View: 2659|Reply: 38
|
[Tempatan]
Tarikan baharu musim kemarau. Bukan di Texas tapi di Yan, Kedah. Ramai pelancong pergi ke sana time cuti Hari Wilayah, CNY. Bergambar bersama jerami gulung
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 2-2-2022 08:35 PM
Jerami gulung tarikan baharu musim kemarau
Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 2, 2022 @ 1:17pm
YAN: Walaupun tiada lagi pemandangan hijau kuning sawah selepas musim menuai, penduduk di daerah ini kini 'disajikan' pula dengan keindahan jerami gulung pada musim kemarau.
Hasil kreativiti penduduk Kampung Kuala Dulang Kechil (KKDK) di sini, ia kini menjadi tarikan baharu pelancong ke kawasan itu selepas pelbagai reka bentuk jerami dihasilkan sejak minggu lalu.
Wakil penduduk, Senawi Pangeran, 50, berkata 40 penduduk kampung termasuk belia terbabit dalam merekabentuk 30 bongkah jerami yang dibeli daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Setiap gulung jerami dibeli pada harga RM80 dan disusun dalam sawah selain diurai untuk dijadikan bentuk tertentu.
"Ada dalam kalangan penduduk memberi sumbangan untuk memastikan kampung ini mempunyai tarikan tersendiri pada musim kemarau.
"Kali pertama aktiviti ini dijalankan ialah pada Februari 2020 namun akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami tangguhkan aktiviti ini. Alhamdulillah, ia kini dapat dijalankan semula," katanya.
Sebahagian pengunjung bersantai dan bergambar berlatar jerami gulung dan Gunung Jerai di Kampung Dulang Kechil, Yan. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Senawi berkata, selepas siap disusun menggunakan jentolak selain direka kepada beberapa bentuk seperti hati, ia mula tular dan mendapat perhatian pengunjung seluruh negara.
Penduduk kampung diberi peluang untuk membuka gerai makan dan minuman di tepi jalan berhampiran sawah selain parkir yang luas turut disediakan untuk pengunjung.
Sementara itu, pengunjung dari Perlis, Syalqi Fikri, 26, berkata selepas jerami gulung di KKDK tular di media sosial, dia mengajak rakan untuk ke kampung berkenaan bagi mengabadikan kenangan.
Walaupun Perlis juga ada sawah yang luas, pemandangan jerami gulung masih belum dapat dilihat di negeri itu.
"Seronok dan berbaloi juga datang ke sini, saya dapat bergambar di sini dengan berlatar belakangkan Gunung Jerai, ia sangat cantik dan pastinya pemandangan ini tidak dapat diperoleh di tempat lain," katanya.
Nabila Zakaria, 27, dari Alor Setar pula mengatakan yang dia teruja dapat menikmati keindahan jerami gulung di depan mata sendiri selepas hanya melihatnya di media sosial sebelum ini.
"Saya rasa kanak-kanak paling gembira kerana mereka boleh naik ke atas jerami ini. Saya harap penduduk kampung dapat sediakan tangga supaya golongan wanita juga dapat naik ke atas jerami," katanya.
Sebahagian pengunjung bersantai dan bergambar berlatar jerami gulung dan Gunung Jerai di Kampung Dulang Kechil, Yan. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Feeling2 a bale of cotton.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakai. Dengan jerami pun jak bergambar |
|
|
|
|
|
|
|
At least boleh buat story untuk show off |
|
|
|
|
|
|
|
jerami oversea susunan x macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
boleh fefeeling lari dari coyote di sempadan texas ya |
|
|
|
|
|
|
|
Texas
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
umie replied at 2-2-2022 05:57 PM
Sakai. Dengan jerami pun jak bergambar
apa lak...boring la asyik ...menara berkembar petronas jer...ingt bangla,indon ke... |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 2-2-2022 06:05 PM
jerami oversea susunan x macam ni
bior la 'stail yan kodah'... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat China..rupanya Yan Kedah...bolehlah..create income utk penduduk yan |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang isap rokok tak kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Miang wei jerami padi. Tu belum kira hat jerami yg jadi tempat binatang Cali tu..apooo la |
|
|
|
|
|
|
|
Serius cantiknya pemandangan background... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu,asalkan bole buat content |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni dekat area aku pun ada xpayah pegi sampai kedah. Diorang buat bagi makan kambing |
|
|
|
|
|
|
|
umie replied at 2-2-2022 05:57 PM
Sakai. Dengan jerami pun jak bergambar
generasi zaman seksrsng tsk mcm kita dlu..sikit2 klcc klia etc ja nak bergambar
diorang suka viralkan tempat2 unik, pelik.menarik dan suka pg sesakkan kawasan tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Texas |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu, nak pi obersea tak mampu or tak buleh...
plus open air..covid tak suka ,kannn |
|
|
|
|
|
|
| |
|