Tangkap layar menunjukkan suspek (baju hijau) bersalam dengan mangsa (gambar kiri) sebelum menamparnya di bahagian bekalang kepala dalam kejadian di sebuah masjid di Lumut, Perak.
LUMUT – Hanya kerana tidak memandang muka ketika bersalaman menjadi punca lelaki memukul kepala seorang jemaah dalam kejadian di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, Isnin lalu.
Kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu berlaku selepas mangsa selesai menunaikan solat Asar di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 30-an yang merupakan seorang tentera TLDM.
“Mangsa dikatakan bersalaman dengan lelaki yang tidak dikenali sebelum tiba-tiba dia menampar dengan kuat menyebabkan mangsa mengalami sakit pada belakang kepala dan telinga.
“Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan mangsa tidak memandang muka suspek semasa bersalam menyebabkan dia berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah beliau, susulan kejadian itu, kedua-dua pihak dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
“Hasil rakaman percakapan, mangsa tidak mahu untuk meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis.
“Kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video tersebut kerana kes ini telah selesai,” kata Nor Omar.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang lelaki pukul di dalam sebuah masjid di Lumut tular di Twitter. – MalaysiaGazette
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 21-7-2022 12:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Wak alah. Hati tissue nye ko pakcik
Ada je pun mamat tu toleh. Abis kau nak mata bertentang mata, mcm time ko sarung cincin kat bini ko ke pakcik?? Over nau2 gila kuasa. Abam tu pun, baik nau hati tarik balik report. Kalau aku, suruh dia buat public apology then berjanji takkan buat bende gila kuasa tu lagi
Post time 21-7-2022 01:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Abg oren tu mcm baru lepas kusyuk berdoa. Nmpak mcm tgh nk sambung zikir ke istighfar tetiba kena tolak kepala terus kembali ke dunia nyata.Kesian betul.
Pakcik tu expect org tu nk salam mcm memohon maaf dipagi hari Raya tu ke?
Tp nk tahu jugak apa pakcik tu cakap masa dia patah balik kat abg oren tu?