CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2291|Reply: 31

[Tempatan] Peniaga buah gantung ‘iklan’ di lori demi cukupkan duit kahwin.

[Copy link]
Post time 29-3-2022 08:41 AM | Show all posts |Read mode

Peniaga buah gantung ‘iklan’ di lori demi cukupkan duit kahwin.

Senawang: Demi mencukupkan duit belanja kahwin, peniaga buah-buahan ini nekad menggantung 'iklan' di lori niaganya, sekali gus menarik perhatian ramai.

Pada lori buah itu diletakkan polistirena putih bertulis 'Cari Duit Kawin' dan 'Kerja Bro! Ada Bidadari Perlu Dihalalkan.'

Bagaimanapun, Ahmad Fauzan Shamsul, 25, berkata, tindakan itu bukan mahu meraih simpati, jauh sekali sebagai gimik pemasaran murahan.

"Saya buat begitu sebagai ikhtiar untuk mengumpul duit belanja kahwin, bukannya gimik atau taktik pemasaran bagi melariskan jualan semata-mata.

"Saya memang merancang untuk berkahwin pada akhir tahun ini dan kini sedang berusaha mengumpul duit belanja perkahwinan.

"Ikutkan, usaha mengumpul duit belanja itu sudah bermula sejak empat tahun lalu, cuma baru-baru ini saya terfikir untuk menggantung 'gabus' (polistirena) tertera ayat berkenaan dengan harapan dapat menambah pendapatan," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Fauzan yang berasal dari Taman Satria di sini, berkata, idea untuk membuat 'iklan' itu datang secara spontan ketika dia berniaga di tapak di Bandar Seri Putra di Bangi, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, percubaan saya berhasil apabila jualan mendapat sambutan sepanjang tiga minggu saya berniaga di Bandar Seri Putra," katanya.

Katanya, kebanyakan pelanggan yang singgah ke tapak niaganya pasti akan bertanya kesahihan perancangannya untuk berkahwin dan lain-lain hal yang berkaitan.

"Ramai juga pelanggan yang beri kata semangat selain doakan perkahwinan saya kekal hingga jannah.

"Ia membuatkan saya terharu kerana mereka sudi membeli buah saya sebagai tanda sokongan," katanya.

Mengikut perancangan, Ahmad Fauzan dan pasangannya bakal melangsungkan pertunangan selepas Aidilfitri nanti disusuli majlis akad nikah pada Disember.

Katanya, mereka pernah merancang bertunang pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu namun ditangguhkan dahulu kerana situasi pandemik.

"Selepas banyak kelonggaran diberikan, kami sepakat teruskan apa yang dirancang malah bercadang anjurkan dua majlis iaitu pertunangan dan perkahwinan dalam tahun ini juga.

"Diharap, impian saya menghalalkan hubungan dengan pasangan itu jadi kenyataan dan kami berterima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya yang bakal menjual buah-buahan di Bazar Senawang pada Ramadan nanti.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ak-sunting-bidadari

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
minta pada ayah..minta pada ibu...pinjam pada abang..pinjam pada kawan...jangan malu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:59 AM | Show all posts
"Ikutkan, usaha mengumpul duit belanja itu sudah bermula sejak empat tahun lalu, cuma baru-baru ini saya terfikir untuk menggantung 'gabus' (polistirena) tertera ayat berkenaan dengan harapan dapat menambah pendapatan,"


gimik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 dgn bidadari
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar belanja kahwin bro nie. Kalau dia buat akad nikah Masa PKP jimat pun jimat dah halal pun bidadari pilihan dia tu...buat hujung tahun nie ala2 mencari sponsor majlis kahwin .
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg caya ka? Org lain pn keja nk putuih pinggang bg mkn ank bini tggung makAyah xdak pon gantung iklan kt leher
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kah3!
Ada org dia nak semua tau niat dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 29-3-2022 10:16 AM
Besar belanja kahwin bro nie. Kalau dia buat akad nikah Masa PKP jimat pun jimat dah halal pun bidad ...

Kan...ni sbb nk cari sponsor la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 10:31 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 29-3-2022 02:21 AM
Ada yg caya ka? Org lain pn keja nk putuih pinggang bg mkn ank bini tggung makAyah xdak pon gantung  ...

org mcm ni better jgn kahwin la.
kesian pasangan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:34 AM | Show all posts
nape ko xkawin ms pkp..jimat byk dh kt situ..dr 4taun lps kumpul duit keje separuh mati
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 29-3-2022 11:59 AM
gimik la tu

Ntahnyaaa mcm la org lain keje sbb hobi

Hmm

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:13 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 29-3-2022 10:21 AM
Ada yg caya ka? Org lain pn keja nk putuih pinggang bg mkn ank bini tggung makAyah xdak pon gantung  ...

mana tahu nnt viral
leh masuk tv aljadah
hahahahah
ni sume jadah nk viral je ni
org lain kawen gak simpan duit bagai
xde lak melalak poyo2 bgtau merata alam
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 29-3-2022 12:23 PM
Kah3!
Ada org dia nak semua tau niat dia

Mungkin la ye..nk hebah satu Dunia apa dia nak buat..tindakan itu bukan mahu meraih simpati, jauh sekali sebagai gimik pemasaran murahan...sok dah dpt anak gantung plak polistrine ada mulut anak nak disusukan bluergh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:15 AM | Show all posts
Normabaru replied at 29-3-2022 11:13 AM
Ntahnyaaa mcm la org lain keje sbb hobi

Hmm

ngade je ni
mintak viral
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 29-3-2022 11:15 AM
Mungkin la ye..nk hebah satu Dunia apa dia nak buat..tindakan itu bukan mahu meraih simpati, jauh  ...

Kah3!
Exactly sis!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 12:16 PM | Show all posts
gimik la tu..aiyo ko ni pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat simple2 sudah..
kalau makcik n pakcik kau sume b40 je rugi buat majlis besar2.. paling byk pun diorg bg derma rm30 tu pun bawak anak menantu n cucu dua tiga kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Maafla.. Aku geli dgn ayat2 begini.. 1 lg yg kat lori - abang pegi berjuang pebenda semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum kawin meroyan minta sokongan utk buat belanja kenduri. Nnt dah berumah tangga meroyan minta sokongan buat belanja dapur, buat anak semua sampai ajm. Bagus.... Bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 01:22 PM | Show all posts
semua benda nak bgtau...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list