CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1958|Reply: 20

[Politik] Senarai 'cai' UMNO bagi pemilihan jawatan presiden akan datang tersebar

[Copy link]
Post time 3-7-2022 09:48 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Senarai “cai” barisan kepimpinan baharu Umno didakwa diketuai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang tidak pernah dibincang, kata bekas setiausaha agungnya, Annuar Musa.



Beliau berkata, senarai disebarkan itu mungkin dilakukan pihak yang “mempunyai banyak masa” untuk berpolitik, sebaliknya pihaknya hanya menumpukan kepada usaha membantu rakyat.

“Kami tidak pernah bincang mengenai hal itu, saya tahu pihak tertentu menyebarkan carta jawatankuasa itu mungkin mereka ada banyak masa, tapi kami tidak pernah berbincang mengenai senarai barisan pemimpin yang akan bertanding kerana masa kami terhad.

“Banyak kerja yang nak dibuat,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia sempena sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas poster ‘cai’ kepimpinan baharu yang dinamakan “saf kepimpinan Umno selepas pemilihan”, antaranya menamakan Ismail sebagai teraju parti.

Antara pemimpin Umno terpapar dalam senarai itu adalah Annuar sebagai timbalan presiden, Hishammuddin Hussein, Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.

Turut berada dalam senarai, Shahril Hamdan sebagai ketua Pemuda, Mastura Yazid (ketua Wanita) dan Nurul Amal Mohd Fauzi (ketua Puteri).

Manakala, bagi setiausaha agung, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dinamakan menjawat jawatan itu, ketua penerangan pula adalah Noh Omar dan bendahari Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, mengulas desakan supaya pilihan raya umum diadakan segera, Annuar berkata sekarang bukan masa berpolitik, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada membantu rakyat termasuk menyelesaikan kenaikan kos sara hidup.

“Jangan lagi kita membuang masa, jangan lagi kita berpolemik. Bagi saya siapa nak main politik mainlah, bagi saya, saya nak bekerja satu hari pun adalah mahal harganya. Tak perlu nak fikir-fikir soal bila nak PRU…bila-bila tetap akan datang pilihan raya,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/03/senarai-cai-ismail-presiden-umno-tak-pernah-dibincang-kata-annuar/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
padanla jilat kuat nour musa, nak sailang jadi timb. presiden ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:25 PM | Show all posts
muka masing-masing tua bangka fossil .isamuddin,kj tu kalau naik pun tetap la struggle, kalah pada set2 tua bangka neh.umngok kutuk2 pkr pun kurangnya anwar tu lagi 2 penggal x boleh jadi presiden.naib presiden pulak rata2 50thn kebawah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti salah bangsa etis pedo gay pondan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Euww KJ dan H20 nape korang downgrade diri sendiri bawah Annuar Musa oii...iols pula yg malu bila tgk cai ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:31 PM | Show all posts
hiiiiiiiiiiiiiiiiiidup UMNO!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
List ni yg menyerlah cuma KJ dan H20. Yg lain2 tu sendu di aidilfitri betullah. Btw ada cai utk kem najib x? Pls share
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka2 yg baris terakhir tu mcm sesuai pula sama level trio bertiga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
eh mane wak jahid? mak mertua mira piljah pn hado. huntong miwa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:57 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 3-7-2022 10:29 PM
Ni mesti salah bangsa etis pedo gay pondan

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:19 PM | Show all posts
expired canned food
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cai Ponorogo tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:04 AM | Show all posts
nampak x kuat
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
saf baru ni x perlu habiskan masa lapang kat mahkamah..ahli patut pilih yg ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:08 AM | Show all posts
tua bahlol baris bawah pun ada lg
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:09 AM | Show all posts
Nazri Aziz takde ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 11:11 AM | Show all posts
Papagomo takde ker...Papa kemaruk ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 4-7-2022 11:11 AM
Papagomo takde ker...Papa kemaruk ?

Papagomo kan dh bersara
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:12 PM | Show all posts
Majority muka karipap malas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:20 PM | Show all posts
shahril ketua pemuda umno tu tersangatlah menjilat wak ponorogo.............. cant be trusted at all
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.373078 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list