View: 1852|Reply: 38
|
Lelaki Seksa Kucing Sebenarnya Pencinta Haiwan, Emosi Tak Stabil Sebab Tak Ada Kerja
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Seksa kucing akibat gangguan emosi kerana tidak bekerja. Itu alasan diberi seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditahan polis selepas rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dia menendang dan membaling batu terhadap dua kucing di kaki lima sebuah premis di Jalan Semeling, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek ditahan jam 1.29 tengah hari di rumahnya di Kampung Pengkalan Bujang Merbok selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki jam 12.03 tengah malam tadi.
"Hasil siasatan awal, suspek mendakwa emosinya terganggu kerana tiada pekerjaan sehingga memaksa dia melakukan perbuatan terbabit (seksa kucing).
"Ahli keluarga suspek juga turut memberitahu yang dia sebelum ini adalah seorang pencinta kucing dan banyak memelihara haiwan terbabit di rumahnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret, di sini esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan.
"Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidk lebih RM100, 000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhamad Faizal Mohamed Said di talian 013-7503680.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, rakaman CCTV berdurasi 2 minit 35 saat memaparkan perbuatan seorang lelaki berpakaian serba hitam dan menaiki Perodua Bezza putih mengumpan makanan sebelum membaling batu dan menendang kucing tular di media sosial.
Perbuatan kejam lelaki itu menerima pelbagai kecaman daripada warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap tidak waras itu.
Difahamkan, suspek pernah bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa namun dia mengalami tekanan kerana pekerjaan dilakukannya itu tidak tetap. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ko stress patut ko gi terjun lombong je bukan seksa binatang or manusia ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
So?
Contoh ayat:
"Dulu saye banyak bersedekah, sekarang baru saye mencuri. "
Bodoww!
|
|
|
|
|
|
|
|
Okey, insyaallah lepas ni hang dah ada 'kerja tetap' dah..takyah pikir pasal bil-bil apa segala bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan dalam penjara sel mate badan sado
ketul ketul besar tinggi ada tatoo naga kat lengan
kepala botak kesalahan membunuh adalah seorang pecinta kucing
|
|
|
|
|
|
|
|
Plot twistnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
"dia sorang yg baik dan pencinta kucing"
Tak payah nak berdalih la kimark!!! Family mcm korang ni, kalau salah sorang penagih dadah, tetap kau kata baik. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh banyakla alasan ko. Baik p hantuk kepala tu je kat dinding. Ni sampai menganiaya binatang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh tiberrr plak pencinta kucing + emosi terganggu bagai
Caj dia skali sebab pakai alasan bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
alasan semata,
ko kate ko juruteknik aircond, keje mcm tu byk peluang la,cuma rajin dgn tak je |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tu taktaulah kena libas depan ke belakang. Tengoklah tekanan dari mana pulak mendapat nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah terang2 hempok kucing dgn batu sempat lagi acah2 pencinta kucing, elok ko kena hempok jugak dlm penjara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dirogol pencinta kucin di dalam jel nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu cerita kebaikan dulu kalau dah berlaku kejam kena hadap ler hukumannya |
|
|
|
|
|
|
|
pastu kau hempuk kucing tu hilang stress? banyak dapat tawaran kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni xdelah suka sangat kucing
tapi nak buat cmtu kt binatang yang xberdosa n xberdaya mmg xde lah
setakat halau2 biasa je
memang xterjangkau akal tindakan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Allah!! klu stress byk2 lh beribadah adik oiiiii....kembalilah kepadaNya dlm apa2 keadaan sekali pun |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lah kau punya emosi terganggu...jantan kental bodek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|