CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2353|Reply: 52

[Tempatan] Terbit lebih banyak filem tokoh kemerdekaan, ulama tersohor negara

[Copy link]
Post time 16-7-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-7-2022 02:10 AM


Terbit lebih banyak filem tokoh kemerdekaan, ulama tersohor negara



GAMBAR bapa Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kanan) dirakam ketika menziarahi Mat Kilau sekitar Disember 1969.


  • Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
  • 16 Julai 2022, 5:01 pm















PUTRAJAYA: Penggiat filem tanah air perlu mengetengahkan lebih banyak kisah-kisah perjuangan membabitkan tokoh kemerdekaan Tanah Melayu dan ulama di layar perak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, negara belum ada filem autobiografi atau biopik tokoh-tokoh Islam seperti Syeikh Abdul Rahman Humaid al-Sumait dan Syeikhul Islam Mustafa Sabri.

“Malah, jauh sekali untuk kita melihat kisah Tok Janggut, Tokku Pulau Manis, Tokku Paluh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tuanku Sultan Zainal Abidin III, Tok Kenali dan ramai lagi tokoh pejuang Melayu di layar perak.

“Saya melihat ruang lebih luas jika kerajaan dapat berganding bahu memajukan industri filem tanah air yang mana manfaatnya boleh menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat dan bukan lagi hanya tersimpan pada poket-poket pihak tertentu sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mengakui filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan ketika ini berjaya meniup rasa bangga dan patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.

Zulkifli berkata, filem itu mendidik erti berpegang kepada agama, menghormati guru, mengasihi rakan taulan, setiakawan, mempunyai semangat juang yang amat tinggi tanpa menyerah kepada penjajah.

“Saya sejujurnya tidak menonton filem itu di pawagam tetapi melalui penelitian terhadap ulasan-ulasan yang ada, saya dapat rasakan ia hampir senada,” katanya.

Katanya, filem Mat Kilau diterbitkan tepat pada masanya terutama ketika rakyat Malaysia di ambang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos depan.

Dalam pada itu Zulkifli berkata, filem itu juga mengingatkannya akan sekeping gambar yang disimpan bapanya ketika Mat Kilau ditemukan semula pada Disember 1969.

“Ketika itu, saya berusia sekitar satu tahun dan ayah saya bersama beberapa orang rakan pergi ke Pulau Tawar untuk bertemu Mat Kilau selepas heboh kemunculan semula lantaran 70 tahun menghilang. Malah, gambar ayah saya bersama Mat Kilau masih kekal dalam simpanan keluarga sehingga ke hari ini,” katanya. – UTUSAN






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat filem tokoh2 ni mesti meletop punya:
1. Najib Razak @ bossku
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:04 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 16-7-2022 06:06 PM

iols teringin supaya kisah hidup Haji Abdul Rahman Limbong diangkat ke layar perak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya mahu tengok filim pasal Sybil Kathigasu komunis MPAJA. Yang ini memang benar2 pejuang kemerdekaan di Malaya. Bukannya pejuang cukai tepi sungai, eh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sybil Kathigasu ni memang ahli MPAJA atau sekadar tolong beri rawatan pada askar MPAJA?

Baru tahu Elaine Daly itu cucu beliau.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sybil_Kathigasu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-7-2022 06:11 PM
Sybil Kathigasu ni memang ahli MPAJA atau sekadar tolong beri rawatan pada askar MPAJA?

Baru tahu E ...

Elaine Daly ada darah india rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:16 PM | Show all posts
Iols juga teringin supaya kisah bagaimana utusan melayu diasaskan dan perjuangan tokoh2 wartawan2 awal utusan utk mengubah pemikiran orang melayu yg majoritinya masih mundur di kampung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 06:31 PM | Show all posts
Iols juga teringin nk lihat kisah perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yg memecahkan rantau melayu kepada 2 zon yg berbeza diangkat ke layar perak  dan juga kisah perjanjian pangkor 1874 supaya generasi muda dpt menilai
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-7-2022 06:08 PM
Saya mahu tengok filim pasal Sybil Kathigasu komunis MPAJA. Yang ini memang benar2 pejuang kemerdeka ...

Ada kat astro. Dah lama dah.

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk filem mengenai Dr Burhanudin Al Helmi.


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-7-2022 06:39 PM

ade kisah ala natrah Jasmine 1 and Jasmine 2.

kalau boleh buat kisah sejarah yg berdasarkan sumber yg benar ...dan sahih  why not. Kisah Melaka jatuh, Kisah di sebalik Japan serang Tanah Melayu.
Bukit Kepung tu menyayat lah. Any kisah kekejaman Komunis di tanah melayu , mesti ade punye...

Leftenan adnan i tak tengok.

Paloh memang  wow...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk wishlist.  Harap ada penerbit filem yg prihatin dgn wishlist ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-7-2022 06:04 PM
iols teringin supaya kisah hidup Haji Abdul Rahman Limbong diangkat ke layar perak

Sama lah. Iols rasa kisah hidup heols yang paling under rated n jarang disebut-sebut
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-7-2022 06:08 PM
Saya mahu tengok filim pasal Sybil Kathigasu komunis MPAJA. Yang ini memang benar2 pejuang kemerdeka ...

ada filem pasal Jesselton 1934 org k.k buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak tengok filem yg tunjuk kebijaksanaan tok ku paloh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-7-2022 10:33 AM
Ada kat astro. Dah lama dah.

Apa tajuknya sis?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-7-2022 10:16 AM
Elaine Daly ada darah india rupanya...

Khen? Sybil tu lahir kat Ndon.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 08:14 PM | Show all posts
Filem doku-sejarah ni kalau tak dibubuh perisa susah nak pecah panggung. Terpaksa buat macam Mat Kilau juga baru boleh syok sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 16-7-2022 10:58 AM
ada filem pasal Jesselton 1934 org k.k buat


Tak tau pasal movie ni.

Tapi ada nampak movie recap pasal comfort woman yang Jepun hantar pi Sandakan.

Jap aku google movienya.

Ah yes dah jumpa.

Tajuk : Sandakan No.8.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060464 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list