View: 1151|Reply: 23
|
[Jenayah]
Syarikat rakaman Melesia FMC Music salahkan HACKER punca Youtube Lofi Girl dipadam akibat tuntutan hakcipta palsu
[Copy link]
|
|
Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Dipadam Youtube, FMC Beri Penjelasan - “Sebenarnya…”
Dua video siaran langsung yang berada di saluran Youtube Lofi Girl terpaksa dihentikan baru-baru ini atas alasan laporan hak cipta yang dibuat oleh syarikat rakaman tempatan, FMC Music.
Perkhabaran tersebut diumumkan sendiri oleh pemilik akaun emnerusi perkongsian Twitter hujung minggu lalu.
Menerusi ciapan berkenaan, pemilik akaun tersebut menjelaskan yang dia menerima laporan pelanggaran hak cipta daripada Youtube yang dibuat oleh FMC Music Sdn Bhd Malaysia dan akan cuba menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.
Namun, selepas siasatan dibuat, ternyata laporan tersebut adalah palsu. Pihak Youtube menyedari hal berkenaan selepas dua video Lofi Girl, ‘lofi hip hop radio - beats to relax/study to’ dan ‘beats to sleep/chill to’ telah dipadam selepas laporan berkenaan dibuat.
Youtube kemudian menyampaikan permohonan maaf menerusi Twitter, dan memaklumkan bahawa ada yang telah menyalahgunakan sistem aduan yang telah disediakan oleh platform perkongsian video berkenaan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa marah dan ada juga yang meluahkan rasa malu dengan ‘tindakan’ FMC Music tersebut. Menurut mereka, tiada satu pun lagu Melayu yang distrim oleh Lofi Girl sehingga dua video berkenaan dihentikan siarannya.
Sementara itu, wakil FMC Music, Encik Ho ketika dihubungi berkata, pihaknya baru menyedari tentang hal berkenaan hari ini, apabila masing-masing masuk semula ke office selepas bercuti.
“Kita tak masuk office sebab cuti dan baru hari ini kita dapat tahu mengenai perkara berkenaan. Kita dah buat report dekat Youtube dan submit semua dokumen yang diperlukan.
“Kami syak hacker yang godam akaun kami dan buat laporan hak cipta itu. Sebab FMC hanya buat muzik tempatan dan kami tidak buat sebarang muzik antarabangsa.
“Sekarang ini, kami tidak boleh buat apa. Kami hanya tunggu keputusan daripada Youtube untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Gempak.
Sekadar informasi, Ini bukan pertama kali Lofi Girl terkena serangan laporan hak cipta palsu. Dua tahun lalu, Youtube memadam saluran berkenaan kerana pernah dianggap melanggar Persyaratan Layanan.
Untuk rekod, dua video yang dipadam oleh Youtube tempoh hari sudah pun ditonton lepas 790 juta kali.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak ada terbaca bende ni smlm kecoh twidder sana
tp akak x paham sgt isu ni
akak cuma tahu yg FMC ni lubuk lagu2 jiwang tangkap leleh jah
lofigirl tu lak anak sapo? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa komen aiol tak kuluar.
Merempan abis peminat2 Lofi Girl. Sukor udah dibuktikan FMC cuma syok sundri saja. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 13-7-2022 08:49 AM
akak ada terbaca bende ni smlm kecoh twidder sana
tp akak x paham sgt isu ni
akak cuma tahu yg FMC n ...
Lofi Girl tu persona ciptaan Youtuber tu, merujuk pada katun budak pompuan sedang belajar tu. Aiol pun tatau sapa punya channel ni. Yang ai tau sheol hada berjuta subs termasuk aiol. |
|
|
|
|
|
|
|
Terserlah kekertuan aku sbb aku tak kenal pun siapa Loki Girl dan FMC Music ni ahaks |
|
|
|
|
|
|
| |
|