View: 2908|Reply: 44
|
[Tempatan]
Disangka gempa bumi, rupanya tong gas jiran meletup sis!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 10-5-2022 03:10 PM
SEBERANG PERAI – “Suasana seperti gempa bumi. Lebih cemas apabila ada yang berlari dengan kulit terbakar dan berlumuran darah.”
Demikian dakwaan seorang jiran yang menyifatkan kejadian letupan gas memasak yang bocor di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal di sini kelmarin, seperti bencana gempa bumi sehingga bumbung rumahnya ‘berlubang’ akibat impak kejadian tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lima sekeluarga berusia lima hingga 35 tahun yang menjadi mangsa letupan gas berlari dalam keadaan sebahagian kulit terbakar dan berlumuran darah ke rumah jiran bagi meminta pertolongan.
Jiran mangsa, Mohd. Hashim Ahmad, 41, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila rumahnya yang terletak bersebelahan turut rosak akibat impak letupan berkenaan.
“Akibat kejadian, sebahagian siling rumah saya selain beberapa peralatan elektrik rosak. Ketika kejadian, saya berada di dalam bilik, manakala isteri dan anak berada di ruang tamu sebelum terdengar satu dentuman kuat.
“Saya ingat gempa bumi. Rupa-rupanya ada letupan di sebelah rumah. Terus saya bawa isteri dan anak keluar dari rumah dan melihat orang ramai sudah berkumpul,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Akibat kejadian juga beberapa buah rumah lain rosak apabila sebahagian dinding konkrit dan siling runtuh.
Seorang saksi kejadian, R. Sumathi, 44, berkata, mereka yang cedera terdiri daripada dua anak perempuan pemilik rumah itu yang berusia 14 dan 20 tahun, bapa saudara berusia 35 tahun serta pasangan kembar kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.
“Saya difahamkan mereka baru pulang daripada menjual bunga di pekan Nibong Tebal dan anak pasangan tersebut berusia 20 tahun yang membuka pintu rumah dengan empat ahli keluarganya yang lain berada di perkarangan rumah semasa letupan berlaku. Ayah serta ibunya masih dalam kenderaan,” katanya.
Ujar Sumathi, lima mangsa yang cedera itu pergi ke rumahnya yang terletak bersebelahan untuk meminta tolong.
“Mereka berlari ke rumah saya sambil menangis dan meminta tolong. Mangsa menjerit memberitahu gas meletup, gas meletup,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sumathi yang juga rakan baik keluarga mangsa berkata, dia terkejut melihat mangsa berlumuran darah dengan kulit yang hampir tersiat berada di hadapan rumahnya.
“Tanpa berlengah, saya membantu menghantar mereka ke Hospital Sungai Bakap, manakala mangsa yang cedera ringan menaiki kereta rakan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh berkata, kejadian berlaku ketika salah seorang mangsa membuka pintu rumah.
“Mereka yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dengan seorang kanak-kanak lima tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, tiga buah rumah yang setiap satu berkeluasan kira-kira 74 meter persegi musnah pada beberapa bahagian.
https://www.kosmo.com.my/2022/05/10/letupan-gas-macam-gempa-bumi/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mustahil sangat tong gas tu nak meletup gitu. Mesti kebocoran regulator atau hose. Tak pernah check selama guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Camne boleh meletup ye bila buka pintu? Ada spark ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila gas mampat dalam rumah
Telefon berdering pun boleh cetuskan letupan
Macik tengok dalam movie
Wakakakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanearisu at 10-5-2022 04:06 PM
mejaputih replied at 10-5-2022 11:15 AM
Camne boleh meletup ye bila buka pintu? Ada spark ke?
Kita syak puncanya sama ada dari discaj geseran kunci dan tombol besi, atau suis lampu atau kipas yang ditekan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu replied at 10-5-2022 04:02 PM
Kita syak puncanya sama ada dari discaj geseran kunci dan tombol besi, atau suis lampu atau kipas ...
Ooo bahayanya...benda jarang berlaku tp bila berlaku mmg teruk. Adakah perlu psg gas detector. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama ler macam kat stesen minyak
Isi minyak sambil dok buka tutup pintu
Siap pakej main fon tiktok |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-5-2022 04:14 PM
Ooo bahayanya...benda jarang berlaku tp bila berlaku mmg teruk. Adakah perlu psg gas detector.
Selalu kalau gas bocor
Boleh bau
Tengah masak pun kalau pinau2
Sempat nak buka pintu tingkap leluas
Macik penah kena dulu
So sekarang pakai induction semata
Untuk alarm tu sesuai lah kalau kat komersial area
Pakej bunyi tit tit titttttt
Ala ala smoke detektor |
|
|
|
|
|
|
|
rokok blh sebab kan meletup x |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik selamat semuanya..iols dulu penah kena hose bocor ke kepala hose tu rosak tah..lupa plak..gas cepat habis..mcm dlm 2 bulan gitu nak kena tukar tong gas..pastu dah beli baru, dlm 2 bulan nak kena tukar lagi..iols heran gak la..sbb utk yg jarang masak mcm iols ni,biasa dlm 4-5 bulan baru tukar..pastu soh org tong gas tu check, rupanya masalah hose..terus beli baru..mmg ada bau gas lite2 bila i tunduk nak amik barang tapi dapur gas tu, tapi x expect la gas dok bocor.. |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 10-5-2022 04:42 PM
Selalu kalau gas bocor
Boleh bau
Tengah masak pun kalau pinau2
Itu la ni mcm unpredicted buka pintu rumah bedebum meletup...malang tak berbau la kan kalau jadi camni...kalau kita dah already dlm rumah leh bau and cpt2 buka tingkap tutup gas. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu aku sanggup bayar letrik guna induction cooker. Da kena skali pengikat hos longgar, api marak sampai ke tong gas. Menggigil tutup regulator & padam api. Alhamdulillah ada fire extinguisher. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-5-2022 04:14 PM
Ooo bahayanya...benda jarang berlaku tp bila berlaku mmg teruk. Adakah perlu psg gas detector.
Boleh cuba pasang. Kita pernah beli satu di Shopee. Cuma lama-kelamaan kita terlupa pula nak periksa dan tukar bateri. |
|
|
|
|
|
|
|
'ko kasi balik itu tong gas'-chazey |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanearisu at 10-5-2022 05:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruk juga keadaan rumah mangsa macam kena bom |
|
|
|
|
|
|
|
acane bunyik dia ? tittt tiittt titttt ?
|
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu replied at 10-5-2022 05:22 PM
Boleh cuba pasang. Kita pernah beli satu di Shopee. Cuma lama-kelamaan kita terlupa pula nak perik ...
Tp klu kes spt dlm artikel ni kalau pasang pun takde guna kan sbb kalau kita psg biasanya jat dlm rumah..kejadian ni dorg dari luar rumah buka pintu nak masuk rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-5-2022 06:25 PM
Tp klu kes spt dlm artikel ni kalau pasang pun takde guna kan sbb kalau kita psg biasanya jat dlm ...
Ya, tak berguna kerana tiada sambungan notifikasi ke telefon pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|