View: 2345|Reply: 24
|
Masalah Genetik, Kulit Kering, Bersisik- Bayi Hasil Sumbang Mahram Mati Beberapa Jam Selepas Lahir
[Copy link]
|
|
Tashkent: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dipercayai hasil hubungan sumbang mahram meninggal dunia dalam beberapa jam selepas kelahiran kerana masalah genetik.
Portal Daily Star melaporkan bayi dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu itu dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik.
Video menyayat hati merakamkan bayi itu menangis dalam inkubator ketika seorang jururawat mengelap kulit kering dan bersisik di bahagian bawah badannya.
Foto: CEN
Kongenital iktiosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta kasar dengan 'sisik' putih kasar dan halus yang besar.
Ibunya yang dilahirkan pada 1994, mengandung 35 minggu dan empat hari, ketika dia melahirkan bayi lelaki itu, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun.
Bayi lelaki itu adalah anak keduanya, yang pertama dilahirkan oleh suami terdahulu dan kehamilan itu normal, tambah kementerian berkenaan seperti dilaporkan portal berkenaan.
Dia dilahirkan dengan 'kongenital iktiosis yang teruk' dan kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai mengancam nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan.
Bagaimanapun, di sebalik usaha terbaik doktor untuk menyelamatkannya, bayi itu meninggal dunia hanya selepas dua jam 10 minit selepas dilahirkan.
Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, dalam bidang perubatan, terbukti dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan membabitkan saudara terdekat.
"Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk.
"Oleh itu, kami meminta golongan muda yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin, pertama sekali, menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya mengelak perkahwinan antara saudara terdekat," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik.
.. dikatakan
... dipercayai
Ko tak boleh confirm kenapa tulis hanat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca dulu, kalau kahwin dengan adik beradik atau saudara terdekat, macam2 penyakit genetik boleh berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Revise la balik hukum boleh nikah sedara mara sepupu sepapat tu. Mungkin itu salah satu asbab urang kita low IQ, banyak sindrom itu ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kenalan i kahwin dgn cousins...anak kpd adik dan kakak kahwin. Hadil perkahwinan dpt 4 anak, 3 cacat perkembangan dan mmg 100% terpaksa diuruskan mak dan ayah. Seorang normal. 2 dah meninggal bila masuk 20an. Waktu kematian, jenazah punyalah elok berseri2 dan wangi. Moga Zaimi dan Hisyam menjadi penghuni syurga menunggu ibubapamu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tgok org Cina mmg x bg kahwin sesama nama keluarga yg sama nama family sbb ini lah... dats y cina lg ke depan |
|
|
|
|
|
|
|
tak cebok berak bersih2 pun ke depan ke??
kalau dah ummah PKNS tu PKNS jugak
sompit bonar ilmu pongotohuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Iolls da tgk muka yg xblur..mmg better la baby tu pergi..mcm xleh survive pn kalo tgk muka dia tu..bodohnya parents ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
raja mesir pon selalu kawen adik beradik. sbb tu muda remaja dah meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itulah ada kepentingan penggunaan surname walaupun ada yang tiada kenemengena kekeluargaan.
Tak seperti bangsa yang ternak jinn dalam tandas tu!
Faham faham lah siapa yang wa maksudkan! |
|
|
|
|
|
|
|
aish tapi kan anak2 adam kawen sesama sundrik kenapa bisa elok anak2nya pula? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo genetic terlebih kulit ni kan\
pernah nampak baby kokesen yang berjaya hidup sampai sekarang (umur dah 5-6 tahun) kat tiktok rasanya
antara yang survive condition ni, tapi sampai besar bersisik kulitnya |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 4-7-2022 11:54 AM
aish tapi kan anak2 adam kawen sesama sundrik kenapa bisa elok anak2nya pula?
Idok la herlok mana dari segi perangai sis. Macam Habiq Qabil yang berbunuhan itu. Ntah2 ada ja sindrom ka mentally ill ka autism ka tokoh2/insan2 popular dalam agama ini tapi kita tak tau sebab tak diceritakan dalam kitab suci masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 5-7-2022 01:28 AM
ooo genetic terlebih kulit ni kan\
pernah nampak baby kokesen yang berjaya hidup sampai sekarang (u ...
Rasanya inilah condition ex student aiol...Family, orang sekeliling semua ingatkan sheol ada penyakit kulit. Rupa2nya kulit bersisik tu boleh terjadi disebabkan genetic disorder ya? |
|
|
|
|
|
|
|
TIme sains dulu cikgu2 ada la terangkan. Gens, cross kromosom somthing like that. Iolls pon tak ingat. Certain genetic traits remain dormant & are known as recessive genes.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kes atas ni la, nama dia harlequin ichthyosis rasanya
kulit bersisik ni ada banyak sebab, eczema pun baoleh jadi punca
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca kisah ni dulu,
kalau kisah tu x betul ape yg aku sampaikan ni pun x betul,
jgn percaya bulat2 sekadar kisah dari buku,
anak nabi adam 4 ,2 lelaki 2 perempuan,
yg pertama dan ke 2 lelaki, yg ke 3 dan keempat perempuan,
nabi adam jodohkan anaknya yg pertama dgn ke 3, dan yg ke dua dengan ke 4,kira ada selang2 la jgk dari segi kelahiran tu,
masalahnya anak yg kedua berkenan dengan yg ke 3 adik bawah dia,tu yg terjadi pembunuhan, jd hasil baka yg jahat2 tu dari benih anak ke 2 dan ke 3,
manakala yg baik tu dari ke 2 dan ke 4,
aku xtau la kisah ni soheh ke x, sbb xde pembuktian kisah ni,just kita habis2 sini je
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 5-7-2022 03:24 AM
copy_paste replied at 5-7-2022 02:42 AM
pernah baca kisah ni dulu,
kalau kisah tu x betul ape yg aku sampaikan ni pun x betul,
jgn percaya ...
Kisah ni memang ada dalam Islam. Aku baru google, haha. Tapi yang betul triggered si Qabil bunuh Habil tu kerana offering si Qabil ni direject Allah. Yang ni sama cerita dengan Bible. Aku tak tau dalam Quran gimana tapi part Qabil tak puas hati sebab tak dapat menikah dengan saudara seperut Habil yang dikatakan 'cantik dan bercahaya' (saudara seperut Qabil kepam katanya so dia tak puas hati dapat bini kepam. ) takda dalam Bible.
Rujukan:
https://www.google.com/amp/s/jat ... ma-manusia-di-dunia
https://akumuslim.asia/habil-dan ... an-pertama-manusia/ |
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin antara sepupu tidak digalakan lagikan adik beradik....semoga keturunan kita dijauhkan dr benda2 mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha betul.....
diorg xleh kawin saudara seperut, kiranya xleh kawin dgn kembar,
|
|
|
|
|
|
|
| |
|