View: 1765|Reply: 30
|
[Tempatan]
Hapus subsidi, beri rakyat bantuan tunai, kata bos Mydin
[Copy link]
|
|
Pengarah Urusan Mydin, Amer Ali Mydin berkata, kerajaan tidak menstruktur skim subsidinya dengan betul.
PETALING JAYA: Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak pernah meminta subsidi, kata ahli perniagaan terkemuka, Ameer Ali Mydin mengulas pemerhatian banyak subsidi kerajaan memanfaatkan golongan itu.
Ameer berkata, skim subsidi kerajaan tidak distruktur dengan betul.
Sebaliknya, beliau menggesa kerajaan menghapuskan semua subsidi dan memberi bantuan tunai secara terus kepada rakyat.
“Kami (T20) tidak pernah meminta subsidi. Anda (kerajaan) menstruktur subsidi dengan tidak betul. Ia perlu disasarkan,” kata pengarah urusan rangkaian pasaraya Mydin itu.
Ulasan itu menyusul kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengenai golongan T20 yang mendapat manfaat daripada pemberian subsidi.
Rabu lalu, beliau berkata, subsidi kerajaan lebih RM15 bilion memberi manfaat kepada kumpulan T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol yang berjumlah RM4 bilion.
Bagaimanapun, Ameer berkata, kerajaan tidak patut campur tangan dalam ekonomi dan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga barangan serta perkhidmatan.
“Apabila anda memindahkan wang secara terus kepada rakyat, wang itu akan kembali ke dalam ekonomi. Ia akan memberi kesan berganda. Percayalah kepada rakyat untuk menguruskan wang itu sendiri.”
Katanya, peranan kerajaan sepatutnya menyediakan jaringan keselamatan kepada golongan paling rentan.
“Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, harga minyak tinggi, tetapi kerajaan tidak memberi subsidi. Sebaliknya, mereka memberi bantuan (kepada golongan miskin) dalam bentuk baucar makanan.”
“Tiada siapa yang kata kerajaan tidak perlu bantu, tetapi perlu bijak bagaimana kita membantu rakyat supaya tiada wang dibazirkan.”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dan saya juga berharap kerajaan...memberi baucar..yg HANYA boleh 'ditunaikan' kat KEDAI SAYA SAHAJA-AKU. |
|
|
|
|
|
|
|
benda lama dok ulang2 sebab KERAjaan penakut nak jadi sangat populis di mata rakyat... memang kena hapuskan segala bentuk subsidi.. bagi card ka apa kaa with certain amount.. contoh kad petrol RM100 untuk B40... lebih tu tanggung sundri..
KERAjaan buleh buat anggaran berapa banyak keperluan sebenaq.. untuk p/balik keje ka apa ka.. nak jalan2 p bercuti kaa apa kaa... guna duit poket sundri... subsidi ni policy lapok unless KERAjaan perkenalkan tax yang tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
Pd aku elok bg subsidi dari bg brim.....
Klu subsidi semua golongan dapat rasa.....rakyat pun tak terbeban....
Klu bg duit, barang mahal....yg dpt duit pi beli phone & jalan jalan.....
Pastu menyalak lg kata kerajaan zalim harga brg mahal
Benda ni akn berulang & ulang sampai AJM |
|
|
|
|
|
|
|
Cash is king |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-5-2022 01:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ashilalat replied at 22-5-2022 01:29 PM
Cash is king
King itu rakyat bak kata najib |
|
|
|
|
|
|
|
Subsidi minyak tu wujud pada tahun 1983. Sudah tentu situasi waktu itu tidak sama macam sekarang. Bilangan kenderaan pun tak sebanyak sekarang.Masalah di Malaysia ni adalah rakyat menjadi 'mampu' memiliki kereta walaupun pada hakikinya mereka sebenarnya tidak mampu.Apa yang terjadi kemudian adalah banyak duit dihabiskan untuk bina highway dan sistem pengangkutan awam diabaikan. Orang akan guna alasan ini untuk beli kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang boss Mydin cakap tu ialah amalan negara kapitalis. Let harga barang naik selagi ada orang kaya yang sanggup bayar, orang miskin dapat cash untuk survive.
Malaysia ni mana naknya macam tu. Dorang nak semua barang nampak murah lepas tu wujud budaya bermewah2 pakai kereta tak ingat dunia pada hal... mana maunya tiba2 nak suruh ramai2 naik angkot macam indon atau bertenggek di belakang pick up truck macam Thailand.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada terbaca komen-komen netizen di satu FB post pasal subsidi minyak ni. Rata-rata nampak puak T20 ni mengeluh yang mereka dah bayar banyak tax, mereka sepatutnya entitled juga untuk subsidi minyak. Sampai begitu sekali mentaliti subsidi di kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat la food stamp cam kat overseas tu. Voucher can only be used on certain food items |
|
|
|
|
|
|
|
Flake123 replied at 22-5-2022 02:16 PM
Buat la food stamp cam kat overseas tu. Voucher can only be used on certain food items
Bijak mcmni.
Rakyat kite bg cash die g beli iphone lah...g makan kedai western lah...beli baju anggerik cotton lah. Bukan boleh caye....lpstu salahkan kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-5-2022 10:51 AM
dan saya juga berharap kerajaan...memberi baucar..yg HANYA boleh 'ditunaikan' kat KEDAI SAYA SAHAJA- ...
KRIM tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
KucaiHijau replied at 22-5-2022 02:57 PM
Bijak mcmni.
Rakyat kite bg cash die g beli iphone lah...g makan kedai western lah...beli baju ang ...
Bila lagi B40 nk melaram mcm T20, habis joli duit cash blh mintak gomen lg....bkn ke b40 ni ansk emas gomen |
|
|
|
|
|
|
|
T20 ni ada dua. kalau T20 malay sebab famili member ramai.
kadang satu rumah sumbat 4 famili duduk. 4 famili tu bukan 4 beranak ya.
kalau T20 cina diorang ni meniaga tauke kilang bagai.
Malay ramai B40 sebab banyak tanggungan.
Cina B40 kurang sebab cina anak @ adik beradik mana ramai.
zaman moden ni pun ada malay beranak sampai 10
tapi bukan duduk lembah klang la
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 23-5-2022 07:46 PM
KRIM tersenyum sinis
KR1M dah lama ke kuburan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek buat baucar. Baik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak baucer2 ni eh untuk beli barangan dapur |
|
|
|
|
|
|
|
Subsidi ni semua orang dapat termasuk warga asing. Jadi aku sokong sangat kalau kerajaan hapuskan. Kalau nak bagi subsidi pun elok untuk barang/perkhidmatan yang kerajaan boleh kawal macam bayaran klinik,hospital, pengangkutan. Senang nak pantau dan takda la sampai warga asing pun dapat harga subsidi.
Sapa pakai lebih, kena la bayar lebih. Bukan mcm skrg pakai lebih, lagi banyak subsidi dpt. Secara tak langsung akan didik rakyat lebih berhemah dan tak membazir |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi bab bantuan tunai tu aku belum sesuai nak dipraktikkan di malaysia. Nnt byk yg habiskan untuk benda-benda bodoh dan tak berfaedah. Rakyat malaysia ni tak ramai yang cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 23-5-2022 10:54 PM
Subsidi ni semua orang dapat termasuk warga asing. Jadi aku sokong sangat kalau kerajaan hapuskan. K ...
warga asing pon manusia jugak...-Acik kepam forumer cari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|