CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2697|Reply: 24

[Tempatan] Afdlin Shauki jijik, tarik sokongan terhadap Crackhouse Comedy Club

[Copy link]
Post time 14-7-2022 06:03 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki menarik sokongan terhadap Crackhouse Comedy Club yang menjadi pentas kepada pendatang baharu komediri untuk mengasah bakat.

Afdlin berkata, beliau mula berasa jijik terhadap kelab tersebut selepas menerima infomasi terkini daripada rakan-rakannya.

Berdasarkan info-info yang terkini yang telah di beri kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah.

“Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang dibanggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!” kata Afdlin.


Beliau sebelum ini menjadi sasaran netizen selepas membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara Crackhouse Comedy Club hanya disebabkan perbuatan seorang wanita.

Katanya, kelab tersebut merupakan tempat kepada pelapis pelawak mempelajari seni komediri.

Jelas Afdlin, sokongannya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak yang kebanyakan mempunyai humor yang berkualiti dan tidak menghina sesiapa.

“Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stendap cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settel awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka di sabit kesalahan mereka mestilah menerima pembalasannya.

“Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah.

Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abang tak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus di buka. Sekian,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook, Afdlin turut berkongsi foto seorang lelaki menerima satu tin minuman dipercayai arak daripada seorang wanita bertudung.

Crackhouse Comedy Club menjadi tumpuan selepas seorang wanita bernama Siti Nuramira Abdullah membuat persembahan komediri yang didakwa menghina Islam.

Dalam persembahannya, wanita itu mendakwa beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudung dipakainya, mendedahkan pakaian tidak menutup aurat yang dipakai di dalamnya.

Wanita itu dan teman lelakinya yang berkongsi klip video tersebut telah dihadapkan ke mahkamah semalam untuk dibicarakan.-MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 07:24 PM | Show all posts
banyak betoi tered crackhouse komedi nehhh... tabuleh buat satu bebenang je ke gaisss?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 14-7-2022 07:31 PM
Kitty_catz replied at 14-7-2022 07:24 PM
banyak betoi tered crackhouse komedi nehhh... tabuleh buat satu bebenang je ke gaisss?


Terpikir juga sbnrnya td...tp x tau nk letak tajuk apa utk gabungkan berita afdlin shauki u-turn, asyraf wajdi mahu tutup comedy club dan yusof azmi ugut nk mogok
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:25 PM | Show all posts
Apa2  aktiviti yg menyentuh soal agama tak harus dikompromi. Agama yg sentuh soal ketuhanan, kenapa perlu dilawak2kan. Si Nuramira tu, apa tujuan sebenar dia.  Mengaku hafiz 15 juzuk AQ,  menanggalkan tudung dn baju kurung, memperlihatkan pakaian yg sengaja mengejek Islam.  Adakah dia sengaja mencari perhatian dgn memperlekehkan Islam? Jijik dn sial pompuan mcm tu. Pihak berkuasa harus jerumuskan dia ke sebalik tirai besi dn tidak menyaman semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:09 AM | Show all posts
nolya replied at 14-7-2022 07:25 AM
Apa2  aktiviti yg menyentuh soal agama tak harus dikompromi. Agama yg sentuh soal ketuhanan, kenapa  ...

Ceramah di mesjid juga kutuk dan memoerkecillan agama lain. Mesjid juga perlu ditutup!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:50 AM | Show all posts
Edited by nolya at 15-7-2022 02:00 AM
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2022 12:09 AM
Ceramah di mesjid juga kutuk dan memoerkecillan agama lain. Mesjid juga perlu ditutup!



Sila buat laporan polis.  Berikan tarikh, masa dn tempat, siapa orangnya serta bentuk hinaan yg dicakapkan. Jika ada rakaman, itu lagi baik, biar polis siasat dn ambil tindakan sewajarnya. Tak gitu?
Nak tutup masjid, masjid bukan hak perorangan. Masjid hak ramai, dn staf masjid digajikan.  Akan tetapi clubhouse itu ada pemiliknya.  Pemiliknya berniaga dn mengajak orang ketawa dgn memperlekehkan agama dn bangsa ummat manusia. Apakah dia itu mencari makan dgn mempersendakan agama dan bangsa orang lain. Apakah dia orang yg tak berbangsa dn beragama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2022 12:09 AM
Ceramah di mesjid juga kutuk dan memoerkecillan agama lain. Mesjid juga perlu ditutup!

Pi gerak bontot tu ke balai report la..cm bdk2 je ckp.
Igt report polis cm report dlm forum ni kan?main klik-klik..

Puak2 liberal suka benar buat tuduhan cmni..tapi Suh pi balai report x berani.. spesis xde kemaluan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 07:44 AM | Show all posts
mungkin sebab beliau nak penetrate arena politic membuatkan beliau melakukan u-turn.

hanya Allah saa yg tau niat sebenar di dlm hatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah. u-turn ! Training nak jadi ahli politik la tew ! Lepas ni training jadi katak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:04 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 15-7-2022 08:06 AM

i see, tarik balik pulak,  okay sebelum ni  tak der input lah ttg aktiviti ini. Douglas Lim back up Cracked House ni, taoi dalam tu pun dia sebut masa pandemic hidup susah bagai , katanya pihak pemilik premis perniagaan ni susah le sampai jual pizza etc . so kalau dah ALLAH uji you dengan rezeki terhad pun u dah rasa susah apatah lagi kalau kafarah Allah , dengan macam ni je pun u tak u know dapat rezeki sebanyak sebelum pandemic so insaf insaflah diri tu , kan ade yg Muslim juga kan, kena ingat lah...jgn buat lawa berkandungan agama itu?
so tak pe, rezeki tu ALlah pegang.

i suke je kandungan tulisan Firdaus Wong dalam harakah tu, wow...bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apelin dh pndai u turn weh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Terbuka mata akhirnya Afdlin.
Bagus dgn pendirian walopon u-turn.
Some ppl takes time to realize.
Skang ni, adakah sis Orked akan remain support Cracked House atau buat u-turn?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2022 12:09 AM
Ceramah di mesjid juga kutuk dan memoerkecillan agama lain. Mesjid juga perlu ditutup!

Sape yg ngutuk tuu.. ce kabo kat akuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 15-7-2022 08:47 AM
Alhamdulillah. Terbuka mata akhirnya Afdlin.
Bagus dgn pendirian walopon u-turn.
Some ppl takes tim ...

Aku rase dia u turn sbbb nmpk sgt dia ngokkk... pdhl dlm hati restu jahhh.. depa ni liberalllaa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 15-7-2022 08:22 AM
Apelin dh pndai u turn weh.

Terpksa u turn... bkn ikhlas pun koh koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:49 AM | Show all posts
moral of the story
jangan rekod dan share

eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah join politaik..buleh lah wat uturn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:28 AM | Show all posts
Dah kena tekanan daripada netizen, terpaksa uturn
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:31 AM | Show all posts
fazzrules replied at 15-7-2022 10:19 AM
Bila dah join politaik..buleh lah wat uturn..

Dah kena hentam wajib U-turn la. Club ni memang anti Islam melayu ke? Ada yg melawak suh acik bertudung bukakkan tin arak. Ni bukan melawak, terang2 hina Islam. Acik tupun memang benak ke tak tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-7-2022 10:25 PM
Apa2  aktiviti yg menyentuh soal agama tak harus dikompromi. Agama yg sentuh soal ketuhanan, kenapa  ...

Terpakai untuk ugama hang saja ka semua ugama? Ugama flying spaghetti monster ok tak?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054051 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list