CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5187|Reply: 41

[Tempatan] “Kau tanggunglah dosa pengguna!”- Netizen berang dikelentong 'founder' kosmetik

[Copy link]
Post time 18-5-2022 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-5-2022 10:15 PM

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana mereka ini sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk berhias nampak cantik di mata orang di sekeliling.

Ini termasuklah menghiaskan kuku mereka dengan memakai inai yang dikatakan mampu menarik keyakinan seseorang, misalnya bagi menaikkan seri pengantin. Pun begitu, pemakaian inai pada masa ini dipakai oleh mana-mana sahaja wanita, biarpun tiada sebarang majlis perkahwinan atau perayaan.

Dakwa inai mesra wuduk

Akan tetapi, sekiranya seseorang wanita hendak menghiasi kuku mereka dengan memakai inai, mereka hendak memastikan tekstur dan warna tersebut boleh dipakai sewaktu menunaikan solat.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Zahra memuat naik sebuah video dengan mengatakan dirinya telah ditipu oleh seorang penjual inai terkenal yang mendakwa produk tersebut sah dibawa solat.

Sebaliknya, menerusi perkongsian video tersebut, dia cuba mengikis inai yang dipakainya tersebut bagi mengetahui kebenaran sama ada ia benar-benar mesra wuduk atau tidak.

Sebenarnya, tidak…

Berdasarkan video berdurasi tiga puluh sembilan saat itu, wanita itu mendedahkan inai tersebut sebenarnya tidak sah.

Pada masa yang sama, wanita itu teringat akan pesanan Ustazah Asma’ Harun iaitu pendakwa terkenal dengan mengatakan sekiranya pengguna mengikis inai tersebut dan mendapati kuku mereka menjadi putih dan bukannya oren, ia sebenarnya menjadikan wuduk seseorang tidak sah dari segi hukum.

Founder pun tak mengaku produk sendiri

Meninjau ke ruangan komen, kelihatan ramai yang mengenai founder tersebut dengan mengatakan ‘si dia’ tidak mengaku produk tersebut adalah keluaran dirinya, selain mengatakan ‘dia’ sempat mempersendakan rupa fizikal seseorang.


Aku nak nangis tengok dia dia kikis kuku

Selain itu, ada netizen meluahkan kerisauan dan ketakutan apabila melihat wanita itu mengikis kukunya bagi membuang inai tersebut apabila sedar bahawa ia tidak sah untuk mendirikan solat.


Sebab inai macam inilah kuku rosak

Ekoran itu, terdapat pengguna platform tersebut berkongsi pengalaman mereka dengan mengatakan kuku mereka rosak dan timbulnya bintik-bintik putih apabila memakai inai.


Aku tak yakin dan takut nak pakai inai apa2

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan dirinya takut untuk memakai mana-mana inai yang berada di pasaran disebabkan berasa takut terkena seperti kes terbabit.

Saman je macam ni..

Sumber: TikTok @farhanazahra91

https://ohmymedia.cc/kau-tanggunglah-dosa-pengguna-dikatakan-jual-inai-tak-mesra-wuduk-netizen-berang-ditipu-pengasas/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok bangang!!!ko reveal jer produk apa boleh? Bukan foundee tuh jer tanggung dosa..dgn2 ko pun tanggung dosa sb takut nk dedah kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la ink masa PRU, klau kikis kuku tu ink tu blh tanggal sekeping2 warna kuku xdenya berubah. Mopti ka jakim ka yg bagi fatwa ink tu wudhu friendly kena la tanggung dosa pengundi yg x sah solat ka mandi wajib yg berbulan2 lama tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna cutex pun boleh rosak kuku. Nak selamat pakai inai dari daun tu jela, tumbuk lumat then boh kat kuku. Cuma bau jela kena tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 18-5-2022 12:28 PM
Ok bangang!!!ko reveal jer produk apa boleh? Bukan foundee tuh jer tanggung dosa..dgn2 ko pun tanggu ...

Meh aku tlg spill sbb bnde kecoh kat tiktok dh pun, inai makcik sebelah nama produk, founder nama amani
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:13 PM | Show all posts
Lain kalau kalau sibuk nak berinai sila tumbuk sendiri beli yang dah siap bancoh ni susah nak pastikannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu aku tak purcaya pd produk2 inai timbang kilo or cutex yg claim mesra wuduk bagai. Pakai inai asli lagi selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Makeup yg claim mesra wuduk tu pun bukan ya Menara wuduk pun..menipu ja
Pakai ja la item drug store utk keselamatan uols..xpayah nak kayakan ponder2 timbang kilo tu
Aq ni org kata kalau muka xmoo naik pigmentation kena pakai sun cream..dah la berkejaq nk solat..nk remove makeup lagi..nk reapply plak..mmg xla aq p kerja pakai sun cream.. cukup la sekadar moisturizer & cc cream ja..yg penting kena ada SPF
itu pun xpenah la lagi naik pigmentation
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat rumah iols ada banyak pokok inai. Senang je hidup. Pacak keratan ranting je.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 18-5-2022 01:10 PM
Meh aku tlg spill sbb bnde kecoh kat tiktok dh pun, inai makcik sebelah nama produk, founder nama  ...

Tq sisterrr...i google dia ni sat..rasa2 bukan inai yg i slalu beli tuh.. thats why i takut nk buat inai kat saloon..risauuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 18-5-2022 03:10 PM
Meh aku tlg spill sbb bnde kecoh kat tiktok dh pun, inai makcik sebelah nama produk, founder nama  ...

Tepek gambar skali dik..nnt sng jah nk bt r&d
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-5-2022 05:28 PM
Kat rumah iols ada banyak pokok inai. Senang je hidup. Pacak keratan ranting je.

Post kl sepokok dik hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 18-5-2022 12:44 PM
Guna cutex pun boleh rosak kuku. Nak selamat pakai inai dari daun tu jela, tumbuk lumat then boh kat ...

Ai suka bau inai daun.  Dulu rumah mentua ai ada sepokok inai. Rimbun daunnya. Arwah mil ai masuk hospital ,jiran sebelah pergi tebang/racun dengan alasan daun lebat sangat .walhal tak kacau langsung tanah dia. Pokok limau pun dia kacau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 04:05 PM | Show all posts
pokok inai susah nak jumpa sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 18-5-2022 04:05 PM
pokok inai susah nak jumpa sekarang ni

Rumah mak aii kat kampung ada tanam buat mandi baby kuning..betoi turun kuning baby
Tapi sebab aii sejenis malas nak rebus air mandian baby..aii mandikan air kolah ja..turun gak kuning baby
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 06:03 PM | Show all posts
iols mmg idok ler nak memakai product cosmetic tempatan even pencuci muka pon, kebanyakkan nya pon jual nama agama ja, halal, mesra wuduk, dibaca yassin bla bla bla, padahal semua import china resepi org kapir juga order kat ali express.. i lebih prefer pakai cosmetic import yahudi paris.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 18-5-2022 04:04 PM
Ai suka bau inai daun.  Dulu rumah mentua ai ada sepokok inai. Rimbun daun ...

Awatnya jiran tu jaki sangat tengok pokok orang menjadi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 18-5-2022 12:44 PM
Guna cutex pun boleh rosak kuku. Nak selamat pakai inai dari daun tu jela, tumbuk lumat then boh kat ...

Ehhhh sedap la bau inai daun tu..iols suka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk la inai nak2 bila dia nak hilang pastu muncul kt kuku kau sekerat- sekerat
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 18-5-2022 06:52 PM
Awatnya jiran tu jaki sangat tengok pokok orang menjadi?

Sejenis sakit mata tengok halaman rumah org.pokok rambutan gula batu pun diracunnya. Pokok2 tu semua sempadan dgn tanah dia. Rumah felda .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059783 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list