CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1737|Reply: 22

[Tempatan] Tragedi Julai, berkorban atau terkorban?

[Copy link]
Post time 6-7-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN


Tragedi Julai, berkorban atau terkorban?

Kelmarin, rakyat Malaysia berduka apabila seorang ibu dan bayinya yang berusia 44 hari dibunuh kejam dengan cara leher mereka dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Johor Bahru.

Lebih tragis lagi perbuatan tersebut dilakukan oleh ahli keluarga sendiri yang kemudiannya dapat diberkas polis beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

Di Baling, Kedah pula, pada hari sama, tiga sekeluarga dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir selepas hujan lebat selama tiga jam pada petang Isnin.

Bencana alam itu menghanyutkan seorang wanita, anak lelaki dan menantu perempuannya. Mangsa berusia 53, 23, dan 14 tahun. Ini secebis kisah yang berlaku pada bulan Julai.

Pada Julai juga kecoh harga ayam naik apabila kerajaan menetapkan harga siling baharu iaitu RM9.40 berbanding RM8.90 sekilogram bermula pada 1 haribulan.

Sudahlah harga di sesetengah tempat mahal, bekalan pula sukar diperoleh, namun apabila harga siling ayam naik 50 sen lain pula cerita yang timbul.

Bekalan bukan sahaja bertambah, malah ayam yang diterima daripada pembekal juga bersaiz besar.

Seorang rakan penulis beritahu biasanya berat ayam yang dibeli adalah sekitar 1.5 hingga 1.8 kilogram (kg) seekor, namun pada minggu ini ayam yang dijual di pasaran beratnya 2kg dan ke atas seekor, malah ada peniaga beritahu berat ayam ada yang mencecah sehingga 3.5kg.

“Beli ayam di pasar sekarang saiz sama seperti bayi baru lahir. Harganya pula jangan ditanya,” selorohnya kepada penulis.

Ini yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai termasuk peniaga sendiri.

Penternak nafi mereka menyimpan stok sehingga harga siling baharu dikuatkuasakan, sebaliknya mereka menjelaskan keadaan itu berlaku berikutan ayam di ladang melepasi tempoh matang disebabkan permintaan semakin berkurangan.

Selain itu, pada Julai umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban yang ditetapkan pada 10 haribulan iaitu Ahad ini.

Ini merupakan tahun pertama hari raya korban disambut dalam suasana bebas tanpa sebarang sekatan memandangkan pada tahun lepas kita masih lagi bergelut dengan virus Covid-19 yang menggila serta tidak dibenarkan merentas negeri.

Walaupun sambutan Hari Raya Aidiladha bagi sesetengah tempat dirai secara ala kadar berbanding dengan Hari Raya Aidilfitri, namun ‘auranya’ tetap ada.

Lebuh raya utama di negara ini tetap dibanjiri dengan kenderaan. Lebih sejuta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Namun dalam keterujaan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, harus diingat masih ada orang di luar sana yang berkira-kira untuk berbelanja.

Dengan kenaikan harga barang semakin mencanak, ada keluarga terpaksa mengorbankan apa yang patut kerana yang lebih penting perut anak-anak perlu diisi. Itulah pengorbanan sebenar selain terkorban dalam situasi harga barang sekarang.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... angan-bunuh-rakyat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka artikel ini..ala ala rumusan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:29 PM | Show all posts
nak tak nak.... barang harga naik mcmna pun kena beli juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:34 PM | Show all posts
Makin sendu suram je raya haji kali ni.  Dengan bencana alam, harga barangan naik, bunga pinjaman bank naik, jenayah naik, kes bunuh naik etc
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi musang king, rakyat dikorbankan.


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni korban pun aku nampak macam suam2 je..  ade ngo tahun ni buka sedekah korban serendah rm10. Sebelum ni macam tak pernah dengar sedekah korban
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 01:28 PM | Show all posts
ye ye.. boleh start dgn tak payah beli barang timbag kilo, tak payah suppork anak didik sifoot2 ailio bashi smerr


tak payah pi melebur juga dgn kelas2 jutawangggggg

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:29 PM | Show all posts
ye ye.. boleh start dgn tak payah beli barang timbag kilo, tak payah suppork anak didik sifoot2 ailio bashi smerr


tak payah pi melebur juga dgn kelas2 jutawangggggg

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 6-7-2022 01:29 PM
ye ye.. boleh start dgn tak payah beli barang timbag kilo, tak payah suppork anak didik sifoot2 aili ...

First time i rasa raya haji yg mcm tak ada apa2. Korban pun buat jauh.. nak.balik kampungpun tak ada mood sbb jem memanjang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah. Kosmo akhirnya reti tulis ilmiah2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 6-7-2022 12:42 PM
Tahun ni korban pun aku nampak macam suam2 je..  ade ngo tahun ni buka sedekah korban serendah rm10. ...

Bila cukup nilai harga lembu dari duit sedekah tu,atas nama siapa pulak korban tu dibuat?adakah nama individu yang kutip derma tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka artikel sis raline
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, kenapa hati sayu plak bila baca news ni. Mcm menimbul keinsofan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:56 PM | Show all posts
pakat2 rasa hidup susah lak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:01 PM | Show all posts
article yg bgs sbb rumuskan apa yg berlaku pada bulan Julai tahun ini
sdgkan Julai br menjelma tp pelbagai benda berlaku
harga barangan naik
kes pembunuhan
bencana alam yg melibatkan korban
kadar faedah pun naik

jd rakyat marhaen ni suka x suka kena hadap ajelah apa jua yg berlaku depan mata
pak menteri dan konco2 memsg tgh meeting utk pembahagian kawasan dan kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:42 PM | Show all posts
Sambut lah Raya Aidiladha ni dengan penuh keinsafan. Banyak kan beramal di 10 hari terawal Zulhijjah. Dan ambillah iktibar dari kejadian dan bencana yang berlaku di sekeliling. Hidup ini hanya sementara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 03:48 PM | Show all posts
x smpi seminggu bln Julai
dh mcm2 jd

bersedia lah korang utk hadap hari2 yg mendatang ni
mental, fizikal kena kuat



Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 06:33 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-7-2022 01:35 PM
First time i rasa raya haji yg mcm tak ada apa2. Korban pun buat jauh.. nak.balik kampungpun tak a ...

meols korban this year, last year pun, but last year meols tak balik , bagi duit je, this year balik insyAllah

this year berkobar2, awai jugak beli tix balik kampung,..ofc shutdown until rabu

moga2 dipermudahkan untuk semua termasuk chuols...amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 06:34 PM | Show all posts
takayama replied at 6-7-2022 02:01 PM
article yg bgs sbb rumuskan apa yg berlaku pada bulan Julai tahun ini
sdgkan Julai br menjelma tp pe ...

opr naik lagi hari  ni chuols.. jgn dilupa
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/07/06/bank-negara-raises-opr-by-25bps-to-225

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 06:41 PM | Show all posts
Baru teringat raya haji hari ahad nanti...
Tak fikir lagi nak masak apa raya nanti...
Yg i tau esok nak masak nasi lemak telur rebus je esok sebab stok haiwan makan dh takde dlm freezer...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071465 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list