"Kerja ya cantik, lelaki tak suka kita berharap duit dia"
"
Menerusi video dimuat naik oleh Kaira di Tiktok yang kini telah mendapat hampir 2 juta tontonan, dia menjelaskan bahawa wanita perlu kerja kerana lelaki tidak suka kita mengharapkan duitnya. Z
aman sekarang, ramai wanita yang ada kerjaya sendiri, yang mampu berdiri sendiri dan tidak perlu mengharapkan duit lelaki semata-mata. Tak kira bekerja sebagai eksekutif, kerani, dropship dan sebagainya, asalkan wanita itu berdikari mencari rezeki sendiri.
Kalau nak beli apa-apa dan nak bagi duit untuk ibu bapa, mereka tidak perlu lagi meminta wang daripada suami.
Banyak perempuan dan suri rumah di luar sana yang berada dalam fasa denial. Nak beli apa-apa, walaupun keperluan sendiri, perlu tunggu keputusan dari suami.
Sedangkan, kalau wanita itu bekerjaya atau ada duit sendiri semuanya dia boleh beli sendiri. Tak perlu tunggu duit suami, terus boleh beli.
Bila ibu dan ayah nak minta tolong nak pinjam duit, mereka tidak dapat berikan kerana perlu minta duit dari suami dulu.
Sedangkan, jika wanita bekerjaya atau ada duit sendiri bukan setakat pinjam, setiap bulan pun boleh hulur RM100 ke atas untuk ibu ayah.
Sumber: Google Image
Seandainya suami itu mampu memberikan segalanya, semestinya dia akan beri setiap hajat si isteri. Tapi kalau duit suami pun cukup-cukup makan untuk keperluan hidup? Memang sukar untuk makbulkan permintaan si isteri kan?
Rata-rata netizen juga bersetuju dan menyokong statement Kaira. Ajal maut jodoh semua Allah yang tentukan.
Itu rahsia Dia, kita takkan pernah tahu apa yang Tuhan akan tentukan untuk kita. Inilah sebab kita perlu sentiasa bersedia. Jadilah wanita yang berdikari, independent dan boleh berdiri sendiri.
Jangan terlalu bergantung kepada orang sekeliling. Kita memang tidak mahu apa-apa jadi dengan suami mahupun rumah tangga kita. Tetapi jika masalah yang terjadi, kita mampu untuk berdiri sendiri.
Pada yang masih bujang, belum berkahwin, inilah masa untuk kita berkerja keras, dan menjadi seorang wanita yang berdikari! -CARI |