CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2729|Reply: 37

[Politik] Persepsi toksik BN gila kuasa & korup membimbangkan, imej perlu diperbaiki semula - Tok Mat

[Copy link]
Post time 1-6-2022 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 1-6-2022 01:27 PM

KUALA LUMPUR: Persepsi toksik bahawa Barisan Nasional (BN) itu merupakan parti yang gila kuasa, korup, salah guna kuasa adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diperbaiki semula, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang sinonim dengan panggilan Tok Mat, berkata kesemua ahli dan pimpinan parti komponen perlu memperkenalkan semula jenama BN dengan tawaran dan penampilan baharu.

Realitinya, jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, ketika ini BN bukan sahaja mengecil dari jumlah ahli Parlimen, tetapi juga dari sudut jumlah parti komponen, bilangan negeri yang dikuasai, serta sokongan undi popular.

“Ini bukan agak-agak kita, bukan ramalan atau tekaan, sebaliknya ini adalah realiti, yang kesemuanya boleh disandarkan secara jelas kepada fakta dan data.

Jadi sangat penting untuk BN berpijak di bumi nyata, terima realiti bahawa kemenangan (dalam pilihan raya umum akan datang) tak akan datang bergolek, mesti usaha, dengan gigih dan gerak kerja strategik,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Konvensyen BN bertemakan “Kesetiaan dan Kestabilan”, bersempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Tok Mat turut berkata, BN perlu dilihat bukan sahaja sebagai parti yang sifatnya pegun atau statik, tetapi sebagai sebuah idea yang sentiasa bercambah dan berevolusi.

“Sangat penting tampilkan BN sezaman, segar, kalis masa depan. Bagi saya, kita mesti ungkapkan semula BN ini sebagai sebuah idea, bukan sekadar sebuah perikatan politik.

“Kenapa? Kerana parti mesti berevolusi. Institusi politik lumrahnya pegun atau statik, sedangkan idea sentiasa bertumbuh, bercambah dan membiak. Mesti tansilkan sebagai idea kesepakatan, kesatuan dalam pelbagai, multiculturalism, progress dan diverse,” tegasnya lagi.

Tok Mat berkata, usaha itu perlu bersandar misi untuk menjadikan BN sinonim dengan pemikiran kesepakatan, dan budaya pendekatan politik yang progresif.

“Demi hadapi PRU akan datang, BN mesti tampil dengan imej revolusi. Cool but serious and promising. Kita perlu terbitkan rasa percaya dalam kalangan rakyat, dan boleh sebabkan rakyat beri BN satu peluang untuk buktikan bahawa BN benar-benar sebuah idea revolutional.

“Semua ini saya pulangkan pada kepimpinan BN untuk renung dan fikir dan bahas. Supaya akhirnya nanti BN adalah tentang pemuafakatan, lalu apa jua jalan ke hadapan untuk BN, mesti santuni dengan tradisi pemuafakatan BN,” katanya lagi.

Astro Awani



Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 25 Users voted

Poll is finished

41.94% (13)
6.45% (2)
16.13% (5)
35.48% (11)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 01:30 PM | Show all posts
betul tu tok mat

DAP buat hasutan seolah-olah BN yang gila kuasa

padahal yang berebut kuasa itu PH

masa atok jadi PM, anwat asyik tanya bila atok nak letak jawatan

ujung2 abahcow (asal dalam PH) sailang
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 01:48 PM | Show all posts
PRU je lah, sebab kalau tak , macam nilah , asyik asyik ade we have the numbers, so  PRU je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 1-6-2022 01:48 PM
PRU je lah, sebab kalau tak , macam nilah , asyik asyik ade we have the numbers, so  PRU je lah...

Ni ngata Abah Mahiaddin yg prihatin lg berpenjana ke ni,  hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang busskur..buang ponorogo..naikkan mael dgn tok mat..Insya Allah bole hilang persepsi tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 05:03 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 1-6-2022 04:59 PM
Buang busskur..buang ponorogo..naikkan mael dgn tok mat..Insya Allah bole hilang persepsi tu

mana boleh buang.....masih lagi dlm perbicaraan, busskur pun nak buang apa, dah x ada jawatan dlm parti

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gebang la segala toksik bagai. Kalau yg ada semua x telus, hanya fikir kepentingan untuk poket masing2 je. Yg ckp kt atas ni pun sama. Reality check pls, tok mat. Hang pun nampak sgt kroni zahid nak tolak hang keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 1-6-2022 05:03 PM
mana boleh buang.....masih lagi dlm perbicaraan, busskur pun nak buang apa, dah x ada jawatan dlm  ...

Apa plk xde? Org yg telah didapati bersalah oleh mahkamah teruih diangkat jd punahsihat parti? Sllu ko yg ckp selagi blm dibuktikan bersalah umngok x boleh pecat ahli yg korup....skrg sudah u turn yg korup dijulang2 utk jd nxt piem....Gila x gila?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 05:22 PM | Show all posts
Persepsi mende nya.. memang betul pun pemimpin umno korup2 belaka..tu ex-no 1 bossku ikon korupsi bukan sekadar malaysia je malah sentaro dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 05:31 PM | Show all posts
Firenzza replied at 1-6-2022 05:16 PM
Apa plk xde? Org yg telah didapati bersalah oleh mahkamah teruih diangkat jd punahsihat parti? Sll ...

tunggulah sehingga selesai rayuan perbicaraan di mahkamah persekutuan untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yg dikenakan keatasnya.jika beliau gagal di mahkamah persekutuan, bolehlah parti mengambil tindakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 1-6-2022 05:31 PM
tunggulah sehingga selesai rayuan perbicaraan di mahkamah persekutuan untuk membatalkan semua sabi ...

Dh bersalah dan dihukum...skrg pusing konar baring buat rayuan plk.....pastu kondifen blh lepas? Hakim plk kena siasat....Gila x gila
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:04 PM | Show all posts
Firenzza replied at 1-6-2022 05:59 PM
Dh bersalah dan dihukum...skrg pusing konar baring buat rayuan plk.....pastu kondifen blh lepas? H ...




hukumannya ditangguh sehingga proses rayuan selesai...jadi apa2 pun tunggulah sehingga selesai semua perbicaraan...

Hakim disiasat sebab penglibatan dia dlm 1MDB...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Persepsi atau realiti?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:38 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 1-6-2022 04:59 PM
Buang busskur..buang ponorogo..naikkan mael dgn tok mat..Insya Allah bole hilang persepsi tu

pak mael dh ada jovian. cemana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:46 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 1-6-2022 06:50 PM

btw mana2 parti bila dh dpt kuasa sedikit sebanyak akan terpalit dgn isu korupsi apatah lg dgn UMNO yg sudah sejak merdeka di tampuk kuasa. namun dgn sedikit usaha spt pindaan perlembagaan umno terutama dlm pemilihan parti dpt memastikan umno kekal relevant. jgn jadikan umno hak milik exclusive warlord2 tua, cakap merapu,  gatal dan low education lg spt yg terjadi dahulu. raikan dan tambahkan golongan intelectual dan professional nescaya umno bole kekal relevant
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:52 AM | Show all posts
Sorry lah tok mat
Akar umbi party kau kat kawasan kau negeri kau
memfitnah orang, memuji muja boskur
sudah tersemat dalam dada akar umbi, kerja korang beri derang duit free, haji free, umrah free
free passage for everything
siapa start ni semua, korang tanggung lah bewak bewak ni semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat memacam perhimpunan, push for GE15 kemain lagi korang ek? Pemilihan parti Umno tak mo buat, penakut rupanya si Jawa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:38 AM | Show all posts
buang dulu jauh2 si ponogoro dan gang2 penyamun tarbusss hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 1-6-2022 06:38 PM
pak mael dh ada jovian. cemana tu?

jovian meniaga mcm anak madet..anak bini busskur niaga apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 1-6-2022 05:03 PM
mana boleh buang.....masih lagi dlm perbicaraan, busskur pun nak buang apa, dah x ada jawatan dlm  ...

kasi senyap la mcm pelakon porno MCA dulu..esok dh ok balik baru lantik balik jadi presiden

bukan buang dlm tong sampah..walaupun itu yg sepatutnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.089061 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list