CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1774|Reply: 22

[Politik] 'You duduk rumah sambil makan kuaci pun you boleh tengok', PAS sokong Netflix bukan pawagam

[Copy link]
Post time 3-7-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tanpa PAS mengadakan dasar untuk tidak membuka pawagam di Kelantan, hakikatnya telah banyak pawagam di seluruh negara ditutup berikutan hiburan seumpama boleh didapati menerusi pelbagai pilihan pada masa kini.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah menjelaskan, pilihan hiburan tersebut kini banyak tersedia secara meluas sejak dunia semakin terbuka dan beralih kepada digital di mana ianya telah berada di hampir setiap kediaman termasuk di hujung jari.

“(Pawagam) Coliseum sendiri, apa semua tutup. Federal semua tutup sekarang ini. GSC kalau tak silap saya, itu pun sudah berapa banyak yang tutup. Sebab kalau tak ada pawagam pun orang boleh tengok filem.

“Sekarang ini ada pawagam di rumah, Netflix sebagai contohnya. Netflix itu ‘more than cinema’. Kita (tengok di telefon pintar pun boleh). Jadi kenapa kita besarkan isu pawagam ini? Sebab itu bagi saya, benda ini bukan satu isu yang besar.

“Dan kita tidak menghalang orang nak berhibur, nak tengok masuk wayang di mana-mana itu kita tak ada hak nak larang,” ujarnya yang berkeudara pada temubual dalam rancangan Feng Ren Guan bersama Penganalisis Massa, Lum Chih Feng, semalam.

Mempertahankan tindakan Pemuda PAS yang menonton filem Mat Kilau di pawagam, beliau berkata hal tersebut menunjukkan bahawa PAS tidak menyekat hiburan sekiranya ia baik dan boleh diterima yakni tidak bercanggah syariat Islam.

Chih Feng lebih dahulu senada dengan hal itu apabila menyifatkan tindakan Pemuda PAS tersebut merupakan satu bentuk perspektif dan simbol sokongan serta semangat terhadap filem Mat Kilau dan bukannya berkehendakkan kepada hiburan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu turut menegaskan, prinsip sama dipegang di negeri Kelantan di mana ia dilaksanakan menerusi enakmen hiburan sebagai satu bentuk peraturan serta garis panduan dan bukannya menyekat semua hiburan.

Jelas beliau, Kelantan sejak zaman Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi telah berbincang panjang perihal pawagam dengan melihat kepada pro dan kontra serta suasana negeri di mana berpendirian tiada keperluan untuk membenarkannya.

“Di Kelantan, rakyat sendiri tidak bising tentang isu pawagam. Tak ada (isu) bagi mereka. Sebab mereka boleh tengok macam saya sebut tadi dalam Netflix. Netflix ini you boleh tengok semua.

“Jadi kenapa you perlu pergi duduk bayar duit di pawagam apa semua, satu jam dua jam? You duduk rumah sambil makan kuaci pun you boleh tengok. Cuma timbul isu pawagam ini bila ada filem Mat Kilau saja.

“Tiba-tiba, dia ada orang yang ambil kesempatan untuk jadikan isu politik. Kebetulanlah dekat pilihan raya kan?” sindir beliau yang juga ADUN Panchor.

https://harakahdaily.net/index.php/2022/06/30/pawagam-mohd-amar/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 11:32 AM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 3-7-2022 11:34 AM

ASTAGHFIRULLAH...PEMIMIPIN2 PAS NI X PERNAH TGK NETFLIX KE? DIA TAU X CONTENT NETFLIX MCM MANA? DAH LAH X BOLE DISUNTING SPT PAWAGAM...DAH LAH BYK CONTENT MESRA LGBT DLM NETFLIX
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:34 AM | Show all posts
sapa forumer langgan netflix ya??

PKNS betul

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adiwarna at 3-7-2022 11:52 AM

Netflix dan soft p*rn berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:56 AM | Show all posts
Pas..budaya cakap dulu baru fikir....................
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:02 PM | Show all posts
PAS oh PAS.... tahu ke idok si Obama penyokong tegar LGBTQ tu ada share besar dlm company Netflix. Selamat menyokong ya... takbeer....

Go rainbow power.. go!!



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2022 12:18 PM | Show all posts
kitmal replied at 3-7-2022 11:56 AM
Pas..budaya cakap dulu baru fikir....................

ini namanya akal singkat

gelojoh sangat nak tunjukkan kebodohan

dalam forum ni pon ramai acik2 yang camni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Awloh...x sesuai kot petik netflix
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape kene la dgn ko wahai org2 dlm PAS..semua perangai/perjuangan yg dicipta dah ke laut Dalam..Lps arwah TGNA meninggalkan dunia..semua kelam kelibut..JD ikan halibut.....ikut ko la labu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nonton tv hiburan tu kan perkara yg melalaikan.

-netizen prihatin
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang nonton tv is okay.

-TMB
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah tengok netflix ni, main hembus sebut je supaya nampak in-trend.  Malunya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
"Chih Feng lebih dahulu senada dengan hal itu apabila menyifatkan tindakan Pemuda PAS tersebut merupakan satu bentuk perspektif dan simbol sokongan serta semangat terhadap filem Mat Kilau dan bukannya berkehendakkan kepada hiburan."

Nmpk x permainan die
Janji bisnes bangsa masyuk
Nk plk jenis mdh dilipat2 mcm lobai


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh pas layan tgk filem/drama netflix ada unsur lgbt sambil makan kuaci ke? Tak dosa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Peminat soft-porn tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk cite2 kat netflix tu wajar kena wat solat tobat lepas tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:02 AM | Show all posts
Bodo nyer ngkaw lobai pas. Baik kaw berambus jer dari malaya neh duk di Kabul! Semak!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:25 AM | Show all posts
Wayang xboleh tpi netflix onnzz. Lobai senyum sinis duduk atas sofa layan netflix sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun sebut lah Disney+ ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.082646 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list