiasa jika mahu mendeco rumah.
Namun, ada juga sesetengah orang berpendapat bahawa rumah tak perlu deko cantik-cantik, kata mereka itu hanya merugikan sahaja kerana bukan benda keperluan tetapi lebih kepada kehendak diri masing-masing. Sejujurnya sangkaan itu adalah salah kerana rumah sendiri atau rumah sewa yang dideko cantik akan nampak lebih selesa dan membuatkan kita tak sabar untuk pulang ke rumah.
Baru-baru di Facebook, Puan Watiey ada berkongsi beberapa foto tentang sebelum dan selepas dia dan suaminya mendeko rumah ala-ala ‘farmhouse’. Walaupun nampak ‘simple’ tetapi sangat cantik, elegan dan nampak ruang menjadi lebih luas. Ini kerana penggunaan warna dinding dan perabot sangat sepadan. Jom kita ikuti posting yang dikongsikan oleh Puan Watiey:
"Complete da deko!
Kebanyakan netizen lebih cenderung kepada design modern tapi watiey suka sgt Farmhouse style! Ala-ala rumah orang putih gitu.
Dulu jiwa muda suka rumah kelam-kelam simple, sekarang suka yang nampak bersih . Konsep farmhouse ni lebih rustic, warmth dan traditional. Tapi kami buat ikut bajet sendiri.
Personally area dapur n patio, tempat paling suka sangat. Start dari November tahun lepas, buat dua laki bini je.
Dulu jiwa muda, suka gelap-gelap simple je, decor 2017"
"Ruang makan dulu. Habis cantik da rasa ni. Ruang makan sekarang. Beza banyak kan. Cerah mata. Tingkap tu pon mintak hubby buatkan. Hantar kedai pasang cermin. Setengah orang rasa buruk, tapi kami suka. Memang usaha cari yang nampak meja lama macam ni. Harga tak lama ya…Ada je tingkap yang jenis modern, tapi tak kena dengan jiwa katanya. Jadi, decide buat sendiri untuk nampak lebih rustik. Sebab tak nak nampak kosong sangat watiey letak painting and bench."
"Ruang tamu dulu crowdednya aiyo…Ini ruang tamu sekarang, Fireplace memang essential untuk tema farmhouse. Nasib la suami pandai bertukang. Pon buat sendiri."
"Pantry come. Ingat nak buat barn door kecik tapi tak sesuai, so watiey pakai la lansir je untuk tutup. Tadaaaa, stock untuk anak buah bila datang. Diri sendiri tak makan sangat pun. Dekat atas tu watiey letak lampu kecik. Ada remote and boleh tekan juga dekat lampu tu. Watiey tak pilih motion sensor sebab kucing dalam rumah kang tak pasai on sedia."
"Dapur kecik comel je. Tu backsplash jenis sticker."
"Bilik tetamu dulu pakai kayu pallete. Bilik tetamu sekarang, deco lebih simple. Sebab kadang-kadang family datang terutamanya orang tua so kita guna warna hijau fresh and lembut je…"
Ya Allah cantik betul deco yang dibuat oleh Puan Watiey dan suaminya. Geram tengok, macam kat rumah mat saleh! Semoga satu hari nanti tercapai juga impian kita yang nak deco rumah cantik macam ini! -CARI
|