CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1762|Reply: 22

[Tempatan] Isu ayam seperti tiada noktah... siapa sebenarnya kartel?

[Copy link]
Post time 23-5-2022 07:26 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Kekurangan bekalan ayam di pasaran pada masa ini mungkin dapat dielakkan sekiranya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil serius dilema penternak-penternak ayam tempatan.

Malangnya segala isu permasalahan yang dikemukakan oleh industri kepada kedua-dua kementerian ini bak angin lalu.

Sedangkan industri telah memberi amaran jika MAFI dan KPDNHEP terus ‘tidur’ maka jangan terkejut jika masalah ini terus meruncing seperti yang berlaku pada hari ini.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, sumber industri mengakui penutupan kilang ternakan ayam di Merlimau, Jasin selama dua hari ini adalah satu simbolik kepada permasalahan yang dihadapi oleh penternak.

“Memang betul ayam-ayam di ladang ternakan itu mengalami masalah tumbesaran tetapi isu itu kecil sahaja berbanding permasalahan sebenar yang berlaku.

“Di sebalik isu tumbesaran ayam, adakah MAFI, KPDNHEP dan Kementerian Sumber Manusia tahu bahawa industri ternakan ayam berdepan dengan masalah kekurangan pekerja asing walaupun permohonan untuk mendapatkan pekerja warga luar sudah dibuka,” katanya.

Sumber berkata, kebanyakan ladang ayam di negara ini tidak memiliki Sijil Menduduki (CF) dan apabila Kementerian Sumber Manusia mengenakan syarat penyediaan tempat tinggal sempurna kepada pekerja asing menyebabkan industri penternakan tidak layak untuk membuat permohonan pengambilan pekerja asing.

Jelasnya, dalam situasi modal kerja pengusaha ayam yang semakin tertekan ekoran peningkatan kos, syarat-syarat ketat Kementerian Sumber Manusia ini sukar untuk dipenuhi.

Selain itu, isu gaji minimum turut ‘menghempap’ kepala pengusaha-pengusaha ternakan ayam kerana mereka perlu menambah RM300 lagi untuk menggenapkan RM1,500 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Gaji RM1,500 itu tidak termasuk kerja lebih masa yang perlu dibayar kepada pekerja-pekerja asing memandangkan pekerja tempatan enggan bekerja pada hujung minggu.

“Jadi, sedarkah MAFI dan KPDNHEP beban yang cukup besar perlu ditanggung oleh penternak-penternak ayam tempatan dan pada masa sama kedua-dua kementerian masih gagal menangani isu subsidi.

“MAFI sebelum ini mengumumkan, harga siling kepada penternak bagi sekilogram ayam adalah RM6.90 manakala KPDNHEP pula RM6.60. Persoalan industri adalah apa jadi dengan jurang 30 sen lagi.

“Isu 30 sen itu sehingga hari ini pun masih tidak dapat diputuskan secara muktamad oleh kedua-dua kementerian. Sebab itulah pada saya isu tumbesaran ayam di kilang Jasin itu adalah simbolik kepada masalah lebih besar dan sukar dihadapi oleh penternak ayam negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, MalaysiaGazette difahamkan penutupan kilang ayam di Jasin bukan yang pertama kerana ada dua atau tiga lagi kilang di Pulau Pinang dan Perak telah bertindak lebih awal minggu lalu cuma ia tidak diuar-uarkan.

Malah, sumber berkata, tidak mustahil tindakan sama juga akan dilakukan oleh penternak lain kerana industri ini sedang berdepan dengan krisis kos yang sangat tinggi.

Katanya, kebanyakan syarikat ternakan ayam bersaiz sederhana mengeluarkan modal kerja sebanyak RM100,000 pada tahun 2020 untuk menternak 10,000 ekor ayam.

Tetapi sepanjang tempoh 2021 hingga 2022 harga dedak telah meningkat sebanyak 50 peratus.

“Jadikan pada pandangan anda adakah modal RM100,000 yang dikeluarkan sama pada tahun 2022 mampu menghasilkan 100,000 ekor ayam lagi?,” soalnya kepada pengguna.

Lebih menyedihkan apabila permohonan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia supaya kerajaan memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada peserta industri tetapi sehingga saat ini masih belum ada jawapan.

“Bukan penternak minta geran, mereka minta pinjaman pun sukar hendak bagi. Dan, paling kecewa apabila MAFI memaklumkan jika ada pinjaman, setiap penternak hanya dibenarkan meminjam RM250,000 sahaja.

“Kalau syarikat besar yang modalnya berjuta-juta, apa yang boleh dibuat dengan RM250,000? Inilah yang membuatkan penternak kecewa apabila isu-isu industri ini tidak dinilai secara serius.

“Lebih mencabar lagi, para penternak pula dituduh oleh pelbagai pihak sebagai kartel. Cubalah hadam isu ini baik-baik dan nilai sendiri siapa sebenarnya kartel – kerajaan atau penternak ayam,” tambahnya.

Malaysia Gazette





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri2 masih sibuk beraya...open house raya sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:30 PM | Show all posts
Pak Mail korang dah keluarkan kenyataan tadi.
Tapi Malaysia kan. Sembang memang lebat, pelaksanaan tu krik krik krik


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam bermacam ayam.


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kam3n replied at 23-5-2022 08:30 PM
Pak Mail korang dah keluarkan kenyataan tadi.
Tapi Malaysia kan. Sembang memang lebat, pelaksanaan t ...

Sembang lebat

Xpe2
Kita tgk dlm masa terdekat ni

Meanwhile open house merata ttp onzzz despite bkln ayam sendu


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-5-2022 08:39 PM
Ayam bermacam ayam.

Texas chicken tersenyum lebarsss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
You dunno meh?? Sepet maaa, Tan Sili maaa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam di Chow Kitt tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde sape2 nak ngaku kartel takpelah biar bangkem je yang ngaku

Hai semua.. saya la kartel yang dimaksudkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:07 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 23-5-2022 10:26 PM
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar

Maksud tak ngam tu apa?


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:16 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 23-5-2022 10:26 PM
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar

on tak on?

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:44 AM | Show all posts
syarikat kartel tu sapa punya plak kalau bukan kroni jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:08 PM | Show all posts
Rakyat dan Kej Malaysia di jadikan tebusan oleh Penternak2 Ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:45 PM | Show all posts
mslh kjaan tanak dngr luahan dan cadangan dr pemain2 industri yg tlibat..byk bt keputusan syoq sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh mohon ayam dengan D'Makmur Goltu utk tambahan ayam mat salleh yg berkualiti tinggi yg semakin reput di Fried Chicken
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 01:41 PM | Show all posts
alah free market je lah

let the market dictate rega ayam ni

yg mana mampu, beli , tak mampu makan benda lain mcm tempe, telo , fucuk , tu sumber protein juge

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu BN Barang Naik yg ko undi jgk tu pasaipa?
Hanya yang bijak dan berakal saja boleh menilakannya..




Harga barang turun 30-50 peratus

Siti A'isyah Sukaimi; Suhaila Shahrul Annuar; Ahmad Suhael Adnan; Manirajan Ramasamy; Esther Landau dan Veena Babulal - Jun 15, 2018 @ 6:30pm
[email protected]


PUTRAJAYA: Barang keperluan asas seperti ayam, sayuran dan daging lembu turun antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, berkata beliau menerima maklumat mengenai penurunan harga barangan terbabit, khususnya menjelang Aidilfitri.

"Walaupun tidak besar lagi (peratusan penurunan), harga ayam sebelum tahun lalu lebih RM7 (sekilogram), namun sekarang boleh dibeli dengan harga sekitar RM5 atau RM6.

"Harga sayuran juga ada yang turun sehingga 50 peratus di pasaran. Harga daging lembu juga sudah mampu milik dan boleh dibeli sekitar RM30 sekilogram, tapi harga daging batang pinang masih agak tinggi.

"Namun, secara keseluruhan, harga barang keperluan semasa turun 30 hingga 50 peratus," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, kementeriannya akan mewujudkan satu mekanisme serta persekitaran pasaran yang membolehkan harga kekal murah.

Ditanya sama ada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menaikkan harga barangan terbabit, Salahuddin berkata harga itu akan kekal munasabah dikawal menerusi pengurusan rantaian permintaan dan bekalan dengan baik, selain mewujudkan persaingan dalam pasaran.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tokey ayam tengah kumpul dana untuk kempen pru
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:11 PM | Show all posts
Biasa ler bila timbul isu masing2 mula menunding jari kesana kesini pung pang pung bising je tapi tetap tak ada kesudahan dan penyelesaiannya.  Pengguna juga tetap jadi mangsa.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056288 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list