Bukan setahun dua, namun lebih 30 tahun penduduk di sekitar pekan Sungai Golok membesar dengan minyak masak dari Malaysia.
Siasatan wartawan Sinar Harian pada Selasa mendapati bukan sahaja minyak masak peket bersubsidi seberat satu kilogram (kg), malah minyak masak botol seberat lima dan 10kg turut dijual secara berleluasa tanpa kawalan di sekitar pekan Sungai Golok.
Minyak masak paket yang dijual di sebuah kedai di Padang Besar (Thailand).
Hasil penyamaran wartawan Sinar Harian, kisah itu terbongkar apabila penduduk mengakui memperoleh minyak masak subsidi Malaysia dengan mudah di sana.
“Minyak masak peket dari Malaysia juga berkualiti. Sebab itu orang Thailand suka gunakan minyak masak dari Malaysia apabila memasak,” ujar seorang penduduk ditemui wartawan Sinar Harian.
Peniaga di Sungai Golok berhati-hati dalam percakapan mereka ketika ditanya mengenai minyak masak peket dari Malaysia.
Bernama sebelum ini melaporkan lesen 24 syarikat pembungkusan semula digantung dan ditarik akibat kesalahan penyelewengan bekalan minyak masak peket bersubsidi sejak tahun lepas.
Sumber: Sinar Harian |