View: 1895|Reply: 26
|
Ramai Berang Tengok Pelancong Tarik-Tarik, Cekik Leher Penyu Di Pulau Redang
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki memegang dan menarik seekor penyu ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang, Terengganu mengundang kecaman pengguna media sosial.
Dalam satu rakaman tular, dia kelihatan memegang haiwan itu dengan kasar sebelum naik ke arah permukaan air.
Video itu meraih perhatian ramai selepas dikongsi ke aplikasi TikTok oleh seorang penduduk Pulau Redang yang dikenali sebagai Sue Rusli.
Menurut Sue, 31, dia terkilan dengan tindakan lelaki itu dan berharap apa yang berlaku tidak berulang lagi pada masa akan datang.
"Saya nampak ramai orang post video tu di WhatsApp. Video tu tersebar dalam kalangan orang pulau. Jadi saya minta video itu dengan sepupu dan saya kongsikan ke TikTok.
"Ramai orang kampung kami geram dengan pelaku. Setakat ini tak tahu siapa dia, tapi dia dipercayai orang luar yang datang melancong.
"Sakit hati tengok dia tarik-tarik penyu, cekik leher. Orang Pulau Redang jaga penyu sebaik mungkin, tapi orang luar buat macam ni," ujarnya dalam nada kesal.
Sue yang turut membantu bapanya mengusahakan resort di pulau itu sempat menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kepentingan alam, khususnya ketika berkunjung ke lokasi pelancongan.
"Sejujurnya memang sedih dan sakit hati tengok video tu. Kalau datang ke tempat orang, jangan pandai-pandai buat macam tu. Tengok je macam biasa.
"Boat man pun selalu pesan kepada pelancong agar jangan sentuh ikan, penyu dan batu karang. Kita semua pun tahu tak patut untuk sentuh. Tak perlulah pergi ambil penyu tu sampai ke dasar air," ujarnya lagi.
Untuk rekod, video yang dikongsi di TikTok Sue sehingga kini meraih lebih 600,000 tontonan.
Malah, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa berang atas tindakan tidak sensitif lelaki dalam video tular itu.
"Kenapa seksa penyu tu? Heret sapai macam tu sekali?
"Kesian penyu tu. Mesti dia rasa terancam apabila orang buat dia macam tu.
"Betul tu mana boleh pegang. Buat report. Ni jenis tak faham bahasa.
"Dia buat penyu tu macam kucing je," tulis beberapa netizen.
Selain itu, video berkenaan turut dimuat naik ke laman Twitter @ZoologiMY sehingga meraih perhatian ramai netizen.
"lease don’t do this ya. Jangan kacau penyu di dalam laut mahupun di darat.
"Jangan ganggu hidupan liar just untuk jadikan content media sosial awak," tulis pengendali Twitter @ZoologiMY.
Mengikut Akta 317, Akta Perikanan 1985, tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil apa-apa mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa mana-mana negeri dalam Malaysia.
Peruntukan undang-undang negeri yang relevan hendaklah terpakai berkenaan dengan mamalia akuatik dan penyu yang dijumpai dalam bidang kuasa itu.
Jika mana-mana mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa itu ditangkap atau diambil dengan tidak sengaja semasa menangkap ikan, mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah, jika masih hidup, dilepaskan dengan segera.
Jika telah mati, penangkapan atau pengambilannya itu hendaklah dilaporkan kepada pegawai perikanan dan mamalia akuatik atau penyu berkenaan hendaklah dilupuskan mengikut arahan-arahannya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Elok dikenakan denda buat mereka sebagai pengajaran bukan saja buat mereka tapi buat yang lain yang nak snorkeling disana. Professional tak akan buat perangai beruk macam tu jenis baru nak jinak2 dengan snorkeling je suka buat perangai macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok bertegas mcm pihak berkuasa kat Bali sana
Melancong2 jg tp skali buat salah kena denda & halau skali |
|
|
|
|
|
|
|
jgn disebabkan dia sorang ni nanti semua pelancong tak dibenarkan snorkeling kat kaw tu dah. sedih la tgk perangan setan macam ni. mana snorkeling guide dia. pergi snorkeling ni biasanya kan ada org bawak. boatman .. atau tour guide. patut dia org kena inform si sangkak2 ni semua the do and the dont masa buat snorkeling. |
|
|
|
|
|
|
|
Black list saja nama ummah sebegini. Black list for life daripada memasuki ataupun tinggal di tempat peranginan dan melibatkan diri dalam aktiviti snorkeling. Black list juga nama ke luar negara. Takat dilarang2 ummah memang takkan mau dengar punya lagi2 golongan bbnu ini. Kena jadi komunis untuk elakkan masalah sebegini terjadi lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh
iols tengok semalam kat ig member sana pun menyiraaappppp sajork
sakai sgt ke sampai gitu sekali?
|
|
|
|
|
|
|
|
peel bingai seseorg mmg sukar disorok. |
|
|
|
|
|
|
|
ko kenapa syaitonnn, mental ke..igt tu adik ko yg degil ke nak piat2 leher penyu tu cm gitu..haishh mesti menyumpah2 dah penyu tu dlm hati..sian ko penyuu. |
|
|
|
|
|
|
|
pittjie replied at 30-6-2022 02:07 PM
jgn disebabkan dia sorang ni nanti semua pelancong tak dibenarkan snorkeling kat kaw tu dah. sedih l ...
Aku rasa boatman lah yang free dive tarik penyu ke surface tu.. babiii |
|
|
|
|
|
|
|
aah nampak mcm budak lokal je. yg x pernah jumpa penyu, mungkin 1st time dpt gi snorkling.. tu yg perangai hanat sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
meol confuse dia maksudkan "org luar" tu dia maksudkan org luar dari redang kan bukan pelancong luar negara??? nengok mcm local je melayu bbnu |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang kata dekat redang ni, penyu tu owner resort/snorkeling services tu dah pelihara bagi makan semua
sebab tu penyu tu tak tak lari/migrate, sebab dah biasa makan dekat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Penyu tu bernafas pakai paru2. Kalau dia x sempat tarik nafas, boleh mati kot penyu tu dlm air |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boatman yang buat mmg lahanat laaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
eiii aku plak geram tgk nye.. sian kot buat cm tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab dia sorang jer yg berkulit gelap/sawo matang.... yang terapung ramai-ramai kat atas tu semua kulit cerah.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tgk dlm majalh3 org bom ikan kat pantai ganu..lahanat betholl..tak boleh bom ikan ko gi tarik penyu tu pulakk..dasar melayu pprt caprutt!!semoga konek ko putus kena gigit dek penyu!! |
|
|
|
|
|
|
|
aritu aku gi tgk penyu bertelur pun x berani nak upload kat social media ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|