CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3864|Reply: 47

[Tempatan] Lelaki OKU rogol adik dipenjara 14 tahun, 8 sebatan

[Copy link]
Post time 17-6-2022 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-6-2022 10:09 AM

Lelaki OKU rogol adik dipenjara 14 tahun, 8 sebatan[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Hidayatidayu Razali - Jun 16, 2022 @ 7:53am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]







KOTA BHARU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kudung kaki kanan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya, November tahun lalu.

Tertuduh, penganggur berusia 21 tahun yang bertongkat membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa berusia 13 tahun ketika kejadian dan perhubungan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama dan adat untuk berkahwin dengan remaja itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Ketereh, antara jam 10 hingga 11 malam pada 1 hingga 7 November 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sudah mengaku perbuatan keji yang dilakukan terhadap adik kandung sendiri.

"Ketika kejadian, mangsa berusia 13 tahun dan masih tidak dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perbuatan.
Perbuatan itu meninggalkan kesan trauma kepada mangsa dan sepatutnya tertuduh memberi teladan yang baik dan menjaga maruah adiknya," katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh merogol adiknya November tahun lalu dan mengugut akan memukul mangsa sekiranya memaklumkan kejadian kepada orang lain.

Pada 28 April lalu, mangsa pergi ke Klinik Kesihatan Lundang Paku, di sini, kerana tidak sihat dan pada masa sama, ibunya berusia 46 tahun menyuruh mangsa supaya memeriksa di bahagian perut yang dijalankan oleh pegawai perubatan.

Mangsa kemudian dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, sebelum pemeriksaan di Hospital Kajang, Selangor mengesahkan mangsa mengandung.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap tertuduh bermula daripada tarikh ditangkap iaitu pada 3 Jun lalu dan lapan sebatan.


Seorang penganggur berusia 21 tahun yang kudung kaki kanan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol adik kandungnya yang berusia 14 tahun. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/966598/lelaki-oku-rogol-adik-dipenjara-14-tahun-8-sebatan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 03:01 AM | Show all posts
apelh masalah kwn nie.....seksa suruh jln xyah pakai topang tu baru tau....ehh mmg siyal btol
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaki je kudung, anu dgn nafsunya tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mendelahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah semestinya di Kelantan serambi jamban
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila mereput dlm jail... Bab1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ini la ari tu dah ada berita..tp berita ari tu x ckp abg dia oku. Dan sampai ke berita ke 2 ni iols cinfused why hospital kajang ..ingat ke berita ari tu wartawan silap tulis, rupanya mmg betul hospital kajang. Tatau nk ckp apa..patutnya hukuman kembiri je jantan2 sebegini..dunia kena laknat, akhirat lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:16 AM | Show all posts
patut kon#$ dia dikudungkan juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni dibolehkan tak gugur kandungan tu? Apa hukum dari segi islam ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok baru baca blk berita satu lg..dah 6 bulan kndungan... camne la nasib kau dik dan nasib bakal baby..Allahu ...semoga Allah p3rmudahkan perjalanan hidup kedua2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 17-6-2022 07:17 AM
Kalau mcm ni dibolehkan tak gugur kandungan tu? Apa hukum dari segi islam ek?

Rasanya kalau mngsa rogol mcm boleh gugurkan kndungan..tp xpasti la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 17-6-2022 07:21 AM
Rasanya kalau mngsa rogol mcm boleh gugurkan kndungan..tp xpasti la..

Tp yg ini kandungan dah 6 bulan...risiko sgt kat ibu...beratnya dugaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci bila orang yang sepatutnya melindungi,ni dia plak rosakkan adk sndri..jnis xpkr akibat..tringat tgok youtube bdk2 duk rumah pelindungan ni..ada yg kena rogol ngn abg sndri..tp xreport..last2 abang nya teruskan hidup mcm biasa..dia plak tperangkap dkt situ sbb mgandung..
Xleh byg lah..lpas tu org sok sek ingt bdk tu liar..pdhl abg sndri buat hal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 17-6-2022 07:23 AM
Tp yg ini kandungan dah 6 bulan...risiko sgt kat ibu...beratnya dugaan

Kalau dh 6 bulan mmg xboleh la..risikokan nyawa plak kn...kesian la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..baru 13 tahun dah mengandung macam manalah dia alami alahan etc..abang jahanam! Nanti dah keluar jail, balik rumah mak pak dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya budak ni.. 13 tahun aku dulu period pun belum. Gi beli glitter glue coloured paper tampal sticker book. Kesian dia nk hadap kwn-kwn lain.. semoga ada la yg nk jaga anak tu nnt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii....mamat tu x pakai spentot ke
Nampakkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 17-6-2022 07:14 AM
Yg ini la ari tu dah ada berita..tp berita ari tu x ckp abg dia oku. Dan sampai ke berita ke 2 ni io ...

Baca berita ni dkt news portal, baru teringat ada masuk forum hari tu. Tp cari balik benang tu dah x jumpa. Keyword sbb budak tu pegi treatment kt hosp kajang tp org kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak. Yang mangsa rogol tu lemah sangat ke sampai org kaki kudung pun tak mampu dilawan?

Pastu takut diugut pukul kalau bagitau kat orang...dia ingat anak dlm kandungan tu tak membesar dan dia bole simpan lama2 ke? Ke dia plan nak buang baby tu lepas lahir? Mangsa rogol ni sekolah ke tak? Takde ke kawan2 yg sedia berkongsi masalah / panjang akal?

Apsal macam drama pukul 7 sangat ni??? Gerammmm....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:42 AM | Show all posts
laki mcm ni mmg patut hilang koteh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list