View: 3036|Reply: 25
|
[Tempatan]
Penyakit Kecintaan Duniawi | Trend usahawan Melayu gigih "berniaga" depan Kaabah ditegur!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 19-6-2022 11:03 AM
Kesempatan menjadi tetamu Allah di Mekah telah digunakan oleh segelintir pihak untuk menjalankan aktiviti promosi produk dan perniagaan mereka betul-betul di hadapan Kaabah.
Jika sebelum ini Kaabah banyak dicemari dengan aktiviti mereka yang hanya bertandang untuk OOTD, kini kawasan tersebut dijadikan pula sebagai medan untuk berniaga.
Kawasan paling suci dan dihormati oleh semua umat Islam tersebut dilaporkan seolah-olah telah menjadi satu lokasi photo shoot iklan oleh beberapa pihak tertentu yang kebanyakannya merupakan usahawan berbangsa Melayu.
Beberapa rakaman foto dan video kini telah tersebar seperti yang didedahkan oleh Furqan Abdullah melalui satu hantaran yang dibuat di laman Facebooknya.
Boleh ke sebenarnya berniaga depan Kaabah ni? Pihak berkuasa Arab Saudi memang tak ambil apa-apa tindakan ke? Apa pula hukumnya dari sudut Islam? Makruh atau haram?
Ikuti kupasan yang dibuat oleh Furqan Abdullah ini bagi mendapatkan sedikit penjelasan.
Berniaga Depan Kaabah
Seolah-olah sudah menjadi trend dalam kalangan segelintir usahawan dan peniaga Melayu-Muslim mempromosikan produk mereka di hadapan kaabah. Tidak pastilah apa motifnya, namun ia berkemungkinan dianggap sebagai salah satu ikhtiar untuk melariskan produk mereka.
Tidak ketinggalan, ada segelintir ustaz/ustazah selebriti (usleb) dan ada juga dalam kalangan mereka yang menjadi duta sesuatu produk mempromosikan produk di hadapan kaabah sama ada menerusi video ataupun bergambar dengan produk tersebut di hadapan Kaabah. Ada yang mempromosikan produk suplemen, minyak atar dan seumpamanya, malahan ada individu yang berperwatakan ustaz tergamak memfatwakan “kehalalan” forex trading di hadapan Kaabah yang suci lagi mulia.
Saya tak pasti sejauh mana mujarabnya tindakan segelintir mereka yang mempromosikan kegiatan perniagaan mereka di hadapan Kaabah, namun setakat pengetahuan saya sebarang urusan perniagaan yang dilakukan di dalam rumah Allah (secara umumnya masjid) jika tidak haram sekalipun, majoriti ulama menganggapnya makruh.
Hal ini kerana, antara maqsad (tujuan) kita berada di dalam rumah Allah adalah untuk berzikir, mengingati dan mengagungkan Allah. Perkara ini dapat kita fahami menerusi ayat:
“Di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.”
Ayat ini disusuli dengan pernyataan yang menegaskan perbezaan antara individu yang benar-benar memenuhi maksud keberadaan di rumah Allah dengan mereka yang dilalaikan dengan urusan lain:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
Di samping itu, hadis-hadis Nabi SAW turut menegaskan dengan nada yang sama, umpamanya yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah:
"Jika sekiranya kamu melihat seseorang yang berjual beli di dalam masjid, maka katakan kepadanya: Semoga Allah tidak memberikan keuntungan kepada perniagaan kamu."
Justeru, meskipun sebahagian ulama menyatakan menerusi hadis ini, akad jual beli dianggap sah, akan tetapi disebabkan ia mengandungi amaran keras Nabi SAW maka ia dihukum makruh dan fasid. Oleh yang demikian, sebarang perbuatan yang mengandungi elemen jual beli ataupun medium yang menyampaikan kepada maksud jual beli termasuklah promosi, iklan dan seumpamanya yang dilakukan di dalam masjid turut mengambil hukum yang sama.
Perkara ini berbeza dengan pengumuman yang dilakukan oleh pihak masjid yang menyatakan ada jualan di perkarangan masjid ataupun di ruangan parkir (atau ruangan khas selain ruang solat utama), maka ia tidak termasuk dalam konteks larangan/amaran ini. Buku Fiqah Pengurusan Masjid turut memuatkan tatacara aktiviti perniagaan di masjid yang wajar dijadikan panduan oleh semua.
Nota: Boleh baca resensi ringkas saya berkenaan buku Fiqah Pengurusan Masjid menerusi pautan berikut:
Sumber: Facebook Furqan Abdullah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada istilah usleb pulak dah...
Iols paling suka 2 perenggan ni:
Di samping itu, hadis-hadis Nabi SAW turut menegaskan dengan nada yang sama, umpamanya yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah:
"Jika sekiranya kamu melihat seseorang yang berjual beli di dalam masjid, maka katakan kepadanya: Semoga Allah tidak memberikan keuntungan kepada perniagaan kamu."
|
|
|
|
|
|
|
|
Usleb
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman MBS boley buat ni suma. Masa aku pegi tahun 2011, takleh amik gambo dekat kaabah or amik bideo takut fitnah. Bam Jat kan buat pitenah nangis depan kaabah. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke mekah kau menunggang agama... adoi... tp jahlop sekeluarga pun zaman precovid tetiap tahun "menyuci" diri umrah kan... lancar/teaser produk sejadah, telekung, set khimar etc dari mekah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Akhir zaman
Empat Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:- Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:
1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’,
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
Dah berlaku dah zaman kita ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Useleb ni sendu kot org tak knal |
|
|
|
|
|
|
|
Pentingnya ada ilmu muamalat |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ibadat dah macam adat macam tu ler hasilnya. Rasulullah kesayangan umat kan dah pesan hati2 dengan mereka yang bertopeng. Bukan dia tak pernah pesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu selalu dok kata bangsa lain yg secara tradisinya isele hanya isele pada nama tp bukan amal, tapi jelas sekali sebenarnya bangsat2 ni lagi teruk melacur dan menunggang agama. Mungkin benih2 dajjal ada dalam badan... |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 18-6-2022 10:58 PM
Akhir zaman
5. Ifa rajiah |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 19-6-2022 03:27 AM
5. Ifa rajiah
Ipa rajiah buat ape uols, tak update pula ngan dia huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 19-6-2022 12:16 PM
Ipa rajiah buat ape uols, tak update pula ngan dia huhu
Ipa rajiah kata dia tak pakai tudung pon 3 kali dah pi mekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah usleb la pulak..pelik2 je lah agama melayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kat kaabah pun sedia menunggang ye. Tak takut azab Allah ke? Tak sangka masih dapat sambutan plak lagi produk seakan examo ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ifa dangdut tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Cina selet yg.ditudoh oleh Melayu isele mata duitan tu pun tak penah guna Tokpekong depa utk.jual produk. Sah lah bangsa mana yg.lebih bangsat kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Idop timbang kati demi BMF. |
|
|
|
|
|
|
| |
|