KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoal rasional mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di Kelantan mengadakan cabutan bertuah menawarkan hadiah sebuah kereta.
Lebih menimbulkan persoalan program sama diadakan serentak dengan program parti Perikatan Nasional (PN) Kelantan.
Isham menujukan persoalan tersebut kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, berdasarkan surat jemputan dari pihak PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gading Tanah Merah Kelantan kepada ibu bapa.
“Saya ingin tanya Menteri Pendidikan, adakah surat yang tular untuk jemput mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kelantan menawarkan hadiah kereta, motosikal, TV, lembu dan hidangan 100 ekor kambing golek itu betul?
“Dan majlis ini diadakan bersamaan dengan pelancaran kempen politik PN. Adakah kamu guna duit dan kemudahan kerajaan juga untuk majlis politik parti kamu tersebut,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.
Pihak media seperti Harakah Daily turut melaporkan program tersebut dengan tajuk berita, ‘Pelancaran PN Kelantan catat sejarah luar biasa’. –
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-7-2022 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Wow bestnya .aritu pegi sek anak aku bagi roti gardenia singgit dengan air mineral yg terpaling murah jer.....dahlah abis pukol 1....kebuloq tau. Akaun pibg kemain banyak duit ..nak bg mak bapak makan sikit pon kedekks
ni meeting PIBG berkelompok kan? sbb aku baca dalam ayat perenggan pertama tu melibatkan semua PIBG sekolah2 kt daerah Tanah Merah. tp kenapanye sekolah pulak yg keluarkan surat jemputan? bukan ke patutnye Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah tu yg kene arrange buat jemputan? dah kenapa guru besar langkau tugas pegawai pendidikan daerah?
Fuh hebatnya mesyuarat PIBG deme. Sekolah anak aku mesorat PIBG ramai mak pak yang datang. Hadiah berupa beras 5kg, minyak saji, gula, termasuk kopi pra campuran. Kali ni takde tiket airasia pegi Langkawi macam tahun lepas.
Semua pun gembira bila dapat hadiah walaupun dapat sekampit beras.
Ini kalau kereta, tv warna...lagilah hebat dan meriah. Org Kelantan mmg kaya raya. Setakat Air Asia tu buat macam bas Maraliner je balik kampung.