CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3353|Reply: 32

[Tempatan] Astro umum Tunku Ali Redhauddin sebagai Pengerusi baharu

[Copy link]
Post time 21-6-2022 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 21-6-2022 10:15 PM


Tunku Ali Redhauddin teruja untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan serta akan mengukuhkan lagi posisi Astro dalam industri dengan mengutamakan pelanggan. - Gambar ASTRO

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) pada Selasa mengumumkan pelantikan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz sebagai Pengerusi baharu Astro bermula 23 Jun ini.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah akan menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang akan bersara pada Rabu.

Tunku Ali Redhauddin berkata, beliau teruja untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan serta akan mengukuhkan lagi posisi Astro dalam industri dengan mengutamakan pelanggan.

Saya amat berbesar hati atas pelantikan sebagai Pengerusi baharu oleh Lembaga Pengarah Astro. Astro merupakan jenama peneraju utama Malaysia yang begitu sinonim dengan kandungan dan hiburan hebat dengan penggunaan teknologi inovatif.

“Saya teruja untuk bekerja dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan dalam meneruskan perjalanan Astro yang seterusnya di mana kami akan mengukuhkan lagi posisi kami dalam industri dengan mengutamakan para pelanggan.

“Mewakili pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun Zaki atas pimpinan dan sumbangan beliau kepada Astro selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tunku Ali Redhauddin merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarah dan Sosial dan Sains Politik dari Universiti Cambridge dan Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari John F Kennedy School of Government, Universiti Harvard.

Beliau juga merupakan Pengerusi untuk Yayasan Munarah, Teach for Malaysia, Cancer Research Malaysia dan WWF Malaysia serta Pemegang Amanah untuk Amanah Warisan Negara.

Selain itu, Tunku Ali Redhauddin merupakan Pro-Canselor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Brigedier Jeneral serta Komander Rejimen untuk Rejimen Askar Wataniah.

Pada tahun 2013, beliau diiktiraf sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) dan Asia 21 Young Leader oleh Asia Society.

Sementara itu, Zaki yang berkhidmat sebagai Pengerusi Astro sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 berkata, beliau gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan kumpulan yang kreatif, inovatif dan bersemangat dalam industri.

“Saya amat berpuas hati dengan progres transformasi terkini Astro apabila Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan mengatasi cabaran-cabaran serta menggunakan peluang sepenuhnya dari industri media yang sentiasa berkembang.

“Tahun kewangan berakhir 2022 (FY22) merupakan tahun yang mengujakan untuk Astro dengan pelbagai pelancaran produk inovatif seperti Ultra dan Ulti Box, ‘Plug & Play’ Box yang mampu berfungsi dengan penggunaan jalur lebar, aplikasi penstriman pertama mobil, sooka serta Astro Fibre iaitu tawaran jalur lebar pantas pertama kami,” ujar beliau.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kuali astro untuk menggoreng:





Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih single kah tengku Ali? Iols pnh terserempak dgn tengku Ali kat KLCC waktu balik keje. Hensem yach. Pakai kot, tinggi & wangi. Sib baik iols dah kawin, sedau diri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak la kau disana rumah iols tak de astro dah dekat seabad walaupun piring astro still dibumbung.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:10 PM | Show all posts
djzara81 replied at 21-6-2022 10:51 PM
Masih single kah tengku Ali? Iols pnh terserempak dgn tengku Ali kat KLCC waktu balik keje. Hensem y ...

sorry to say, nape meols rasa muka heshe macam ada aura fonen yach? so heshe kerabat laki kak mah gali kan. Tetiba teringat ada sorang pelakon pompuan yang memang kerabat kuat heols, lupa namanya. Macam dah lama tak dengar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 21-6-2022 11:10 PM
sorry to say, nape meols rasa muka heshe macam ada aura fonen yach?  so heshe kerabat laki  ...

Laki kakmah #jaafarclan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kerabat mana ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 21-6-2022 11:25 PM
Ni kerabat mana ya

Anak sulong yam tuan n9
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sori la bang ali
iols dh lama terminate astrok
kowserr nk pakai àstro lg
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:59 AM | Show all posts
Dah sedia kaya....dan makin kaya lagi....yg diatas income lebat, yg dibawah income xsetimpal dgn kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu Ceo Asterok dah jual apam 40juta. Jangan pulak Chairman ni nanti jual lomang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo tunku ali nak gantikan laki meols ai ok je. nama heshe pun zaki juga elokla digantikan sajork mamat incompetent tu  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tunku..iols dah terminate lama dh astro tu. Koser nk smbg blik walau org astro xdtg2 pun amik decoder tu. Jd hiasan je la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:24 AM | Show all posts
Lagi berpesta la kaum sibat nismilano. Dah kaya, kaya lagi. Cuma dia ni and his brother yang nampak berjenis sket..educated and menokoh la kalau pegang jawatan besar. Bukan cam most politicians and menteri skarang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 22-6-2022 01:26 AM
Dulu Ceo Asterok dah jual apam 40juta. Jangan pulak Chairman ni nanti jual lomang pulak.

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Disney+ kepalahotakstar  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 22-6-2022 02:59 AM
Disney+ kepalahotakstar  tersenyum sinis {:mlhe ...

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya la banyak jawatan yang dia sandang. Betul2 buat kerja ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg zmn streaming..Chanel xtro pirate pn ramai jual rm10 sbulan dpt smua chanel.berlambak dlm tenet tu.. sekalipun keen tindakan blok..dlm seminggu hidup balik...
Selagi Astro tk buat langganan tenet gune dish dgn kadar yg murah..selagi tu lah makin bangkrap..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 07:16 AM | Show all posts
wauu wauu berjujuk jua jawatan beliau ya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068988 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list