View: 2216|Reply: 29
|
[Dunia]
Rajapaksa tiba di Singapura
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 14-7-2022 10:15 PM
SINGAPURA: Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa mendarat di Singapura pada Khamis menurut data pengesanan penerbangan, selepas lari dari bantahan besar-besaran di negaranya.
Rajapaksa yang lari ke Maldives pada Rabu susulan bantahan besar-besaran terhadap peranan keluarganya dalam krisis ekonomi negara itu, dilaporkan menaiki penerbangan ke Singapura menaiki pesawat Arab Saudi, menurut individu yang maklum dengan keadaan itu.
Penumpang pesawat itu yang enggan dinamakan turut memberitahu Reuters, Rajapaksa disambut sekumpulan pengawal keselamatan dan dilihat meninggalkan ruang VIP lapangan terbang dengan menaiki konvoi kereta hitam.
Kementerian luar negara Singapura berkata, Rajapaksa tiba di negara itu untuk lawatan peribadi dan tidak memohon atau diberikan suaka.
Rajapaksa masih belum meletak jawatan walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian sebelum Rabu.
Keputusannya pada Rabu untuk melantik sekutunya Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe sebagai pemangku presiden mencetuskan lebih banyak protes dengan penunjuk perasaan menyerbu parlimen serta pejabat pemimpin itu, mendesak supaya beliau turut meletak jawatan.
“Kami mahu Ranil balik,” kata Malik Perera, pemandu beca berusia 29 tahun yang turut menyertai protes di Parlimen, hari ini.
“Mereka telah menjual negara kita. Kami mahukan pemimpin yang baik mengambil alih dan sehingga itu tidak akan berhenti (membantah).”
Bantahan terhadap krisis ekonomi sejak beberapa bulan akhirnya “meletup” pada hujung minggu lalu apabila ribuan orang menyerbu bangunan kerajaan di Colombo kerana menyalahkan keluarga Rajapaksa dan sekutu mereka atas kadar inflasi teruk, kekurangan barangan keperluan asas, dan rasuah.
Orang ramai memenuhi kediaman presiden hari ini dan dilihat meneliti koleksi seni, kereta mewah serta kolam renang di premis itu. Bagaimanapun, lokasi yang lazim menjadi tempat perhimpunan penunjuk perasaan tenang hari ini, malah kediaman presiden dan perdana menteri diserahkan semula kepada kerajaan pada lewat Khamis.
Kerajaan melaksanakan perintah berkurung di Colombo dari tengah hari Khamis hingga awal pagi Jumaat dalam usaha meredakan keadaan. Media tempatan menyiarkan gambar askar menaiki kereta perisai meronda ibu negara itu.
Pihak tentera berkata, askar diberi kuasa menggunakan kekerasan untuk melindungi orang ramai dan harta benda awam.
Sementara itu, sidang parlimen yang sepatutnya diadakan pada Jumaat telah ditangguhkan, sebaliknya pemimpin pembangkang akan bermesyuarat untuk memutuskan tindakan seterusnya, menurut kenyataan pejabat Speaker.
Parlimen dijangka menamakan presiden baharu pada 20 Julai. Sumber parti pemerintah memberitahu Reuters, Wickremesinghe menjadi pilihan utama parti itu, manakala pilihan utama pembangkang ialah Sajith Premadasa yang juga anak salah satu bekas presiden negara itu.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2022/07/14/rajapaksa-tiba-di-singapura/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat sikit penyokong LTTE tanahair nak sambut idola mereka ini |
|
|
|
|
|
|
|
Gotabaya ni lanyak LTTE sampai hancur so dia musuh ketat penyokong LTTE.
|
|
|
|
|
|
|
|
hanya jauhari mengenal manikam
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 kalau dia masuk Malaysia apa kerajaan Malaysia akan buat?
Dia nak delay perletakan jawatan sebab takut kena tangkap kan? sebab as long as dia presiden, dia kebal dari didakwa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 14-7-2022 10:51 AM
Dekat sikit penyokong LTTE tanahair nak sambut idola mereka ini
Warga porum baca tuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lari masuk negara lain pastu mintak bantuan UNHCR konon2 terancam. Macam ada bau2 nak masuk Malaysia aje nanti. Puihhh...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa x p OZ
untung2 klu kena hukum gantung dorg bela kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore janji kau boleh park dollars by the millions no problem.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 14-7-2022 10:51 AM
Dekat sikit penyokong LTTE tanahair nak sambut idola mereka ini
Dekat sikit nak jumpa rajarela kan |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 14-7-2022 12:04 PM
kenapa x p OZ
untung2 klu kena hukum gantung dorg bela kt sana
Masuk oz banyak sinhalese akan demonstrate. Sama jugak lain tempat. Singapore jugak selamat. Sinhalese demo jer kena hantar balik. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia akan ke Malaysia. Malaysia boleh dikatakan sbg heaven place for political refugee dari dulu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesah la negara kacau bilau, demo 7 hari 7 mlm, di ambang melingkup ke apa, rakyat ceylon tetap jaga kebersihan, okay....cuba tgk atas jalan, tepi jalan etc....bersih, takder sampah sarap mcm botol kosong, puntung rokok, face mask dll.....saluteee aku sikap mcm ni! |
|
|
|
|
|
|
|
ada kemungkinan masuk malaysia jugak ni .. sini ramai suku sakat dari sana |
|
|
|
|
|
|
|
satgi ada la tu jenjalan kt little india.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii masalah rakyat pun byk x settle lagi...Nak bagi misi kemanusian kat mamat ni pulok dah kenaperr... Buat baik berpada² |
|
|
|
|
|
|
|
Mendarat kat penang la...ada bantuan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 tak masuk malaysia lerrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|