View: 4201|Reply: 67
|
Berjuta Kembali Dikurung, Covid-19 Meletus Sekali Lagi Di China
[Copy link]
|
|
BEIJING – Lebih 100 juta orang dikenakan perintah berkurung di serata China kelmarin, manakala premis perniagaan ditutup selepas kluster baharu Covid-19 mencetuskan kebimbangan pelaksanaan sekatan akan lebih meluas.
Pihak berkuasa China melaporkan lebih 300 jangkitan di bandar bersejarah Xian dengan kluster baharu turut dikesan di Shanghai, Beijing dan beberapa tempat lain.
Di Shanghai, pihak berkuasa melakukan ujian saringan massa baharu di lebih separuh daripada keseluruhan daerahnya selepas kes meningkat semula sejak hujung minggu lalu. Semua bar karaoke ditutup selepas sebilangan jangkitan dikaitkan dengan premis hiburan.
Foto: AFP
“Rakyat tidak lagi takut pada Covid-19, mereka sebaliknya takut dikurung di kediaman masing-masing,” kata seorang penduduk bernama Yao.
Bank Jepun, Nomura menganggarkan sekurang-kurangnya 114 juta penduduk dikenakan perintah berkurung sepenuhnya atau separa di seluruh China setakat Isnin lalu, peningkatan mendadak berbanding 66.7 juta orang minggu lalu.
Lonjakan kes Covid-19 itu memberikan cabaran baharu kepada Presiden Xi Jinping yang mengulangi komitmennya kepada strategi sifar Covid walaupun semakin memberi kesan kepada ekonomi negara.
Di Xian yang mempunyai populasi 13 juta, penduduk bandar itu diletakkan di bawah ‘langkah kawalan sementara’ selepas 29 jangkitan dikesan sejak Sabtu lalu, kebanyakannya dalam kalangan pekerja kitar semula.
Media pemerintah memaparkan penduduk Xian beratur panjang untuk menjalani ujian saringan pada Selasa lalu.
Pegawai-pegawai menyalahkan subvarian Omicron, BA.5.2 yang lebih mudah berjangkit sebagai punca letusan wabak terbaharu itu.
“Semua jangkitan berpunca daripada BA.5.2, manakala kerja-kerja epidemiologi masih dijalankan sepenuhnya,” kata pegawai kesihatan Xian, Ma Chaofeng pada satu taklimat media.
Kluster terbesar adalah di wilayah Anhui, tengah China di mana lebih 1,000 jangkitan direkodkan sejak minggu lalu.
Berpuluh-puluh kes juga dilaporkan di wilayah Jiangsu yang berjiran dengan Shanghai dan mengancam kawasan pengilangan Delta Yangtze.
Di Beijing, pegawai-pegawai menyatakan kelmarin bahawa varian BA.5.2 juga dikesan di ibu kota China tersebut tetapi wabak masih terkawal.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Beijing akan mengetatkan syarat vaksinasi bermula 11 Julai ini, kata pegawai kesihatan, Li Ang kepada pemberita.
Menurutnya, pelawat di tempat seperti muzium, pusat sukan, perpustakaan dan panggung wayang wajib divaksinasi melainkan mereka diberikan pengecualian. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dikebanyakan negara lain, orang yang terlalu alah kepada covid ramai dah mati. lepas vaksin diberi dah mulai reda kesan buruk dari covid..
china pula ambik pendekatan mengurung habis-habisan, masalahnya bila nak orang mulai bebas bilangan jangkitan pulak meningkat..
bukankah mereka juga dah divaksin, bukankah tetap terjangkit tetapi kematian dah terlalu kecil, china ni phobia sangat-sangatkah hingga dia tak peduli data covid dari negara lain...? barangkali china terlalu takut dengan kemungkinan kerana mereka ni ada ramai penduduk, kesilapan keputusan boleh sebabkan beratus ribu kematian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Diam2 makan sup kelawar balik ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Sifar Covid........ ?
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah sebab insurance tak nak bayar cost of medication yang cover post covid? atau vaccine dari chinatak berkesan? |
|
|
|
|
|
|
|
lambat la parcel 7.7 kita |
|
|
|
|
|
|
|
aoyoyo hawattt laaa tokpekkong oiii.... barang meols export out pun haruss la kena sidai
yihhhhhh
lgpn population hang tu dah ramai,, kut mampus lagi pun takde effect lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin China lebih tahu akan impact covid ni dari kita semua. Impak jangka masa panjang. Jangka masa pendek ni tak nampak lagi. Kalau betul apa yang puak Barat katakan yang puncanya dari China. |
|
|
|
|
|
|
|
Kn standby mask muka balik ni..sllnye bermula di China..paling lama berkurung kita pulak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah...
asik nak berkurung je..
ke nak keluar vaksin baru? |
|
|
|
|
|
|
|
atas nama science dekkkkkkkkkm |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa cina suka makan benda yg bukan2... |
|
|
|
|
|
|
|
BerKurung la ko sana. Jgn nk timbulkan panic kt negara lain. Motifff sgt suka berkurung negara korg takpe la da kaya raya. |
|
|
|
|
|
|
|
tektik je tu...mula mula lemah kan ekonomi sendiri..kemudian mana mana negara yang bergantung pada ekonomi cina melingkup perlahan lahan...lepas tu mana mana negara tak mampu bayar hutang dengan cina .dia "takluk" la.macam sri lanka |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia dah 4k kes semalam |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lobos lubang hidung semedang swab |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan sungguh.. dgn covidnya..dengan influenza ya..dgn penyakit monkey pox nya..dengan denggi pun sama naik..penyakit kuku tangan mulut lagi...
alahaiiii... semoga kita diberikan kesihatan yang baiklah hendak..
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak tahu jumlah kes terkini ya
|
|
|
|
|
|
|
|
Impak nya diaorang takde immuniti asyik berkurung dek. Sweden relaks2 je takde pun bergelimpangan mati....gigih jolok hidung tiap2 minggu. Kerajaan komunis CCP mmg kuat propa! Vaksin pfizer diaorang tolak....semua propaganda atas nama Super Power!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|