View: 2661|Reply: 26
|
Luar Macam Bangsal Nak Roboh, Dalam Macam Hotel Lima Bintang
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Dilihat dari luar hanya sebuah bangsal yang menunggu masa untuk roboh namun sebaik melangkah masuk ke dalam, ia tidak ubah seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.
Pemilik bangsal, Baharuddin Mamat, 66, berkata, ruang rehat yang digelar 'Bangsal Jerenggen' itu dibinanya dengan kos RM11,000 sebagai tempat berehat buatnya selepas berniaga selain tempat solat pekerja dan tandas di dalam bangsal itu turut digunakan pelanggan yang bertandang ke kedai makannya.
Katanya yang mengusahakan kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, di sini, idea mengubah suai ruangan dalam bangsal itu tercetus tiga tahun lalu.
Foto: Harian Metro
"Tak sangka ramai yang terkejut melihat bangsal ini kerana orang ramai yang datang ke kedai tidak menyangka ruangan dalamannya tidak seperti bahagian di luar.
"Biasanya orang akan membuat ubah suai pada bahagian luar bagi memperlihatkan sesebuah binaan sempurna namun saya tidak berbuat demikian kerana ruangan dalaman lebih penting kerana ia dapat memberi keselesaan apabila berehat atau beribadat," katanya ketika ditemui di Bangsal Jerenggen bersebelahan kedai makan miliknya.
Menurutnya yang berasal dari Kampung Bukit Besar, di sini, kemasan di dalam bilik berkenaan direka mengikut cita rasanya yang tersendiri.
Katanya, apabila tandas di bahagian luar kedai penuh, dia akan meminta pelanggan masuk ke dalam bangsal untuk menggunakan tandas di situ dan ramai yang terkejut melihat dalaman tandas itu.
Foto: Harian Metro
Baharuddin berkata, tandas mencerminkan kebersihan, oleh itu walaupun tandas di luar bangsal yang sering digunakan pelanggan kelihatan dindingnya agak usang namun kebersihan di dalamnya tetap terjaga.
"Tandas di dalam bangsal dan di luar bangsal saya jaga serta membersihkannya setiap masa bagi menjamin kebersihannya selain selesa untuk digunakan pelanggan.
"Sebelum ini apabila ke tandas kedai makan di mana-mana yang saya singgah saya melihat kebersihannya tidak dititik berat," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pok Din Lejeng'.
Seorang pelanggan, Rosliza Jusoh, 35, berkata, tandas di dalam bangsal kedai makan milik Pok Din, tidak ubah seperti bilik hotel kerana sangat cantik dan bersih.
Foto: Harian Metro
"Kalau lihat bahagian luar rasanya was-was nak masuk namun sebaik pintu bangsal dibuka saya amat terkejut melihat kekemasan ditambah pula dengan adanya penghawa dingin.
"ok Din membenarkan saya menggunakan tandas di dalam bangsal itu berikutan tandas di luar digunakan individu lain dan saya tidak sangka di luarnya kelihatan seperti rumah setinggan namun di dalamnya seperti banglo," katanya.
Menurutnya, seperti mimpi apabila melihat bangsal itu kerana luaran tidak mencerminkan dalamnya yang amat cantik dan sempurna. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah pokcik ni tiru idea Sharifah Syahira .. ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
warna keemasan nth kenapa aku terlintas ayah ping |
|
|
|
|
|
|
|
kat manalah ek kedai pakcik ni kalau pegi terengganu nt senang pakat singgah nak cari ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
x rasa berminat nk stay situ |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan takat nak berak jr..
Siap bawak sabun mandinterus dalam tab mandi |
|
|
|
|
|
|
|
tingat cite senario..luar cam stinggan,dalam mcm kondo |
|
|
|
|
|
|
|
betul2 luar setinggan dlm condo ni |
|
|
|
|
|
|
|
baikla duit tu pakai reno betul2 luar dalam bangsal tu. tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel 5 bintang apa mcmtu deco nya persis deco acik2 kertu baru dpt jackpot jah! Nak claim hiasan hotel 5 star tu sila buat kajian lagi yah! Sekarang pakai konsep minimalis, bukan hiasan grandeur hodoh semak samun dgan wallpaper kehulu kehilir! |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam dah nampak cantik dan bersih elok baiki dinding luarnya sama pasti akan lebih cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum nak claim 5 bintang tu cuba ko caj harga 3 bintang dulu kot ada yang sanggup bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
Maap le mungkin m bertaraf 5 bintang mata org lain, tapi mata iols berpinau nengok. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsal tu berlubang bagai kalau tgk memerut org mai intai
kot ye pun xmo reno luar tu blh tak bersih kemas elok2. ni dgn besen pink meja merah jerenggen situ, seluar/kain main sangkut je, moto ekzos berkarat tu prop ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Perhaps yg claim tarap five stars tu xpenah dok hotel five stars But A for efforts ya pakcik. Kipidap |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 19-5-2022 02:18 PM
Hotel 5 bintang apa mcmtu deco nya persis deco acik2 kertu baru dpt jackpot jah! Nak claim hiasan ho ...
Zmn atok ni dlu2 gitu la konsep decor mewah. Nanti lg 10-20 thn org kutuk pulak konsep minimalist. Yg nk tggal atok tu bkn org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Janji bersih udahla pakcik.
Sapa la yg berendam dlm tab tu ye? Pakcik tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
custemer kuar masuk.tak kena rembat ke pc dan barang lain dalam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan banyak je skrg hotel 5 star dengan tandas ada kulapuk dan tak cuci bersih, hakikat ada pelanggan puji tandas bersih, sis anggap memanglah 5 star. Tak kisah lah deco camne, pemandangan camne, kebersihan dan keselesaan tandas is no. 1 utk rating. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jika itu seperti hotel 5 bintang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|