View: 3708|Reply: 72
|
[Tempatan]
Cadangan kenderaan lebih 10 tahun dilupuskan utk selesaikan isu kesesakan lalu lintas
[Copy link]
|
|
Lupus kenderaan lebih 10 tahun belum sesuai - Ka Siong
Mohamed Farid Noh
Johor Bahru: Cadangan supaya kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, dasar besar sebegitu jika ingin dilaksanakan, memerlukan kajian terperinci di samping kesediaan dan kemampuan rakyat negara ini.
Katanya, setakat ini terdapat lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan.
"Kerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.
"Penyelesaian isu kesesakan di jalan raya kita bukan itu sahaja (pelupusan kenderaan lebih 10 tahun) kerana ia memerlukan pendekatan holistik dan menyeluruh.
"Jika dasar itu mahu dilaksanakan, kita terlebih dahulu perlu ada jaringan pengangkutan sempurna termasuk di kampung-kampung, namun ketika ini pun jaringan lengkap projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang masih belum siap dibina," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini, hari ini.
Khamis lalu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilaporkan menyarankan beberapa mekanisme bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.
Kumpulan pakar diketuai oleh Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail dilaporkan mencadangkan supaya kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dilupuskan supaya tidak berada di jalan sekali gus bertujuan menyeimbangkan jumlah antara kenderaan baharu dan lama di atas jalan raya.
Dalam pada itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, hasil penelitian dilakukan, majoriti daripada 12 juta kenderaan tidak aktif di atas jalan raya didapati tidak memperbaharui cukai jalan.
Katanya, antara faktor kenderaan tidak aktif itu termasuk kenderaan lama, terdapat pemilik atau pewaris yang hendak menyimpan nombor pendaftaran kenderaan lama di samping hanya menggunakan kenderaan itu di kampung-kampung.
"Kita ada data, siapa tidak bayar cukai jalan tetapi sistem yang lebih menyeluruh diperlukan bagi mengenalpasti kenderaan aktif dan tidak aktif ini. Kemudian bila sudah ada sistem yang lengkap, kita akan lihat secara terperinci punca sebenar kenderaan tidak aktif ini.
"Banyak lagi perkara perlu diteliti jika mahu melaksanakan sebarang dasar besar termasuk pelupusan kenderaan melebihi 10 tahun kerana isu berkenaan cukup kompleks meskipun terdapat banyak negara yang sudah membuat dasar itu termasuk Singapura.
"Jika hendak dilaksanakan, dasar automotif negara perlu dilihat semula kerana dasar itu menggalakkan pemilikan kenderaan buatan Malaysia," katanya.
Disiarkan pada: Jun 19, 2022 @ 12:59pm
sumber: hmetro.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh je, tapi in return gomen kena set harga kereta dan seumpamanya pada harga paling rendah lah. Hapuskan AP segala tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Klo sistem pengangkutan awam tiptop xdelah jem bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak ikut tarikh pembuatan atau tarikh daftar?
Kalau ikut tarikh pembuatan mmg menangislah yang kaki melaram kereta recond. Loan belum abis bayar dah kena tukar kereta baru |
|
|
|
|
|
|
|
Tak setujuk, keta 9 tahun baru habis bayar guna pergi pasar shopping sekolah hanya jalan 5-15km itu mau lupus kah |
|
|
|
|
|
|
|
1. Kesesakan tu di lembah klang tapi nak pukul rata satu Malaysia.
2. Kenapa sesak di lembah klang? Sebab aktiviti ekonomi duk bertumpu di situ. Ofis pun banyak di situ. Dasar centralization telah menyebabkan ramai orang migrate ke lembang klang.
3. Orang duduk jauh dari tempat kerja sama ada tidak mampu tinggal berdekatan tempat kerja atau citarasa berbeza.Semakin lama semakin ramai terpaksa travel jauh ke tempat kerja kerana kos kediaman terlalu tinggi di kl.
4. Untuk orang di atas,pilihan mereka adalah kenderaan persendirian adalah satu keperluan kerana ia lebih convenient berbanding terpaksa transit di bermacam jenis public transport.
5. Orang masih hantar anak ke sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je cara "pakar2" ni nak selesaikan masaalah... kereta banyak, lupus yg lebih 10 tahun.. masaalah mat rempit, ban kapcai.. harga ayam mahal, jangan makan ayam.. |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun terlalu pendek.. bagi laa extend 15 tahun.. tapi ataih 10 tahun wajib buat pemeriksaan kenderaan & lulus setiap kali nak renew road tax..
paling baguih.. KERAjaan cepat hapuskan subsidi petrol.. kekalkan diesel sahaja.. bagi voucher petrol subsidi cukup2 untuk p balik kerja sahaja.. cara nak atasi masalah manusia musti dgn tegas & keras.. kalo tak sampai kiamat takkan selesai terutama rakyat Malaysia yg manja suka bagi alasan sambil menyalak tak habis2... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba kerajaan buat rules beli kereta mesti bayar 10% downpayment dan maximum loan 5 tahun sahaja. Ada berani? Mesti takut nak buat sebab akan hilang populariti. Realitinya adalah sebenarnya ramai rakyat Malaysia tak mampu pun memiliki kereta tetapi menjadi mampu kerana 0% downpayment dan loan hingga 9 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan ini dah ada dulu tapi sebabnya lain.
Dulu sebabnya kerana nak rakyat sokong pembelian kereta proton secara berterusan, negara kita kan kurang penduduk dan pada masa yang sama proton masa itu tak cukup laku di pasaran luar untuk kekalkan keuntungan dan kekalkan operasi. Jadi cadangannnya ialah kereta lebih dari 9 kah apa, tidak berapa ingat, tidak dibenarkan untuk digunakan dijalan raya.
Tapi tak dilaksanakan kerana kedengaran amat kejam kepada rakyat. Bisnesman dah hampir nak capai kegilaan tahap kekejaman mereka...nasib baik tak jadi.
sekarang ni guna kesesakan, barangkali orang yang sama dulu cuma alasan berbeza...
Kalau pasal kesesekan satu cadangan ialah relocate. Macam indonesia pindahkan ibukota ke kalimantan. Maka malaysia pun boleh buat, dan bukan relocate ibu negeri saja, relocate penempatan atau pindahkan penduduk ke bandar baru yang ada prospek kehidupan yang bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengong ke apa ni....
Yg beli keta amik loan 9thn, tetiba thn ke 10 nk lupuskan....
Kau rasa.... |
|
|
|
|
|
|
|
silencekiller replied at 19-6-2022 06:55 PM
10 tahun terlalu pendek.. bagi laa extend 15 tahun.. tapi ataih 10 tahun wajib buat pemeriksaan ken ...
Yg buat jem tu keta dah lebih 10thn ke killa?.....
Keta tua tersadai kat jln, tu yg buat jem..... |
|
|
|
|
|
|
|
kereta 10 tahun kalau maintenance jaga masih boleh jalan elok kenapa nak kena lupus..adakah kereta lama yang punca buat jem ni semua..menteri malaysia ni mmg takde yg cerdik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Jln jem sbb sistem jlnraya mcm haukkk....trafik light bersepah2 x sampai 50m jumpa trafik light pastu lampu menyala ikut suka hati xde kenderaan pun hijau 5 minit......hawauuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 19-6-2022 06:54 PM
Sama je cara "pakar2" ni nak selesaikan masaalah... kereta banyak, lupus yg lebih 10 tahun.. masaala ...
Masalah vip tanam ganja...hapuskan hukuman gantung. |
|
|
|
|
|
|
|
habis loan 9 tahun
tahun depan buat loan baru |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya harga kereta kat malaysia ni terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan income. Benda ni sesuai kalau harga kereta murah macam kat overseas sana. Benda ni tak solve issue kat Malaysia ni pun. Sepatutnya tumpukan pada jaringan pengangkutan awam yang lebih efisien. Contoh kat area rumah aku ni, lrt 3 paling dekat nun dia pasar borong jalan meru. Jadah… dengan parking takde sana. Setia Alam ni over populated |
|
|
|
|
|
|
|
Klu camtu berhutg je la smpi ajm…aku gi keje xjem pun. Aman2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ah cadangan bodoh. Public transport hauk nak suruh kita commute acana |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-6-2022 07:08 PM
Cuba kerajaan buat rules beli kereta mesti bayar 10% downpayment dan maximum loan 5 tahun sahaja. Ad ...
Kan. 9 tahun baya keta paatuuu disuruh scrap |
|
|
|
|
|
|
| |
|